Nilai Seorang Mursyid

ADA pelbagai cara yang dilalui oleh masyarakat hari ini dalam menilai dan mempelajari tasauf. Umumnya cara itu dapat digolongkan kepada tiga:

      • Pembacaan umum tanpa keinginan untuk mendalami tasauf. Penuntutpenerima riwayah kerana cenderung atau ingintabarruk (ambil barakah) hasil pembacaan itu.
      • Ada pula golongan yang ingin mengamalkan tasauf untuk keperluanmujahadah nafs iaitumazmudah) dan menyerap sifatmahmudah).
      • Akhirnya ada pula golongan yang menunjukkan dua ciri golongan tadi

        ISTILAH GURU SUFI

      Terpapar sekurang-kurangnya lapan istilah merujuk kepada guru sufi

      (kesemuanya dalam bahasa Arab):

      1.

      Mursyid iaitu orang yang memberikan petunjuk (irsyad)

      2.

      Sheikh iaitu nama yang sering dikaitkan sebagai ketua guru atau

      pengetua

      . Lazimnya Sheikh digunakan kepada guru kanan.

      3.

      Murabbi iaitu orang yang mengajarkan ilmu pendidikan tarbiah

       

      4. Maulana iaitu gelar .tuan. guru yang sudah mencapai darjat tinggi seperti profesor

      5.

      Mua.llim iaitu guru yang memberikan ilmu (.ilm)

      6.

      Mudarris iaitu pengurus satu pengajian (darasah, juga dikaitkan dengan

      madrasah

      ).

      7.Muaddib ialah guru yang mengajar adab (tata susila atau decorum).

       

       

       

      8.Ustaz ialah gelar biasa bagi profesi guru. Ia lazim sekali digunakan di

      rantau sebelah sini terutama di Singapura, Malaysia dan Brunei. Tetapi di

      Indonesia sering ustaz dipanggil

      kiai.

      MENGAPA BERGURU

      Berguru merupakan satu konsep setua tamadun manusia.

      Ibu bapa adalah guru semulajadi yang awal kepada anaknya.

      Bersekolah bertujuan untuk berguru ilmu. Walaupun sampai usia bekerja,

      seseorang tidak putus-putus berguru.Demikianlah dengan tasauf. Apabila proses tasauf itu dijadikan untuk

      amalan hidup yang dipanggil perjalanan sufi atau tarikat, maka mendapatkan

      guru amatlah genting.

      Manusia paling mulia di sisi Allah SWT termasuk Nabi Musa as, iaitu

      seorang ulul azmi (pemimpin agung) juga berguru. Kisahnya terpapar dalam

      surah al-Kahfi, iaitu Nabi Musa menemui Nabi Khidir as untuk mempelajari halhal

      ghaib yang sukar masuk akal, tetapi berlaku kerana kehendak Allah SWT.

      Guru tasauf ialah pembimbing rohani yang perlu mempunyai dua

      kelayakan iaitu selaku mua.llim (menguasai dan penyampai ilmu) dan murabbi

      (pendidik yang tahu ilmu pendidikan atau tarbiah). Guru begini dipanggil

       

       

      sheikh dalam konteks perguruan tasauf. Murid tasauf pula dipanggil

      perjalanannya 

      salik dan suluk. Namun sheikh yang lengkap dipanggil

      mursyid apabila ia mencapai  kelayakan untuk membimbing muridnya dari segi kerohanian.

      Bagaimanapun, mursyid juga dianggap .specialis. atau pakar dalam bidangbidang

      lain seperti fiqh atau syariah. Bezanya dalam konteks disiplin tasauf,

      mursyid hendaklah dilihat sama-sama mengamalkan ilmunya bersama-sama

      murid seperti solat tahajjud (dalam rangka mendirikan solat malam atau

      qiamulail atau disebut proses tarbiyah rohiyah . penyantunan roh) berwiridan

      dan seterusnya. Tegasnya mursyid tasauf melaksanakan dan menunjuk ajar akan

      apa yang diajarkannya.

       

       

      CABARAN MASA KINI

      Peredaran zaman menimbulkan ujian besar dalam mencari dan memilih

      mursyid. Kita semakin jauh dari zaman Nabi saw, para sahabat, pengikut

      sahabat (tabi.en) dan pengikut kepada pengikut sahabat (tabi.en wat tabi.en).

      Tempoh Nabi dengan pengikut kepada pengikut sahabat ialah 300 tahun iaitu

      mungkin sehingga zaman Imam al-Ghazali. Selepas itu berlaku pencairan

      (dilution) dari segi kekentalan ilmu yang asal.

      Antara sebabnya ialah pengaruh kebendaan merupakan kejahatan (thagut)

      yang telah meleka atau melalaikan kita semua.

      Namun dalam tradisi tasauf, terdapat koda profesionalisme atau

      etika yang menentukan apakah wajar seseorang itu menjadi mursyid.

