Tag Archives: warna aura

Rawatan 13 Februari 2011- Sihir Penghalang Pernikahan

(sekadar gambar hiasan)

Bismillahirrohmanirrohim…

Tenaga Dalam Ilahi – Saya dapat panggilan dari seorang makcik yang meminta untuk datang ke rumahnya di Sg Ramal, Kajang. Berdasarkan perbualan anaknya sudah sepuluh kali putus tunang. Saya pun datang ke rumahnya setelah adik makcik tadi menunggu saya di stsen minyak Shell Sg Ramal. Sampai di rumahnya jam 9.45 malam. Bila sampai di rumahnya saya di jemput masuk oleh suami makcik tadi dan duduk sambil menikmati  hidangan yang disediakan. Pada mulanya saya datang untuk membuat pembersihan rumah makcik ini. Semasa berdoa pada bahan-bahan bagi pembersihan rumah, saya perhatikan terdapat aura hitam pada bahu kanan dan kiri anak perempuan tadi. Bila saya buka mata tak nampak pula. saya pejam lagi nampak lagi aura hitam pada tubuh anak makcik tadi. Setelah selesai, rawatan dimulakan pada anak perempuannya yang berusia 28 tahun.

Sesi scanning mendapati ada tindakbalas pada hatinya bila saya niat untuk deteksi lokasi gangguan energi negatif. Saya minta izin pada makcik tadi untuk  menyentuh kepala anaknya. Bila sentuh kepala anaknya terus dia sendawa panjang berkali-kali. Saya minta supaya makcik tadi menyediakan mangkuk kerana kemungkinan anaknya akan muntah. Bila sampai mangkuk terus saja anak tadi muntah. Dua  mangkuk muntah. Bila rawatan selesai, anak dara makcik kata badannya  terasa ringan. Semasa rawatan dilakukan makcik pun terasa ada gerakan pada kepalanya. Lepas tu anak-anaknya yang lain pun minta lihat sama ada ada gangguan saka atau energi yang tak elok.  Semasa sesi mendeteksi tersebut 2 lagi anaknya ada mangalami gangguan saka. Anak-anaknya dibekalkan air mineral untuk minuman, garam dan minyak wangi untuk mandian selama 7 hari.

Rawatan selesai jam 1 pagi.

Sistem Biomagnetik Pada Tubuh Manusia

Bismilahirahmanirrahim…

TENAGA DALAM ILAHI – Salam di akhir bulan Sya’ban dan lebih kurang lagi 8 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadan yang mana bulan Ramadan adalah bulan yang diawalnya adalah pengampunan dipertengahannya adalah rahmat dan diakhirnya adalah pelepasan dari api neraka. semoga para pembaca sentiasa ceria dan bahagia dalam melayari kehidupan seharian. Ada yang bersedih? Kenapa agaknya kita  bersedih? Sebenarnya perasaan yang kita alami hanyalah merupakan cetusan dan terbitan yang kita cipta (daya cipta). Seperti kita melihat sebuah peta, sebenarnya sebuah peta tidaklah mewakili sempadan sesebuah negeri. Ia hanya menunjukkan situasi dan keluasan kawasan tersebut tanpa sebarang ikatan sah kepada kawasan asal.
Begitu juga dengan perasaan kita, kita bersedih bukanlah kerana kita seorang penyedih tetapi kita berada dalam situasi atau kawasan kesedihan. Kita sebenarnya mampu keluar daripada kawasan tersebut jika kita memasuki kawasan kegembiraan. Tak faham? tak mengapa, nanti suatu hari saya akan menulis post tentang perkara ini. Minggu ini saya ingin berkongsi cerita dengan pembaca tentang medan elektromagnetik badan kita atau lebih dikenali sebagai aura kerana apa yang diajarkan oleh Tenaga dalam Ilahi adalah senam pernafasan biomagnetik.

Bila sebut medan elektromagnetik ramai yang tertanya-tanya apakah bendanya itu, tetapi bila diringkaskan kepada aura, ramai yang tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala kerana sudah faham . Pada suatu ketika dahulu ramai yang bercerita tentang aura dan ramai yang berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan aura. Apa agaknya aura itu dan bagaimana ianya terjadi?

