Tag Archives: mengaktifkan tenaga dalam

Diari Rawatan 5 Oktober 2012

 

Bismillahirrohmanirrohim ( Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

TENAGA DALAM ILAHI – Alhamdulillah segala pujian hanya selayaknya bagi Allah yang menguasai sekalian makhluk. Maaf kepada para pengunjung kerana sejak akhir-akhir ini jarang update blog.  Sebenarnya saya telah menghadiri latihan di Amerika Syarikat selama tiga minggu. Walaupun sibuk membuat persiapan untuk latihan di sana rawatan tetap dilakukan seperti biasa. Ada satu kes anak kepada salah seorang pengarah di sebuah agensi kerajaan mengalami masalah cirit birit dan batuk serta muntah-muntah. Waktu tu saya berada di Hotel Equatorial Bangi menghadiri bengkel.

Bengkel tamat jam 10.30 malam dan pesakit masuk ke bilik penginapan untuk rawatan. Bila masuk ke bilik saya terasa gelombang negatifnya menerpa masuk sekali.  Rawatan dimulakan dengan permohonan doa kepada Allah. Pesakit terus muntah dan sendawa banyak kali.  Dari pengamatan saya kelihatan pesakit ini telah disantau. saya meminta untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan bagi pengubatan santau.  rawatan susulan selepas saya balik dari Amerika Syarikat dan Jet lag saya telah ok.

Wassalam

PROGRAM REVOLUSI QUANTUM SPIRITUAL (Penyembuhan Quantum Ilahi Terpadu) pada 5- 6 Mac 2011

Dengan kerendahan hati,  saya mengumumkan bahawa kursus Quantum Bersepadu akan diadakan pada 5-6 Mac 2011. Sila daftarkan diri anda bagi program ini

Module :

- Hubungan antara kesadaran dan alam semesta

- Teknik mengamati dalam pikiran

- Feeling dan WowFeeling

- The Observe Technique

-Teknik mengembangkan kesadaran

-Healing with – Wow Feeling

-Distant Healing

-Emotional Healing

Lokasi :

Pantai Remis, Kapar,Klang

Tarikh :

5hb Mac 2011 (12.30 Tengah Hari Hingga 4:30pm)
6hb Mac 2011 (10:30Pagi Hingga 12:30 Tengah Hari)

Yuran :

RM1250.00

LAMPU GARAM KRISTAL UNTUK PEMBERSIHAN ENERGI NEGATIF DI RUMAH

Produk kami yang pastinya berbeza dengan produk-produk lain yang ada di pasaran. Lampu kristal garam ini telah didoakan dan dibacakan dengan hizib bahar, hizib Nashr, doa nurun nubuwah, ayat-ayat Alquran, Asmaul Husna khusus  dan energi hiper metafizik bagi menyingkirkan energi-energi negatif yang terdapat di dalam rumah. Khusus dibawakan bagi mereka yang hendak memasuki rumah baru ataupun rumah-rumah yang mengalami gangguan makhluk halus. SEKALI LAGI DINYATAKAN TIDAK SAMA DENGAN YANG ADA DI PASARAN. Cuma perlu dihidupkan selama 7- 41 hari siang dan malam dan bilamana lampu ini dihidupkan dan berfungsi sehingga garam tersebut habis. Selain itu antara faedah-faedah lain adalah:
1) PENGHIDAP ALERGI

Lampu kristal garam dapat membersihkan kandungan udara di sekeliling anda melalui cara pengionan. Lampu ini mempunyai kebolehan memperbaiki kualiti udara disamping mewujudkan keadaan yang bersih & selesa serta suasana yang menyegarkan.

2) PEKERJA-PEKERJA DI PEJABAT

Di tempat kerja, lampu ini dapat meningkatkan tumpuan anda di samping menyegarkan anda dengan mengurangkan tekanan yang dihadapi. Letakkan lampu kristal garam ini berdekatan komputer anda bagi menghilangkan rasa penat serta mengurangkan kesan radiasi dari monitor komputer.