      Sekurang-kurangnya ada 14 syarat yang perlu ada bagi seseorang itu

      layak dipanggil mursyid:

      1.Menguasai dan melaksanakan ilmu syariah sebagai tiang agama.

      Ertinya mursyid tadi tidak mengabaikan keperluan solat, zakat,

      puasa dan haji. Peribadinya tertakluk dengan hukum Allah SWT.

      2.

      Hatinya terbuka kepada teguran dan kritikan

      3.

      Ilmunya benar atau sahih (bukan ilmu sihir dsb)

      4.Berkemahuan/hemah tinggi kerana hendak membina prestasi diri

      dan muridnya.

      5.Berpandangan jauh (umat Islam memandang jauh kerana adanya

      akhirat sebagai destinasi kita)

       

       

      6.Dermawan (tidak sekalipun lokek) walaupun keperluannya tinggal

      sehelai sepinggang.

       

       

      7.

      Berbudi pekerti luhur

      8.Kasih sayang terhadap semua manusia; tanpa rasa perkauman atau

      memandang bulu/diskriminasi

       

      9.Zuhud (menolak kebendaan) dan hidup dengan amat sederhana.

      10.Tidak membesarkan diri dengan kehebatannya (self promotion

      seperti kononnya punya karamah atau dapat melihat yang ghaib iaitu

      kashaf)

       

       

      11.Tidak mengeluh ketika diuji (terutama kekurangan dari segi

      ekonomi)

       

      12.Amat perahsia (tidak mendedahkan keaiban atau kekurangan orang

      lain)

       

      13.Hadir hatinya untuk Allah SWT semata

      14.Kesan kesalihannya terpapar kepada usahanya (tanpa menunjukkan

      sesuatu yang luar biasa seperti karamah).

      KARAMAH

       

      Karamah ialah kurnia Allah SWT kepada insan salih sehingga ia mempunyai

      kelebihan yang tidak dimiliki oleh manusia biasa. Hal ini tiada guna dibahaskan

      kerana soal karamah adalah atas kehendak Allah.

      BUKAN SEORANG MURSYID

      Pertanda yang menunjukkan seseorang itu bukan seorang mursyid terpapar

      pada sekurang-kurangnya lapan ciri:

       

      1. Tidak menguasai dan mengendahkan syariat seperti tidak tahu soal

       

      pensucian atau thaharah, fardu a.in dsb

      2

      Memandang rendah atau melecehkan orang lain.

      3

      Mengambil peduli perkara remeh

      4Mengikut hawa nafsu yang membawa kepada maksiat (sepertimengambil isteri muridnya)

       

      5Pekerti buruk seperti suka mengumpat

      6

      Pura-pura dalam setiap amalannya seperti bersolat

      7Berharap kepada manusia (minta gelaran atau pangkat dan bantuan ekonomi)

      8 Memandang rendah terhadap aulia (para wali) atau guru tasauf yanglain.

       

       

      Panduan begini penting kerana tasauf merupakan disiplin yang amat tinggi

      dan banyak dugaannya. Ia memastikan agar murid itu tidak tersesat daripada

      landasan hingga terkeluar daripada sifat mukminnya. Peringatan ini diberikan

      oleh Abu Yazid al-Bustami yang maksudnya:

      ..Andai kau melihat orang yang kononnya diberi karamah itu dapat terbang,

      janganlah kau ikuti dia sehinggalah dia melaksanakan segala hukum-hukum Allah

      SWT…

      PENGECUALIAN

      Ada ketika seseorang mursyid menunjukkan sifat luar biasa atau tidak

      normal ketika jiwanya bersama Allah SWT. Ini dikatakan keadaan zhouk

      (ecstasy) atau terlalu asyik. Kata-katanya seakan-akan sukar dinilai logiknya

      seperti yang berlaku kepada al-Hallaj yang menyatakan .Ana al-Haq.

      (Akulah Tuhan). Hal ini telah menggegarkan orang ramai. Akibatnya al-

      Hallaj dijatuhi hukuman pancung kerana kesalahannya dari segi syariat.

      Namun darahnya yang mengalir di sungai bertukar menjadi kalimah

      lailahaillah.

      Sebelum hukuman tadi al-Hallaj dikatakan berpesan:

       

      Oleh itu, murid perlu memahami sikap dan sifat gurunya.

      ..Terimalah ucapanku yang sesuai dengan ilmumu. Andai kata dapati ucapanku

      bertentangan dengan ilmumu, maka jangan kau terima dan jangan kau pegangi agar

      kau tidak sesat dari jalan yang benar…

      Adakala amalan tasauf menghampiri mistik iaitu dunia ghaib jin. Fenomena

      ini dipanggil .istidraj.. Bantuan jin membolehkan pengamal tasauf itu

      mempunyai semacam kehebatan sehingga dianggap karamah. Oleh itu

      berwaspadalah.