Tubuh badan kita sebenarnya telah direka oleh Allah dengan begitu teliti dan penuh kehebatan. Seorang manusia yang sihat, akan mempunyai lingkaran tenaga atau energy fluks yang penuh atau bulat. Badan kita umpama sebatang rod magnet. Lebih tepat lagi tulang belakang manusia merupakan rod magnet tersebut. Dibahagian paling atas sekali terletaknya ubun-ubun atau lebih tepat lagi kita namakannya kelenjar pineal. Ia merupakan kutub utara dan hujung tulang sulbi iaitu tulang yang terakhir dalam struktur tulang belakang manusia merupakan kutub selatannya.

Mungkin ada pembaca yang tidak tahu atau kurang perasan bahawa tulang belakang manusia bermula daripada kelenjar pineal di atas kepala sehingga ke tulang sulbi di bahagian hujung tulang belakang. Oleh yang demikian tenaga mengalir daripada kutub utara iaitu kelenjar pineal hingga ke kutub selatan iaitu di hujung tulang sulbi dan seterusnya membentuk lingkaran atau medan magnet.

Lingkaran tenaga ini berpusing tanpa henti dan tidak putus. Lingkaran inilah yang membentuk medan elektromagnetik badan manusia atau aura.  Lingkaran tenaga ini memastikan bahawa tenaga kita tidak berserakkan dan kita berada dalam pelindungan tenaga yang baik. Bila lingkaran ini semakin kuat dan besar tenaga dalaman seseorang itu bertambah hebat. Tenaga minda seseorang itu meningkat dan prestasi serta potensi dirinya juga meningkat.

Kita kerap mendengar orang berkata, orang-orang hebat memiliki aura yang hebat. Orang yang memiliki aura yang hebat ini sentiasa berjaya dalam usahanya. Tidak kira bidang apa mereka ceburi, mereka akan menyerlah dan gemilang. Perkara ini menyebabkan ramai yang berfikir bagaimana nak tingkatkan kehebatan aura agar kita juga mampu cemerlang dan hebat.

Contoh gambar aura yang diambil mengguna ‘Kirlin Photograph’.

Baiklah di sini saya kongsikan beberapa tips untuk mendapatkan aura atau lingkaran tenaga elektromagnetik yang hebat. Medan tenaga ini bermula daripada kelenjar pineal atau ubun-ubun di bahagian atas kepala dan bercantum semula di hujung tulang sulbi. Tips yang pertama yang perlu pembaca ambil perhatian adalah menjaga kekuatan kelenjar pineal dan tulang sulbi. Mari kita lihat fungsi kelenjar pineal dan tulang sulbi pada manusia.

Kelenjar pineal menjaga kekuatan semangat dan kekuatan keyakinan kepada manusia. Apabila kelenjar pineal ini lemah maka seseorang manusia itu akan menjadi lesu, tiada mood. Bayangkan apa akan terjadi pada individu yang lesu, lemah dan sentiasa tiada mood. Pastinya prestasi kerjanya akan terganggu dan dia tidak akan mampu menyerlahkan kehebatan potensi dirinya.

Ok, sekarang kita lihat pula fungsi tulang sulbi. Tulang sulbi menjaga darah, otot, tulang, saraf, usus. Jika tenaga tulang sulbi ini lemah seseorang manusia itu akan mudah diserang penyakit yang berkaitan dengan darah, seperti darah tinggi, leukimia, kebas, cirit-birit, buasir, sembelit, kekejangan, hilang deria sentuh. Bila dilihat pada penyakit yang terhasil daripada kelemahan struktur tulang sulbi, secara automatik kita boleh mentafsirkan bahawa mereka ini adalah orang yang pastinya tergolong adlam kumpulan yang tidak produktif.

Jadi secara umumnya untuk seseorang itu berjaya dalam apa juga bidang yang diceburinya tumpuan yang serius haruslah diberi kepada kekuatan tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi. Itulah juga sebab mengapa kini terdapat banyak produk aura atau tenaga di pasaran. Produk-produk ini secara tidak langsung membantu individu meningkatkan aura atau tenaga lingkaran elektromagnetik badan. Selain itu, menjaga pemakanan adalah amat penting dalam mempastikan tahap tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi kuat.

Lingkaran tenaga elektromagnetik atau energy fluks amat sensitif. Ia boleh berubah-ubah mengikut daya pemikiran seseorang dan getaran denyutan jantung. Ini bermakna, apabila seseorang itu, tidak tenteram atau kerisauan, atau ketakutan, maka lingkaran tenaga atau fluksnya akan terganggu. Itulah sebab utama mengapa kekuatan organ-organ yang terlibat harus di ambil berat.