3) IBUBAPA

Letakkan lampu kristal ini berhampiran katil anak anda. Ia selamat digunakan & mengeluarkan cahaya yang sangat indah pada waktu malam. Ia dapat membantu anak anda tidur dengan lena & menjamin kualiti udara persekitaran.

4) KESIHATAN

Ion-ion negatif yang dibebaskan dari lampu kristal garam ini membersihkan udara dari debu, debunga, bakteria serta kulat yang terkandung dalamnya. Ia juga dapat mengawal penyakit-penyakit seperti asma, tekanan emosi, & juga keletihan. Di samping itu kandungan asap dalam udara dapat dikurangkan.

Harga promosi bagi satu buah lampu garam kristal ialah 70 ringgit tidak termasuk kos penghantaran. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan ingin membersihkan rumah dari gangguan energi negatif pihak kami bersedia memberikan perkhidmatan tersebut dengan harga RM 550.00 dan percuma 4 buah lampu garam kristal untuk diletakkan di empat penjuru rumah. Insya Allah ini adalah ikhtiar sahaja. Segala keyakinan perlu diletakkan kepada kekuasaan mutlak Allah S. W. T.

Sistem Biomagnetik Pada Tubuh Manusia

Bismilahirahmanirrahim…

TENAGA DALAM ILAHI – Salam di akhir bulan Sya’ban dan lebih kurang lagi 8 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadan yang mana bulan Ramadan adalah bulan yang diawalnya adalah pengampunan dipertengahannya adalah rahmat dan diakhirnya adalah pelepasan dari api neraka. semoga para pembaca sentiasa ceria dan bahagia dalam melayari kehidupan seharian. Ada yang bersedih? Kenapa agaknya kita  bersedih? Sebenarnya perasaan yang kita alami hanyalah merupakan cetusan dan terbitan yang kita cipta (daya cipta). Seperti kita melihat sebuah peta, sebenarnya sebuah peta tidaklah mewakili sempadan sesebuah negeri. Ia hanya menunjukkan situasi dan keluasan kawasan tersebut tanpa sebarang ikatan sah kepada kawasan asal.
Begitu juga dengan perasaan kita, kita bersedih bukanlah kerana kita seorang penyedih tetapi kita berada dalam situasi atau kawasan kesedihan. Kita sebenarnya mampu keluar daripada kawasan tersebut jika kita memasuki kawasan kegembiraan. Tak faham? tak mengapa, nanti suatu hari saya akan menulis post tentang perkara ini. Minggu ini saya ingin berkongsi cerita dengan pembaca tentang medan elektromagnetik badan kita atau lebih dikenali sebagai aura kerana apa yang diajarkan oleh Tenaga dalam Ilahi adalah senam pernafasan biomagnetik.

Bila sebut medan elektromagnetik ramai yang tertanya-tanya apakah bendanya itu, tetapi bila diringkaskan kepada aura, ramai yang tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala kerana sudah faham . Pada suatu ketika dahulu ramai yang bercerita tentang aura dan ramai yang berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan aura. Apa agaknya aura itu dan bagaimana ianya terjadi?

Tubuh badan kita sebenarnya telah direka oleh Allah dengan begitu teliti dan penuh kehebatan. Seorang manusia yang sihat, akan mempunyai lingkaran tenaga atau energy fluks yang penuh atau bulat. Badan kita umpama sebatang rod magnet. Lebih tepat lagi tulang belakang manusia merupakan rod magnet tersebut. Dibahagian paling atas sekali terletaknya ubun-ubun atau lebih tepat lagi kita namakannya kelenjar pineal. Ia merupakan kutub utara dan hujung tulang sulbi iaitu tulang yang terakhir dalam struktur tulang belakang manusia merupakan kutub selatannya.

Mungkin ada pembaca yang tidak tahu atau kurang perasan bahawa tulang belakang manusia bermula daripada kelenjar pineal di atas kepala sehingga ke tulang sulbi di bahagian hujung tulang belakang. Oleh yang demikian tenaga mengalir daripada kutub utara iaitu kelenjar pineal hingga ke kutub selatan iaitu di hujung tulang sulbi dan seterusnya membentuk lingkaran atau medan magnet.

