Kaedah Membaca Fatihah

Sebahagian ulama salaf telah menyusun cara membaca surah al-Fatihah dalam bilangan tertentu dan cara yang pelbagai, antaranya:

1) Istiqamah membaca surah al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap lepas solat.

2) Membaca sebanyak bilangan para rasul, ahli Badr, bilangan kaum Nabi Luth iaitu 313 kali.

3) Membaca sebanyak 40 kali di waktu sahur.

4) Untuk murah rezeki dan tercarap segala hajat, baca surah al-Fatihah 30 kali selepas solat Subuh, 25 kali selepas Zohor, 20 kali selepas Asar, 15 kali selepas Maghrib dan selepas Isyak 10 kali. Semuanya berjumlah 100 kali. Masyhur dinamai dengan Wird al-Sa‘adah (ورد السعادة) – Wirid Kebahagian.

 

Dalam Syair Imam Ghazali:

Jika kau ingin meraih rezeki,

dan mencapai apa yang dimaksud baik budak maupun merdeka.

Meraih apa yang kau inginkan secara cepat,

merasa aman dari khilaf dan pengkhianatan.

Maka bacalah Fatihatul kitab (al-Fatihah) kerana di dalamnya,

tersedia rahsia apa saja bagi sesuatu yang engkau hajati.

Lazimilah membacanya setiap waktu,

Subuh, Zuhur, kemudian Asar.

Begitu juga pada waktu Maghrib dan setiap malam,

hingga sembilan puluh dan iikuti sepuluh.

Raihlah apa engkau ingin dari kemuliaan dan kehormatan,

kewibawaan yang besar dan penghormatan.

Pelindung yang tak dapat diubah oleh malam,

melalui kejadian yang membuat berkurang.

Kejayaan serta kegembiraan berturut-turut,

rasa aman dari desakan setiap kejahatan.

Dari kesusahan, kefaqiran, keterputusan,

dari kekejaman pihak yang berkuasa melarang dan memerintah.

Jika engkau melakukannya akan datang padamu,

seseorang yang akan mencukupi mu dari Zaid dan ‘Amar.

 

Sebelum ini saya telah sebutkan beberapa amalan riyadah membaca al-Fatihah. Dan yang di atas adalah sebahagian amalan lagi warisan ulama tradisional.

 

Sumber:

al-Maliki al-Hasani, Dr. Muhammad Alwi. أبواب الفرج لسليل بيت العلم والتقى . 1998M. Cairo, Egypt.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s