Apabila seseorang individu itu memiliki tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi yang kuat, percayalah dia mampu berada di tahap kegemilangan yang diimpikan oleh semua manusia. Begitulah sebenarnya bagaimana seorang manusia itu berbeza dengan seorang manusia yang lain. Sebenarnya perbezaan itu tidak perlu terjadi bila semua manusia tahu dan mengambil berat menjaga kekuatan lingkaran tenaga atau energy fluks mereka.

Bagi pelatih yang ingin belajar senam pernafasan biomagnetik Tenaga Dalam Ilahi, konsepnya kami telah permudahkan dengan menggunakan kaedah ‘jumper’ iaitu konsep seperti bila ada kereta yang tak boleh start, kita akan jumperkan bateri kereta kita kepada bateri kereta yang tak hidup tu. Bila dia start maka enjin kereta dia pun boleh hidup sekali. Bagi pelatihan senaman pernafasan biomagnetik Tenaga Dalam Ilahi, pemberi ijazah akan mengalirkan energinya kepada medium air atau garam dan air atau garam tadi diminum bagi membangkitkan tenaga dalaman pelatih. Latihan 21 hari diperlukan bagi menyelaraskan energi biomagnetik pada tubuh pelatih.

Rawatan Pada 23 Julai 2010

(sekadar gambar hiasan)

Bismillahirahmanirrahim…

TENAGA DALAM ILAHI- Seorang kenalan saya, Encik S mahu berjumpa saya pada malam tersebut di Bukit Angkasa, Petaling  Jaya. Saya pun bertolak dari Putrajaya ke Bukit Angkasa dan sampai jam 8 malam. Selepas solat Maghrib kami pun berborak-borak , tengah-tengah borak tiba-tiba dia dah transforms jadi lain. Nama dia pun dah tukar jadi Rukail. Umurnya 13000 tahun dan asal dari Mesir. Saya pun sakatlah Rukail nie sampai dia pun mati akal dengan saya. Saya ajak dia masuk Islam, dia tak mahu. Suruh keluar dari badan kenalan saya, dia tak nak. Yang bestnya dia tak boleh tengok saya sebab dia kata dia nampak cahaya kuning keemasan di sekitar tubuh saya. ( entah yer entah tak). Dia pun membebel dan dia pun hairan mana bola-bola api dan geng-geng yang tuan dia hantar tak sampai. Bila saya sentuh perut dia maka perut dia rasa memulas. Lepas tu saya saya pegang belakang badan dia dan pada masa tu dia mula meronta-tonta. Penyaluran shaktivat , energi hakikat besi kursani dan tenaga dalam ilahi dialirkan dan tepukan di seluruh badan meyebabkan En S muntah. Semasa rawatan dijalankan keluarganya pun menerima tempias seperti sakit kaki, pening kepala pada masa yang sama. Kaedah memanggil semua gangguan dilakukan dan bilamana semua gangguan telah berada di depan maka kaedah penguncian dan buangan dilakukan ke laut. Bagi pesakit pula kaedah pemutusan energi dilakukan. Setelah selesai saya minta pesakit terus mandi garam dan minyak wangi. Dia merasakan segar dan lebih ringan.

Lepas mandian kami solat isyak berjemaah dan seterusnya makan malam jam 12 tengah malam. Lepas makan kami lepak kejap di rumahnya dan dia transform lagi. Kali ni jin Nomi pulak muncul. Saya pegang point tangan dia dan terus zikir ALLAH 99 kali senafas di akhiri Hu hembus ke tubuh pesakit. Gangguan mengalah dan terus nak keluar dari tubuhnya. Perjanjian dibuat  dan penghantaran gangguan kembali ke Sulawesi dijalankan. Pesakit sedar seketika kemudian.

Saya minta pesakit teruskan mandian garam dan minyak wangi selama 7 hari maybe 41 hari berturut-turut.

UPDATED: KURSUS MASTER PENYEMBUHAN BIOSINERGI (MPB) DAN TRAIN TO TRAINER (TTT)

Dimaklumkan kepada peserta yang telah mendaftar bagi program di atas menjelaskan yuran kursus sebelum 15 Jun ini bagi tujuan penempahan bilik dan dewan serta mkan minum. Kepada sesia yg berminat penyertaan masih dibuka. Sila bankin ke dalam akaun saya Maybank 101179020603 bagi tujuan pembayaran.