Lingkaran tenaga ini berpusing tanpa henti dan tidak putus. Lingkaran inilah yang membentuk medan elektromagnetik badan manusia atau aura.  Lingkaran tenaga ini memastikan bahawa tenaga kita tidak berserakkan dan kita berada dalam pelindungan tenaga yang baik. Bila lingkaran ini semakin kuat dan besar tenaga dalaman seseorang itu bertambah hebat. Tenaga minda seseorang itu meningkat dan prestasi serta potensi dirinya juga meningkat.

Kita kerap mendengar orang berkata, orang-orang hebat memiliki aura yang hebat. Orang yang memiliki aura yang hebat ini sentiasa berjaya dalam usahanya. Tidak kira bidang apa mereka ceburi, mereka akan menyerlah dan gemilang. Perkara ini menyebabkan ramai yang berfikir bagaimana nak tingkatkan kehebatan aura agar kita juga mampu cemerlang dan hebat.

Contoh gambar aura yang diambil mengguna ‘Kirlin Photograph’.

Baiklah di sini saya kongsikan beberapa tips untuk mendapatkan aura atau lingkaran tenaga elektromagnetik yang hebat. Medan tenaga ini bermula daripada kelenjar pineal atau ubun-ubun di bahagian atas kepala dan bercantum semula di hujung tulang sulbi. Tips yang pertama yang perlu pembaca ambil perhatian adalah menjaga kekuatan kelenjar pineal dan tulang sulbi. Mari kita lihat fungsi kelenjar pineal dan tulang sulbi pada manusia.

Kelenjar pineal menjaga kekuatan semangat dan kekuatan keyakinan kepada manusia. Apabila kelenjar pineal ini lemah maka seseorang manusia itu akan menjadi lesu, tiada mood. Bayangkan apa akan terjadi pada individu yang lesu, lemah dan sentiasa tiada mood. Pastinya prestasi kerjanya akan terganggu dan dia tidak akan mampu menyerlahkan kehebatan potensi dirinya.

Ok, sekarang kita lihat pula fungsi tulang sulbi. Tulang sulbi menjaga darah, otot, tulang, saraf, usus. Jika tenaga tulang sulbi ini lemah seseorang manusia itu akan mudah diserang penyakit yang berkaitan dengan darah, seperti darah tinggi, leukimia, kebas, cirit-birit, buasir, sembelit, kekejangan, hilang deria sentuh. Bila dilihat pada penyakit yang terhasil daripada kelemahan struktur tulang sulbi, secara automatik kita boleh mentafsirkan bahawa mereka ini adalah orang yang pastinya tergolong adlam kumpulan yang tidak produktif.

Jadi secara umumnya untuk seseorang itu berjaya dalam apa juga bidang yang diceburinya tumpuan yang serius haruslah diberi kepada kekuatan tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi. Itulah juga sebab mengapa kini terdapat banyak produk aura atau tenaga di pasaran. Produk-produk ini secara tidak langsung membantu individu meningkatkan aura atau tenaga lingkaran elektromagnetik badan. Selain itu, menjaga pemakanan adalah amat penting dalam mempastikan tahap tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi kuat.

Lingkaran tenaga elektromagnetik atau energy fluks amat sensitif. Ia boleh berubah-ubah mengikut daya pemikiran seseorang dan getaran denyutan jantung. Ini bermakna, apabila seseorang itu, tidak tenteram atau kerisauan, atau ketakutan, maka lingkaran tenaga atau fluksnya akan terganggu. Itulah sebab utama mengapa kekuatan organ-organ yang terlibat harus di ambil berat.

