Diari Rawatan 21 Jan 2015 – Kes merasuk di hospital

image

Bismillahirrohmanirrohim…
Kisah bermula bila si isteri bersalin anak kedua dan lumpuh tak boleh berjalan, kulit bersisik dan kehitaman seperti terbakar dan selama tiga minggu terlantar di hospital.
Sampai di wad hospital, pesakit lemah. Terapi dimulakan dan pesakit mula membebel dan kepanasan. Terus bertukar jadi orang lain. Akhirnya energi negatif berjaya dikeluarkan. Pesakit diminta buat mandian selama seminggu dan mungkin rawatan susulan dibuat selepas itu.

Diari Rawatan 6 Disember 2014- Rasukan

Bismilahirrohmanirrohim..

Tenaga Dalam Ilahi- Alhamdulilah masih diberikan kesempatan untuk menulis sedikit pengalaman rawatan setelah sekian lama menyepikan diri. Mudah-mudahan sempena bulan kelahiran Rasulullah saw memberikan kita kekuatan untuk memperbanyakkan selawat ke atas bagi saw.

Cuma dalam keterbatasan waktu nak cerita sedikit pengalaman rawatan pada mlm tersebut. Ada 3 sesi , pertama sesi pagar rumah, kedua pembersihan beynet lama dan kes kerasukan. Pesakit yang merasuk telah merasuk dari jam 5 petang lagi. Panggilan dari jawatankuasa surau jam 11.30 mlm. Setelah selesai sesi kedua terus bergerak ke rumah pesakit. Pesakit juga ada masalah asma. Rawatan dimulakan dengan sentuhan di perutnya. pesakit mengerang sakit tidak tertahan. Kaedah swaping dilakukan dan kelihatan energi negatif semakin lemah. Pesakit juga semakin lemah . Kaedah mandian menggunakan garam dan beras dilakukan dan ritual mandian dijalankan. Alhamdulillah energi tersebut terus hilang. Pesakit terus ambil nebulizer untuk rawatan asmanya. Rawatan berakhir jam 2 pagi dengan mee goreng …

Pembersihan di Institut di Bangi, Selangor

image

Bismillahirrohmanirrohim

Tenaga Dalam Ilahi – Dapat panggilan dari pengarah salah satu institut latihan di Bangi bagi meminta bantuan pembersihan. Dengan menggunakan beberapa medium Alhamdulillah  berjaya gangguan berjaya dipindahkan ke sungai…

Diari Rawatan 15 Jun 2014 – Terbaring kaku

Bismillahirrohmanirrohim…

Tenaga Dalam Ilahi – pada pagi tersebut mendapat panggilan dari seorang teman meminta merawat adiknya yang katanya terkena gangguan. Walaupun masih keletihan kursus dan bawa keluarga berjalan-jalan di Langkawi, janjitemu diadakan pada malamnya. Ingatkan gangguan biasa tetapi bila melihatkan abangnya terpaksa memangku adiknya masuk ke dalam rumah saya. Pesakit tak mampu untuk berdiri. Ceritanya bermula pada pagi tersebut semasa pesakit itu bekerja, dianya telah kerasukan dan terjelepuk ke lantai dan tak boleh bangun-bangun sehingga terpaksa diusung balik ke rumah. Hanya mata sahaja yang terkebil-kebil.

Sesi terapi dimulakan dan kelihatan tiada respon dari pesakit. Setelah menekan beberapa point barulah energi yang berada ditubuhnya menjerit kesakitan dan sesi dialog bermula. Gangguan itu sebenrnya ajak pesakit bunuh diri tetapi pesakit menolaknya. dipendekkan cerita dia setuju untuk keluar dari tubuhnya dan berjanji tidak akan masuk kedalam tubuh pesakit. Selepas selesai pesakit terus boleh berdiri.

Alhamdulillah dengan izin dariNya jua semua ini berlaku….

Diari Rawatan Mei 2014- Masalah Kedai Tiada Pelanggan

Mei 2014 – Alhamdulillah dapat juga meluangkan masa menulis sedikit aktiviti rawatan walaupun dan dua bulan sibuk melakukan bisnes emas. Mudah mudahan ianya merupakan salah satu jalan untuk keluar dari masalah kesempitan hidup di dunia yang sementara. Nanti saya akan buat artikel berkenaan emas.

Dapat whatsap dari seorang pemilik kedai di Wangsa Maju.Sebelum ini bisnes boleh dikira alhamdulillah dan lepas beberapa tahun dan terutamanya sejak 3 bulan lepas hanya dapat tampung kos sewa dan operasi sahaja. Malamnya dia datang bersama suami untuk berikhtiar apa yang perlu dan membawa barang-barang yang telah dipesan.

Bila sesi terapi dilakukan wanita ini dapat melihat dengan jelas keadaan di kedainya. Kelihatan terdapat 6 ekor lembaga yang berlegar di dalam premisnya. Sesi pembersihan dilakukan secara makrifat. Alhamdulillah berjaya. Saya minta wanita ini membersihkan sekali lagi premisnya dengan menggunakan barang yang telah dibawa. Alhamdulillah selepas seminggu pembersihan wanita itu memberitahu tiada lagi masalah berdiri bulu roma di premisnya dan pesanan antara amalan para wali Allah bagi menjemput rezeki pada setiap hari Jumaat agar  diamalkan.

Diari Rawatan 10 Mac 2013 – Buang Saka

Image

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk menulis lagi dalam blog blog ini. Agak lama juga blog ini  terbengkalai kerana sibuk dengan persiapan umrah saya dan isteri dari 12-14 Mac yang lalu. Jadi kali ini nak cerita sedikit mengenai gangguan seorang remaja sekitar 16 tahun yang kerap diganggu semasa tidur seperti mendengar dengusan nafas dibelakangnya semasa tidur dan kerap berlaku kerasukan.

Pada malam tersebut setelah barang-barang yang perlu disediakan ada, proses membuang ‘saka’ dilakukan. Kerja menjadi lebih senang kerana adiknya yang bongsu telah terbuka mata ketiga.  Kelihatan gangguan ‘saka’ tuurun dan duduk di kain kafan tersebut. Setelah selesai ritual barang-barang tadi dibuang ke sungai. Mudah-mudahan terpuruslah tali-tali dan gangguan tersebut. Amin.

Diari Rawatan 26 januari 2014 – Rawatan Penyakit kulit

Image

Bismillahirrohmanirrohim…

Tenaga Dalam Ilahi – Rentetan dari rawatan satu keluarga di Keramat pada minggu lepas berikutan masalah kedai yang disihir dan masalah anaknya yang menangis tanpa henti sejak lima hari dan alhamdulilah beransur pulih seperti sediakala, maka sang ayah membawa rakannya untuk berubat. Panjang cerita sejarah penyakit dan rata-rata menceritakan macam-macam samapai dia pun dah tak tahu yang mana betul yang mana salah. Dipendekkan cerita terapi dilakukan dan pesakit memulakan zikir, pesakit menceritan seperti telinga berbahang, tekak kering dan merasakan banyak benda yang merayap keluar dengan banyak. Pesakit juga dapat imbasan punca penyakitnya. dan penjelasan diberikan berkenaan apa yang dilihatnya. Alhamdulillah pesakit merasakn tubuhnya semakin ringan dan sihat dan sesi pembersihan rumah dan mandian dilakukan selama tujuh hari….