Kursus Master Bio Sinergi Lanjutan

 

jemaah

Gambar 1: Sesi bergambar tak rasmijemaah2

Gambar 2: Sesi Gambar Tak Rasmi 2jemaah3

Gambar 3 : sesi soal jawab dari kelas ke kedai makan dan seterusnya ke bilik penginapan berakhir jam 5.30 pagi

 

Tarikh : 5 dan 6 Disember 2009

Lokasi : Warisan Sembilang Resort,Pantai Remis,  Selangor Darul Ehsan.

.

Aktiviti dimulakan pada jam 2 petang. Antara yang hadir adalah Dr Idris, Bapak Subarjo (Garuda Sakti), Shahril, Khairol, Nazir, Ibrahim, Zulkafli, Nazir, Zawawi dan beberapa nama yang aku tak ingat lagi.

Aktiviti yang dijalankan adalah

  • Penyembuhan dan aura
  • Aplikasi Aura dan teknik penyembuhan
  • Teori totok urat
  • Teknik melihat aura
  • Meraga sukma & Terawangan
  • Geopratik dan Alat Anti Geo pratik
  • Teknik membuat alat menguji bioenergi

Secara amnya kursus ini adalah bagus diikuti bagi memberi kefahaman dalam aplikasi metafizik serta mengeratkan tali silaturahim sesama ahli. Kadangkala benda yang mistik ada jawapannya dari segi metafizik.

Menafsir warna aura

Serba sedikit mengenai warna-warna aura.

Saya tidak memberikan secara detail, cuma sekadar pemahaman namun begitu Aura adalah terlalu kompleks dan sentiasa berubah-ubah, ia tidak boleh mentafsir secara mudah berdasarkan pada warna aura itu semata-mata.

Warna Merah adalah warna emosi dan menyediakan sumber energi.

Warna Oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi.

Warna Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat.

 Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan kebangkitan kebolehan fizik.Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma.

Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan.Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.

Warna Biru adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam banyak-banyak warna aura. Ia melambangkan kepercayaan atau keyakinan .

Warna Ungu Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempemgaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal dan spiritual.Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.

Merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.

 Warna Emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan. Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi . Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif, bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.

Warna Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke arah membongkar kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang kreatif.Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan fizikal, istimewa kepada aura yang berdekatan pada bahagian badan. Ia juga menunjukkan keinginan untuk meninggalkan tiada satu kerja yang diberikan yang tidak akan diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang berwarna kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka bersendirian.

Warna Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak seimbangan atau kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran yang baru.Aura perang yang melintasi muka atau kepala menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tersebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang mempegaruhi kawasan masaalah dalam fizikal.

Warna Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan penyakit yang berat. Namun ada pendapat mengatakan ianya adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia.

 Warna Perak berkilauan Ia selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna perak. Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif . Jika hadirnya aura berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut , individu tersebut seorang yang terlalu kreatif .

Menafsir Warna Aura

Berikut adalah panduan warna bagi aura manusia. Pentafsiran aura yang dicatat di bawah ini tidak semestinya tepat. Walaubagaimana pun kebanyakan petunjuk warna aura di bawah dengan tafsirannya adalah tepat terutamanya yang berwarna putih, emas dan merah. Mengikut kajian ahli tenaga dalam warna putih biasanya adalah warna aura olah nafas atau jurusan nafas. Sekiranya semakin mantap jurusannya, warna aura akan bertukar kepada kuning keemasan. 

Tenaga dalam yang menggunakan “Lam Jalalah” (Laa ilaha illallah) adalah auranya berwarna Merah terang menunjukkan kekuatan dalaman dan luaran yang sukar ditembusi oleh sihir dan makhluk halus. Bagi yang mengamalkan Lam Syahadah warnaya adalah perak. LAm Syahadah adalah lebih tinggi energinya berbanding Lam Jalalah

AURA COLOR MEANINGS

RED AURA COLOR: Relates to the physical body, hart or circulation. The densest color, it creates the most friction. Friction attracts or repels; money worries or obsessions; anger or unforgiveness; anxiety or nervousness

Deep Red: Grounded, realistic, active, strong will-power, survival-oriented.

Muddied red: Anger (repelling)

Clear red: Powerful, energetic, competitive, sexual, passionate

Pink-bright and light: Loving, tender, sensitive, sensual, artistic, affection, purity, compassion; new or revieved romantic relationship. Can indicate clairaudience.

Dark and murky pink: Immature and/or dishonest nature

Orange Red: Confidence, creative power

In a good, bright and pure state, red energy can serve as a healthy ego.

