Rawatan 27 April 2010

Pakcik Z telah menelefon saya meminta untuk diadakan rawatan ke atas penyakitnya. Nama penyakitnya kalau orang jawa sebut ” denah” . Penyakit ini mula dihidapi pada tahun 2000 lagi dan bahagian yang mula kena ialah betis kaki kirinya dan mula merebak ke kaki kanan sejak tahun lepas.

Malamnya saya ke rumahnya di Semenyih dan sampai jam 9.00 malam. Memang betul kedua-dua kakinya hitam tetapi bukan seperti kena penyakit diabetes. Pertama kali tengok penyakit tu. Saya pun minta Pakcik Z duduk melunjur kaki dan minta dia berselawat banyak-banyak dan jangan putus zikir. Rawatan dimulakan dengan berdoa kepada Allah moga disembuhkan penyakitnya. Tempat yang sakit dipegang selama 35 minit sambil memohon kepada Allah mengalirkan energi shaktivat, bioenergi, energi hakikat besi kursani dan energi daya sejati insani sambil membaca doa nurun nubuwah dan pembatal sihir. Setelah selesai sesi rawatan pertama saya tanya apa yang pakcik rasa? Pakcik Z jawab dia ada rasa seperti sesuatu yang ditarik keluar dari kakinya semasa sesi rawatan dijalankan.

Saya minta Pakcik Z menyediakan kapur, kunyit , air basuhan beras, minyak wangi dan garam untuk rawatan selanjutnya. Sambil menunggu anaknya beli barang yang diperlukan pakcik Z ajakler saya makan. Penat tu setengah jam kerah energi. Maka perut pun diisi. Kami makan rojak ala kadar. Bila habis makan barang yang diperlukan pun sampai. Barang-barang didoakan dengan nurun nubuwah, serta dialirkan energi bioenergi, besi kursani dan daya sejati insani. Ada yang digunakan untuk mandian dan juga disapukan ke tempat yang sakit (hitam).Minta dia buat dalam masa tujuh hari. Balik jam 10.45 malam.

Petang tadi dia telefon balik (hari kedua mandian dan sapuan), dia ucapkan terima kasih sebab sakit dah berkurang banyak dan sebelum rawatan dilakukan setiap malam dia mengalami kekejangan kaki dan dah 2 malam tidak mengalami kekejangan. Dia tanya saya kenapa kapur campur kunyit jadi merah? Saya cakap saya pun tak tahu sebab pertama kali baru minta pesakit buat benda ni.

Segala pujian ke hadrat Allah SWT yang memudahkan segala-galanya kerana dialah yang Maha Penyembuh bagi segala penyakit. Saya mendoakan semoga semua pesakit yang datang berubat dengan saya semoga Allah Sembuhkan. Amin

7 responses to “Rawatan 27 April 2010

  1. boleh tolong ayah saya tak?……

  2. tenagadalamilahi

    019 2260790

  3. terima kasih saya akan bagitau ayah saya……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s