      Menurut cerita, penghulu aulia Sheikh Abdul Qadir al-Jilani berkhalwat

      (bersendirian untuk beribadat), terdengar suara yang menyatakan bahawa beliau

      sudah sampai ke satu maqam dan tidak perlu lagi bersolat atau beribadat seperti

      manusia yang lain.

      Segera Sheikh Abdul Qadir membaca ta.audz (audzubillah.). Suara itu

      terhenti. Sesungguhnya suara itu datang daripada syaitan yang cuba menggoda

      Sheikh Abdul Qadir.

      Kemudian Sheikh Abdul Qadir bermunajat (meminta kepada Allah SWT)

      agar dapat berdialog dengan syaitan itu. Daripada penjelasan syaitan tadi,

      difahamkan 70 orang mursyid yang menghampiri maqam wali telah terjerat oleh

      pujukan syaitan. Cerita ini hendaklah membuat sesiapapun berwaspada kerana

      syaitan adalah musuh nyata manusia.

      Dalam zaman Wali Songo yang berdakwah di tanah Jawa yang dikuasai

      Majapahit (abad ke-14 masihi), salah seorang daripada mereka yang bernama

      Syeikh Siti Jennar telah terlalu condong kepada amalan kebatinan sehingga

      mengetepikan syariat. Majlis para wali itu menggugurkan beliau daripada

      keanggotaan dan menganggapnya tersesat.

      BAHAYA KEPADA TARIKAT

      Antara bahaya tarikat yang paling ketara ialah perbuatan meninggalkan

      syariat seperti solat dsb. Apabila guru tasauf tidak melaksanakan syariat,

      maka gugurlah peranannya sebagai murabbi .

      Tegasnya mursyid mempunyai dwiperanan = f(mua.llim + murabbi)

      MAKSUD TARIKAH/T

      Perjalanan pensucian rohani, bersama dengan mengukuhkan syariah, adalah

      proses yang dipanggil perjalanan suluk. Ia dilakukan oleh mursyid bersama

      muridnya.

      Asal-muasal tarikah ialah daripada Rasulullah saw. Konsep pensucian diri

      untuk mendekati Allah SWT (murraq) bermula apabila Sayidina Ali bin Abi

      Thalib bertanyakan kepada baginda . cara paling mudah, paling cepat dan

      berkesan untuk mendekati Rabbi. Diringkaskan cerita, Rasulullah saw

      mengajarkannya agar sering menyebut kalimah (berzikir) tahlil iaitu

      lailahaillah..

      Daripada zikir mudah muncul hizb (jamak: ahzab) seperti takbir, tahmid

      dsb. Apabila susunan dibentuk agar zikr mempunyai rentak, maka muncullah

      wirid(jamak: aurad) dan ratib (bacaan wirid berlagu dan beramai).

      Lazimnya mursyid akan menyusun zikr dan membentuk semacam ikatan

      atau persetiaan (bai.at) yang merupakan amalan Nabi saw bersama para sahabat.

      Dari ikatan atau persetiaan tadi, maka muncullah .sekolah. atau .mazhab.

      yang dipanggil tarikah. (Mazhab digunakan untuk fikah seperti mazhab Syafi.e).

      Tarikah mengajarkan cara atau kaifiah bagaimana proses wirid,

      pensucianrohani dapat mencapai matlamat tertentu. 

      Tegasnya ada proses tadrib (ujian)atas cara (methodology)

      tadi yang membuktikannya ia berjaya.

      Demi menghormati mursyid yang memulakan kaifiat tadi, maka tarikah

      dinamakan sempena sheikh berkenaan. Yang demikian muncullah tarikah yang

      memberikan .ijazah. (kelayakan) kepada murid yang mengikutinya. Antara

      nama-nama tarikah ialah Qadiriyah (sempena Sheikh Abdul Qadir al-Jilani),

      Naqsyabandiah (sempena Sheikh Bahauddin al-Naqsyabandi).

       

      Secara umum, majlis wirid atau disebut oleh masyarakat Melayu sebelah sini

      sebagai wiridan itu berbagai bentuk.

      Tahlilan atau khenduri doa selamat adalah baik asalkan ia tidak membazir

      atau memberatkan.

      Membaca Dibai.e (sempena susunan wirid oleh Sheikh Abdurrahman ad-

      Dibai.e) dan Barzanji (sempena Sheikh Ja.affar al-Barzanji) yang merupakan zikr

      dan solawat (memuliakan Nabi saw) merupakan perkara-perkara yang

      digalakkan dalam amalan tasauf kerana membawa keberkatan.

       

      Leave a Reply

      Fill in your details below or click an icon to log in:

      WordPress.com Logo

      You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

      Twitter picture

      You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

      Facebook photo

      You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

      Google+ photo

      You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

      Connecting to %s