ORANGE AURA COLOR: Relates to reproductive organs and emotions. The color of vitality, vigor, good health and excitement. Lots of energy and stamina, creative, productive, adventurous, courageous, outgoing social nature; currently experiencing stress related to apetites and addictions;

Orange-Yellow: Creative, intelligent, detail oriented, perfectionist, scientific.

YELLOW AURA COLOR: Relates to the spleen and life energy. It is the color of awakening, inspiration, intelligence and action shared, creative, playful, optimistic, easy-going.

Light or pale yellow: Emerging psychic and spiritual awareness; optimism and hopefulness; positive excitement about new ideas.

Bright lemon-yellow: Struggling to maintain power and control in a personal or business relationship; fear of losing control, prestige, respect, and/or power.

Clear gold metallic, shiny and bright: Spiritual energy and power activated and awakened; an inspired person.

Dark brownish yellow or gold: A student, or one who is straining at studying; overly analitical to the point of feeling fatigued or stressed; trying to make up for “lost time” by learning everything all at once.

GREEN AURA COLOR: Relates to heart and lungs. It is a very comfortable, healthy color of nature. When seen in the aura this usually represents growth and balance, and most of all, something that leads to change. Love of people, animals, nature; teacher; social

Bright emerald green: A healer, also a love-centered person

Yellow-Green: Creative with heart, communicative

Dark or muddy forest green: Jealousy, resentment, feeling like a victim of the world; blaming self or others; insecurity and low self-esteem; lack of understanding personal responsibility; sensitive to perceived criticism

Turquoise: Relates to the immune system. Sensitive, compassionate, healer, therapist.

BLUE AURA COLOR: Relates to the throat, thyroid. Cool, calm, and collected. Caring, loving, love to help others, sensitive, intuitive.

Soft blue: Peacefulness, clarity and communication; truthful; intuitive

Bright royal blue: Clairvoyant; highly spiritual nature; generous; on the right path; new opportunities are coming

Dark or muddy blue: Fear of the future; fear of self-expression; fear of facing or speaking the truth

INDIGO AURA COLOR: Relates to the third eye, visual and pituitary gland. Intuitive, sensitive, deep feeling.

VIOLET AURA COLOR: Relates to crown, pineal gland and nervous system. The most sensitive and wisest of colors. This is the intuitive color in the aura, and reveals psychic power of attunement with self. Intuitive, visionary, futuristic, idealistic, artistic, magical.

LAVENDER AURA COLOR: Imagination, visionary, daydreamer, etheric.

SILVER AURA COLOR: This is the color of abundance, both spiritual and physical. Lots of bright silver can reflect to plenty of money, and/or awakening of the cosmic mind.

Bright metallic silver: Receptive to new ideas; intuitive; nurturing

Dark and muddy gray: Residue of fear is accumulating in the body, with a potential for health problems, especially if gray clusters seen in specific areas of the body

GOLD AURA COLOR: The color of enlightenment and divine protection. When seen within the aura, it says that the person is being guided by their highest good. It is divine guidance. Protection, wisdom, inner knowledge, spiritual mind, intuitive thinker.

BLACK AURA COLOR: Draws or pulls energy to it and in so doing, transforms it. It captures light and consumes it. Usually indicates long-term unforgiveness (toward others or another) collected in a specific area of the body, which can lead to health problems; also, entitities within a person’s aura, chakras, or body; past life hurts; unreleased grief from abortions if it appears in the ovaries

WHITE AURA COLOR: Reflects other energy. A pure state of light. Often represents a new, not yet designated energy in the aura. Spiritual, etheric and non-physical qualities, transcendent, higher dimensions. Purity and truth; angelic qualities.

White sparkles or flashes of white light: angels are nearby; can indicate that the person is pregnant or will be soon

EARTH AURA COLORS: Soil, wood, mineral, plant. These colors display a love of the Earth, of being grounded and is seen in those who live and work on the outdoors….construction, farming, etc. These colors are important and are a good sign.

RAINBOWS: Rainbow-colored stripes, sticking out like sunbeams from the hand, head or body: A Reiki healer, or a starperson (someone who is in the first incarnation on Earth)

PASTELS: A sensitive blend of light and color, more so than basic colors. Shows sensitivity and a need for serenity.

DIRTY BROWN OVERLAY: Holding on to energies. Insecurity.

DIRTY GRAY OVERLY: Blocking energies. Guardedness.