Ijtimak Malaysia 2010 di Masjid Sri Petaling

BismillahiRahmanniRahim

Inshaallah pada 11, 12, & 13 June 2010 (Jumaat-Ahad) ini akan diadakan satu perhimpunan org Islam di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur. Tuan2 dijemput hadir. Parking di kawasan Stadium Bukit Jalil. Ada shuttle dari tempat parking ke Masjid. Masjid2 disekitar 5 km dari Masjid Sri Petaling akan digunakan untuk penempatan.

Perhimpunan ini adalah bagaimana kita dapat menwujudkan ukhwah kasih sayang sesama Islam disamping kita sama2 fikir,risau dan usaha bagaimana untuk memajukan dakwah Islamiah ke seluruh dunia. Juga untuk kita usahakan bagaimana setiap orang Islam hidup didalam agama yang sempurna yakni menjalani kehidupan kita mentaati setiap perintah Allah swt mengikut sunah2 Nabi saw. Supaya setiap masjid akan dihidupkan kearah 24 jam amalan2 dakwah, taklim(majlis ilmu), ibadat dan khidmat seperti mana Masjid Nabawi dizaman kekasih kita Nabi Muhammad saw. Kita juga perlu belajar usaha dakwah yang mana telah dipelopori oleh Baginda saw yaitu bagaimana Baginda telah bersusah payah dengan pengorbanan darah dan airmata.

Hari ini kita lahir sebagai Islam tanpa kita pinta. Namun ramai lagi manusia yang masih lagi jauh/tersisih pada agama. Menjadi tanggungjawab setiap org islam untuk menyambung usaha Baginda saw untuk menghidupkan agama di dalam diri dan juga org lain. Malangnya agama kini ada di kitab2, tetapi sifat2 dan amalan agama telah hilang dari org Islam. Dengan usaha sungguh2, inshalaah kita akan dpt amalkan agama yang sempurna disamping bergerak dgn nur2 Alquran dan sunnah dilandasan usaha dakwah seperti matahari yang memancarkan cahayanya sambil bergerak dilandasan orbit keseluruh alam. Dengan cahaya nur hidayat manusia akan melihat agama yang yang haq ini dan batil2 syirik didalam hati manusia akan dihancurkan. Apabila batil2 syirik ini hancur dan hati2 manusia tawajuh kepada Allah, maka manusia akan mengubah hidup mereka dengan kehidupan sunnah2 yakni membawa perintah2 Allah swt di dalam diri mereka. Dengan agama yang sempurna, keadilan & ketaatan akan berleluasa, perintah2 Allah swt akan dihidupkan, doa2 org islam akan dimakbulkan dan bantuan Allah swt akan bersama org Islam.

Jadi tuan2 yang dimuliakan, sama2lah kita menghadiri perhimpunan ini beramai2.  

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s