Apabila seseorang individu itu memiliki tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi yang kuat, percayalah dia mampu berada di tahap kegemilangan yang diimpikan oleh semua manusia. Begitulah sebenarnya bagaimana seorang manusia itu berbeza dengan seorang manusia yang lain. Sebenarnya perbezaan itu tidak perlu terjadi bila semua manusia tahu dan mengambil berat menjaga kekuatan lingkaran tenaga atau energy fluks mereka.

Bagi pelatih yang ingin belajar senam pernafasan biomagnetik Tenaga Dalam Ilahi, konsepnya kami telah permudahkan dengan menggunakan kaedah ‘jumper’ iaitu konsep seperti bila ada kereta yang tak boleh start, kita akan jumperkan bateri kereta kita kepada bateri kereta yang tak hidup tu. Bila dia start maka enjin kereta dia pun boleh hidup sekali. Bagi pelatihan senaman pernafasan biomagnetik Tenaga Dalam Ilahi, pemberi ijazah akan mengalirkan energinya kepada medium air atau garam dan air atau garam tadi diminum bagi membangkitkan tenaga dalaman pelatih. Latihan 21 hari diperlukan bagi menyelaraskan energi biomagnetik pada tubuh pelatih.

Elektrik Dalam Tubuh

RENJATAN elektrik juga boleh dirasakan penghidap penyakit tulang belakang cakera prolaps ketika tubuh berada dalam kedudukan tertentu.

 SUFFIAN BAKHTIAR memang terkenal dengan sifat periang dan penuh kejutan oleh rakan-rakannya. Tetapi akhir-akhir ini Suffian, 42, menyedari yang dia memang benar-benar boleh mengejutkan rakannya iaitu dengan kejutan elektrik! Bukan sekali dua dan bukan seorang dua yang pernah mengadu mereka disengat elektrik ringan kala tersentuh lengannya. Ia dapat dilihat apabila rakannya serta-merta menarik tangan mereka. Adakalanya Suffian turut merasai renjatan itu apabila rakannya menyentuhnya. Dia juga mengakui pernah mengalami kejutan elektrik apabila menyentuh objek besi di pejabatnya. Sungguhpun tidak terjadi setiap kali bersentuhan, Suffian mula bimbang apabila anak perempuannya mengadu adakalanya ‘sakit’ saat tersentuh tangannya. Suffian terfikir apakah yang tidak kena pada dirinya? Adakah ia berbahaya jika dibiarkan?

Pakar Perunding Bedah Otak dan Saraf (Neurosurgeri), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Azmi Alias berkata, memang terdapat sistem elektrik di dalam tubuh manusia. Bahkan, jelasnya, tubuh manusia merupakan sistem elektrik paling canggih dan kompleks berbanding semua perkakasan elektronik di dunia. Sistem elektrik pada tubuh manusia merujuk kepada pergerakan zarah yang bercas dalam sistem saraf apabila rangsangan diberikan. Cas Asasnya, sistem saraf terbentuk daripada neuron-neuron. Saraf diselaputi membran dan pada dalam serta luar saraf terdapat cecair yang mengandungi bahan bercas. Mineral dalam tubuh, potasium dan sodium misalnya membawa cas positif dan kolorida membawa cas negatif. “Dalam keadaan normal, cas lebih negatif terdapat di dalam saraf berbanding di luar saraf. Apabila berlaku rangsangan, keseimbangan itu berubah dan cas positif memasuki ke dalam saraf. Daripada reseptor ia dibawa ke otak melalui saraf tunjang dan saraf periferi,” katanya ketika ditemui Jurnal di HKL baru-baru ini.

