Rawatan Histeria di sekolah

   Dua minggu lepas sebelum puasa iaitu pada 21 Ogos 2009 bersamaan pada hari jumaat,seramai 30 orang pelajar salah sebuah sekolah di Putrajaya telah megalami kerasukan (histeria). Kejadian ini telah berlaku dari pukul 8 pagi -12.30 tengahari.

   Pihak sekolah telah memanggil saya untuk membantu menangani pelajar-pelajar yang terkena histeria. Sebelum kejadian ini bermula pada malam tersebut saya telah mendapat satu bisikan semasa tengah berzikir di surau semasa bacan yassin dan tahlil.

Pada keesokan harinya selepas saya punch kad, satu panggilan telah diterima meminta saya datang ke sekolah tersebut bagi membantu menangani kes ini. Apabila sampai, ada 3 orang pelajar wanita yang telah kena histeria. Untuk makluman ini adalah pertama kali saya berdepan dengan kes histeria.

Saya telah meminta mana-mana pelajar yang yang hampir kerasukan minum air yassin dan juga air garam yang telah saya alirkan energi Tenaga Dalam Ilahi, energi shaktivat, energi besi kursani (energi positif) dan juga telah saya ruqyah syar’iah. Saya mula menyentuh kepala mereka selama  minit dan niat (doa ) kepada Allah SWT untuk mengalirkan energi penyembuhan kepada pelajar terbabit sambil membaca beberapa potongan ayat al Quran . Alhamdulillah,dengan kehendak dan kuasa Allah  telah memakbulkan doa saya untuk merawat pelajar-pelajar tersebut.

Kemudian berderet-deret pelajar yang mula kena histeria sehingga jam 12.30 tengahari. Alhamdulillah semuanya dapat ditangani dengan baik dan pelajar yang kena histeria dibekalkan dengan garam untuk mandian selama 7 hari berturut-turut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s