Manba’ Usūl al-Ḥikmah

منبع أصول الحكمة
للإمام الكبير والحكيم الشهير أبي العباس أحمد بن علي البوني

Kitab ini bernama Manba’ Usūl al-Ḥikmah (Sumber Ilmu Hikmah), suatu lagi karangan ulama ilmu hikmah yang tersohor seantero dunia iaitu al-Imam al-Kabir yang melaut ilmunya lagi mendalam fatwanya Abūl ‘Abbās Aḥmad bin ‘Alī al-Būnī, wafat tahun 622H. Kitab ini adalah antara sumber rujukan utama dalam ilmu hikmah di nusantara.

Mengandungi syarah Jaljalūt Sughrā dan Kubrā, Syarah Barhatīh dikenali “Perjanjian Lama”, cara membuat wafaq, isim Mazjalin Bazjalin dan pelbagai isim lagi. Kitab ini nombor 2 selepas kitab Syamsul Ma’ārif dari segi tertib ilmunya. Seafdholnya kitab ini dipelajari secara berguru barulah ilmu yang diperolehi lebih fahamah lagi daqo’iq. Oh yer…Mazjalin Bazjalin bukan makna untuk menyeru syaitan seperti anggapan setengah pihak. Mazjalin (مزجل) maksudnya “Yā Hayyu Yā Qayyūm” setengah pendapat berkata “Yā Qā’im”. Antara khasiatnya ialah untuk mudah hamil dengan digabung 8 Asma’ Ṭahāṭīl (للطهطيل مهطهطيل قهطيطيل فهطيطيل نههططيل جهلططيس لحهططيل لمقفتجل) dan untuk pengasehan umum.

Manakala Bazjalin (بزجل) bermaksud “Yā Wadūd” setengah pendapat berkata “Yā Allah” atau “Yā Qāhir” atau “Yā Ahad” atau “Yā Wāhid”. Antara khasiatnya mencapai hajat dan jikalau digabung keduanya dan dibuat wirid 66x untuk mengelak dari sihir. Wallahu a’lam.

Kitab ini diterbitkan Syarikat al-Haramain, Singapura. Cetakan syarikat ini amat baik sekali kerana huruf dalamnya dapat di baca, tidak berterabur warna huruf, cetakan bertindih seperti terdapat dalam cetakan kitab kuning oleh syarikat lain.

Di akhir kitab ini ada dinyatakan sanad Imam al-Būnī dengan para gurunya. Antaranya sanad ilmu huruf beliau dari Sheikh Abdullah Shamsuddīn al-Aṣfahānī dari Jalāluddīn Abdullah al-Busṭamī dari Abdullah al-Bābānī dari Asiluddīn al-Shairāzī dari Abī Najīb al-Saharwaridī dari Muḥammad bin Muḥammad al-Ghazālī dari Aḥmad al-Aswad dari Hammād al-Dainūrī dari Junaid al-Baghdādī dari Siriddīn as-Saqtī dari al-Kurkhī dari Daud al-Jīlī dari Habīb al-‘Ajmī dari Imām Hasan al-Baṣrī.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s