Berbalik kepada masalah Suffian tadi, Azmi berkata, tubuh manusia merupakan konduktor elektrik dan boleh menjana tenaga elektrik namun pada jumlah voltan yang terlalu kecil. Tenaga elektrik yang terhasil disebut elektrik statik kerana ia tidak mampu mencetuskan renjatan yang besar seperti barangan elektrik. “Apabila seorang manusia menyentuh manusia yang lain, manusia yang mempunyai banyak cas negatif akan melantunkan cas negatifnya sekali gus mencetuskan renjatan kecil kepada manusia yang mempunyai cas pada bilangan normal atau kurang negatif. “Begitu juga jika manusia yang mengumpul banyak cas negatif itu menyentuh objek bukan elektrik yang neutral atau positif seperti besi, dia juga boleh mendapat renjatan elektrik. “Namun, ini sebenarnya fenomena biasa dan bukannya penyakit. Ia bukan satu kuasa atau ciri seorang adiwira. Ia sebenarnya satu situasi yang berlaku dengan bantuan persekitaran dan tabiat manusia itu sendiri,” ujarnya. Tabiat dan suhu Jelasnya, seseorang manusia itu dapat mengumpul lebih banyak cas negatif menerusi tabiatnya seperti gemar melakukan gesekan sama ada ketika berjalan atau duduk. “Kulit tubuh yang bergesel dengan permukaan seperti kapas boleh menyebabkan cas negatif lebih banyak diperolehi. Ini kerana kulit manusia boleh menghasilkan tindak balas kulit galvanic apabila berlaku aruhan elektrik statik kerana tindakan seperti geselan. MANUSIA yang memiliki cas negatif berlebihan boleh mencetuskan renjatan elektrik kepada manusia lain ketika bersentuhan.

“Begitu juga tabiat berjalan secara bergesek atau duduk sambil menggosok kaki atau kasut di atas permaidani yang diperbuat daripada kapas,” ujarnya. “Suhu persekitaran yang lebih sejuk dan lembap juga menggalakkan berlaku aruhan elektrik. Itu sebabnya kejadian ini lebih banyak berlaku di Barat semasa musim sejuk atau di dalam pejabat. Kilat juga berlaku ketika suhu lembap semasa hari hendak hujan,” katanya. Ditanya mengapa kejadian itu banyak melibatkan kawasan lengan, Azmi berkata, ia mungkin disebabkan di kawasan siku terdapat saraf ulna yang bersifat superfisial kerana tidak terlindung oleh apa-apa otot. Namun, jelas Azmi, bukanlah bermakna semua renjatan elektrik yang berlaku dalam tubuh badan manusia ialah normal atau bukan penyakit.

Terdapat beberapa kondisi penyakit yang juga mampu mencetuskan renjatan seperti elektrik. Penyakit Pertama ialah sindrom carpal tunnel yang berlaku apabila berlaku tekanan pada saraf median di pergelangan tangan apabila laluan cas terganggu disebabkan pembesaran tisu. Ia boleh berlaku misalnya ketika seseorang wanita itu mengandung. “Apabila berlaku keadaan ini, pesakit perlu ke hospital untuk melakukan ujian konduksi saraf di hospital. Jika perlu, pembedahan akan dilakukan. Penyakit kedua ialah sakit tulang belakang cakera prolaps yang mana ceper tulang belakang yang terkeluar menekan saraf tunjang. Ia boleh menghasilkan renjatan elektrik yang dinamakan radiculopathy pada kedudukan badan tertentu. “Dalam hal ini, renjatan elektrik biasanya berlaku apabila ceper tulang yang terkeluar menghala ke arah tepi. Jika terkeluar ke belakang atau ke dalam saraf tunjang ia boleh menyebabkan kebas dan lumpuh,” katanya. Jelas beliau, kondisi pergerakan ceper tulang ke tepi masih boleh dirawat dengan ubat. Selain itu, penyakit yang boleh menyebabkan renjatan elektrik juga ialah trigeminal neuralgia yang disebabkan tekanan pada saraf trigeminal di otak. Ia menyebabkan wajah dirasakan seperti terkena panas atau renjatan elektrik apabila disentuh angin. Penyakit sawan juga disifatkan sebagai penyakit elektrik kerana ia berlaku disebabkan gangguan pada saraf dalam otak dan mencetuskan reaksi seperti terkena renjatan elektrik.

