Testimoni pengamal TENDAI

Alhamdulillah salah seorang yang yang mengambil pengijazahan TENDAI Dasar telah menghantar testimoni berkenaan pengalaman beliau dalam pengijazahan dan mengaplikasikan TENDAI. Ikutilah pengalaman beliau

Saya Idris berasal drp muar johor dan menetap di Puchong. Pada mulanya saya ingat TENDAI (Daya sejati Insani) ini adalah setakat senaman pernafasan seperti y*** dan tiada apa-apa faedah.
Dengan hidayah dan taufiq drp Allah saya telah tergerak hati terjumpa website TENDAI En Halmy Sirat dan tertanya-tertanya apa dia itu electromagnet dan tenaga dalaman yang ada dlm badan..
Disini saya diterangkan tentang DAYA SEJATI INSANI  – Tendai peringkat dasar.Semasa pengisian dan latihan pertama barulah saya tahu apa dia melepaskan burung di dalam sangkar yang terkurung selama ini..Dapat rasakan aliran suatu gelombang didalam badan..
Selepas itu saya merasa yakin dan bersungguh2 melakukan latihan 21 hari. DSI ini dilakukan mempunyai zikir  dan AL FATIHAH sebagai kekuatan kita dan merasakan segalanya datang daripada ALLAH.(bkn seperti **g* dan mana2 agama)
Disebabkan peningkatan tenaga itu dapat dirasakan dari hari ke hari menjadikan saya yakin dalam latihan..Sukar untuk diceritakan dan diungkapkan kerana ia tetap rahsia dan di luar pemikiran aqal manusia..Ia adalah tenaga dalam kita yang terpendam selama ini dan merasakan kitalah manusia sebaik-baik kejadian dan jangan mengaharap bantuan daripada Makhluk lain selain Allah.

Pengalaman Dalam latihan 21 hari..

Saya dapat merawat anak saya berumur 1 thn yg demam.Alhamdulillah demam surut dan keesokan pagi kuar bintik2 merah menandakan tamat demam campak dalam masa 1 malam demam (biasa anak2 akan demam berhari-hari sebelum keluar bintik2)

Kedua saya dapat mengubat ibu saya yang mempunyai tanda-tanda serangan jantung,dengan mengunakan aliran energy penyembuhan kepada badan ibu saya drp belakang badan sambil ibu duduk..Alhamdulillah berkesan dan tidak payah menggunakan ubat bawah lidah(sakit jantung).Ibu dapat tidur lena sambil saya tersenyum merasakan syukur kehadrat illahi.

Ketiga isteri merasakan keseronokan dalam hubungan rumahtangga (special ni xmcm yg lepas2,yg sebelum2 xpyh beli produk yg mengarut2..hehe..he)

Keempat  dapat bersilat dgn tari silat melayu asli dan mendapat sipnosis bahawa ilmu pertahanan diri dtg drp gerakan diri yg sejati.

Kelima Saya telah menguji dalam persoalan yg saya inginkan jawapan dengan gerak saya(YA @ TIDAK)

Didalam latihan saya merasakan deria terlalu sensetif dgn udara dan merasakan ketenangan..aliran energy dapat dirasakan sentiasa mengalir didalam badan dan saya tidak perlu takut lagi keluar ke mana-mana disebabkan mempunyai bekalan.Insyaallah ilmu ini akan digunakan sebaik mungkin.
Disamping itu saya ingin menasihati kepada semua adalah ilmu yg datang adalah daripada ALLAH,ikhlas dgn apa yg dilakukan dan bukan untuk menunjuk2 dan merasakan hebat, ia adalah pinjaman semata2 dan igtlah yg menjadikan,mengubatkan,memulihkan,menghadirkan,membangkitkan dan segala2nya adalah diatas kekuasaan ALLAH semata2.Kita hanyalah perantaraan bulatkan pada hati dgn kekuasaan ALLAH ia akan terjadi maka ALLAH mengizinkan lalu ia akan terjadi..Itulah dia keyakinan diri insyaallah.(dan itulah kemakbulan doa)
Terima kasih kepada En Halmy Sirat yg tidak jemu membantu saya dalam proses 21 hari membuatkan saya lebih semangat disamping guru.

Kalau panjang sgt en.halmy edit la dan kalau ada yg mengarut dan tidak perlu diceritakan en halmy cut la..apa yg saya tulis ini bkn karangan yg saya ada2kan dan ia benar2 terjadi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s