Sumber: Kosmo 8 Julai 2010

Kursus Master Penyembuhan Biosinergi

 

 

Bismillahirahmanirahim

Tarikh: 25-27 Jun 2010

Lokasi: Kapar, Klang

 

TENAGA DALAM ILAHI-Seramai 12 orang telah menghadiri kursus kali ini. Yang terjauh adalah dari negeri Kelantan. Kursus ini lebih menekankan kepada 90% praktikal dan 10 % pembelajaran secara teori. Kursus dilakukan secara santai tetapi penuh dengan info dan petua serta panduan untuk melakukan rawatan. Antara latihan yang dilakukan adalah seperti membaca aura, mengeraskan telur,bedah metafizik, terapi patah tulang (sangkal putong),terapi lidi mancis, totok prana, totok darah, memagar kediaman, membuat air penyembuhan, mengosongkan ilmu lawan dan banyak lagi.

Saya telah diberi peluang oleh Dr Abd Khalib untuk berkongsi panduan bagi kaedah bedah metafizik, rawatan bagi kencing manis, dan sangkal putong manakala Dr idris menerangkan berkenaan herba unttuk rawatan dan Khairul menerangkan konsep pernafasan. Diharap ilmu yang telah diberikn ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin.

 

Nafas, Tanafas, Anfas, Nufus

Di dalam ajaran Islam jawa terdapat empat jenis nafas iaitu nafas, anfas, anfas dan nufus. Dalam bahasa Jawa diucapkan “napas, tanapas, anpas,nupus”

Napas merupakan tali tubuh dan berada di dalam hati suweda. Hati yang menghubungkan fikiran yang suci. kewujudannyaadalah udara yang keluar dari badan. Dalam istilah biologi, nafas yang ada dalam hati suweda ini menjadi udara yang mengandungiCO2. Udara ini secara normal keluar dari tubuh dengan sendirinya. Dengan keluarnya Co2 ini dari tubuh badan menjadikan fikiran bersih.

Tanapas merukan tali hati. Nafas yang mengikat hati sirri (rasa hati). Bersumberkan dari perasaan hati yang jernih. Kedudukan nafas ini ada di daerah pusat. Kewujudandari tanapas ini adalah udara segar yang masuk ke dalam tubuh.Jadi tujuan menarik nafas dalam-dalam kertika berolahraga bertujuan untuk memasukkan udara bersih atau oksigen bagi melakukan pembakaran di dalam tubuh kita sehingga daya dan tenaga baru dihasilkan.

Anpas merupakan tali ruh. Tali yang mengikat ruh dengan badan jasmani.Letak anpas adalah di jantung. Kewujudannya adalah udara yang ada di dalam tubuh. Apabila dilakukan secara berturutan pertama kali nafas dihembus keluar terlebih dahulu supaya zat kekotoran yang berupa udara tersingkir dari tubuh badan. Kemudian tarik nafas secara dalam-dalam dan ditahan sejenak didalam. baru kemudian dilepaskan secara perlahan-lahan. Jadi udara yang ditahan itu merupakan perwujudan dari anpas.

Nupus merupakan tali rasa dan berada di tengah-tengah jantung iaitu dibahagian jantung yang berwarna putih. ianya befungsi sebagai jembatan jantung yang menghubungkan rasa dengan atma. Kewujudannya adalah udara yang bergerak dari kiri ke kanan meliputi seluruh tubuh jasmani dan rohani. dalam bahasa biologi darah yang mengandungi oksigen ( dari udara bersih paru-paru) keluar dari ventrikel kiri jantung melalui pembuluh darah aorta dan beredar ke seluruh tubuh.

Mustika BIOENERGI TENAGA DALAM


Kaedah terpantas mengaktifkan tenaga dalam tanpa latihan olahnafas. TERULUNG di Malaysia. Hanya dengan pengambilan butiran bioenergi (kapsul minyak ikan) ini hanya mampu memiliki kekuatan energi tenaga dalam yang multifungsi.

Mustika Bioenergi Dasar – RM 340
Mustika Bioenergi Master – RM640
Mustika(butiran) Bioenergi Grandmaster – RM940 Biasa RM1,800