Tag Archives: ilmu kebatinan

Diari Rawatan 18 September 2013 – Kubur Berlubang

Bismillahirrohmanirrohim (Dengan Nama Allah Yang maha pemurah lagi Maha Penyanyang)

Tenaga Dalam Ilahi  – Alhamdulillah segala puji hanya untuk Allah , tuhan pentadbir sekalian alam.

Dapat panggilan telefon dari seorang wanita meminta datang ke rumahnya bagi merawat ayahnya yang telah terlantar tanpa sakit selama lima tahun. Katanya dah merata berubat belum bertemu “rasi”. Kelihatan si ayah kurus kering hanya kulit dan tulang yang tinggal.

Dengan bertawakal kepada Allah rawatan dimulakan dengan pembersihan rumah selama 7 hari. Sekiranya tidak berjaya rawatan susulan akan dijalankan. Pada malam 20 september jam 2 pagi dapat panggilan si ayah telah kembali kerahmatullah. Ingatkan dah selesai. Waris menelefon semula menceritakan keadaan si ayah yang meninggal dunia dengan mata terbeliak. Bila dimandikan juga masih terbeliak. Ingatkan habis di situ. Hari keempat waris menelefon lagi memberitahu kubur si ayah berlubang semasa dia menziarahi kubur. Dia pun menutup kembali lubang tu. Keesokan harinya bila si waris menziarahi kubur masih lagi berlubang. dia cuba seluk dengan tangan sehingga ke ketiak masih dalam lagi lubangnya. Warisnya pun timbus kembali lubang tersebut dan menelefon saya menceritakan situasi ini.

Masih teringat pesanan sang guru satu ketika dahulu mempelajari ilmu perubatan ” keadaan kubur berlubang adalah disebabkan si arwah dikebumikan bersama-sama dengan “barang” di tubuhnya. Kubur berlubang disebabkan “barang” itu kembali ke asalnya. Kemungkinan ini akan berterusan selama 41 hari.”

Pesan saya banyakkan bacaan alquran,yassin dan tahlil dihadiahkan kepada arwah sehingga 41 hari.

Diari Rawatan 20 September 2012 -Cincin Pusaka

(gambar hiasan)

Bismillahhirrohmanirrohim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

Tenaga Dalam Ilahi  (TENDAI)-  Malam Jumaat lepas Isyak, dapat panggilan dari Putrajaya ada kes kerasukan. Maka dengan tawakal saya pergilah ke alamat rumah yang diberikan. Sampai saja di rumahnya suaminya memberikan sedikit penerangan. Rupanya sejak jam 6.30 petang dah mula kerasukan. Dengan  doa kepada Allah rawatan dimulakan. Yang pertama keluar bernama Hasnah. Alhamdulillah dia keluar. Kemudian keluar yang lain pula dapat diislamkan dan dihantar ke Mekah untuk belajar agama. Keluar pula jin Hindu. Katanya jin ini dia masuk semasa pesakit ini melalui satu kuil di Kajang. Alhamdulillah dipindahkan ke kuil di Tibet. Lepas tu muncul pula jin sihir, dengan sedikit diplomasi mereka ini sanggup berpindah ke gunung dengan membawa sihir yang di tanam di rumah ini. Akhir sekali ketua pula berkata dia adalah pewaris cincin yang diberikan oleh neneknya. Alhamdulillah dapat dikeluarkan dan dihantar ke gunung. Saya meminta cincin yang disyaki untuk rendaman menggunakan cuka, daun kelor, air basuh beras dan garam. Selepas itu pesakit diminta untuk buat tafakur/meditasi dengan kedah tertentu dan pesakit muntah dan batuk-batuk. Alhamdulillah pada malam itu pesakit sudah merasa selesa.

Malam keesokannya saya datang untuk memagar rumah tersebut. Pesakit mengatakan selepas berubat dengan saya dia dah boleh nampak macam-macam. Dia dapat melihat di bahu adiknya kelihatan dua ekor mahkluk duduk di bahunya. Kemudian Pesakit memberitahu di rahim adik iparnya terdapat 11 entiti yang mana memakan benih dan sperma suaminya bertujuan supaya tidak dapat mengandung.

Pesakit juga melihat satu pakcik tua berlegar-legar keliling rumahnya. Pakcik tu dipanggil dan sesi dialog dilakukan dan dihantar ke Masjid Besi. Malam ketiga pesakit kerasukan lagi dan dikhabarkan energi yang datang adalah dari Kelantan. Pasangan kepada cincin yang direndam pada malam pertama. Katanya mahu menuntut bela kerana banyak membunuh saudara maranya. Kaedah diplomasi dilakukan tetapi tidak berjaya dan diakhiri dengan mandian khas. Alhamdulillah keluar jua akhirnya. Pesakit sekarang ini dalam proses mandian dan melakukan tafakur zikir.

Sistem Biomagnetik Pada Tubuh Manusia

Bismilahirahmanirrahim…

TENAGA DALAM ILAHI – Salam di akhir bulan Sya’ban dan lebih kurang lagi 8 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadan yang mana bulan Ramadan adalah bulan yang diawalnya adalah pengampunan dipertengahannya adalah rahmat dan diakhirnya adalah pelepasan dari api neraka. semoga para pembaca sentiasa ceria dan bahagia dalam melayari kehidupan seharian. Ada yang bersedih? Kenapa agaknya kita  bersedih? Sebenarnya perasaan yang kita alami hanyalah merupakan cetusan dan terbitan yang kita cipta (daya cipta). Seperti kita melihat sebuah peta, sebenarnya sebuah peta tidaklah mewakili sempadan sesebuah negeri. Ia hanya menunjukkan situasi dan keluasan kawasan tersebut tanpa sebarang ikatan sah kepada kawasan asal.
Begitu juga dengan perasaan kita, kita bersedih bukanlah kerana kita seorang penyedih tetapi kita berada dalam situasi atau kawasan kesedihan. Kita sebenarnya mampu keluar daripada kawasan tersebut jika kita memasuki kawasan kegembiraan. Tak faham? tak mengapa, nanti suatu hari saya akan menulis post tentang perkara ini. Minggu ini saya ingin berkongsi cerita dengan pembaca tentang medan elektromagnetik badan kita atau lebih dikenali sebagai aura kerana apa yang diajarkan oleh Tenaga dalam Ilahi adalah senam pernafasan biomagnetik.

Bila sebut medan elektromagnetik ramai yang tertanya-tanya apakah bendanya itu, tetapi bila diringkaskan kepada aura, ramai yang tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala kerana sudah faham . Pada suatu ketika dahulu ramai yang bercerita tentang aura dan ramai yang berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan aura. Apa agaknya aura itu dan bagaimana ianya terjadi?

Tubuh badan kita sebenarnya telah direka oleh Allah dengan begitu teliti dan penuh kehebatan. Seorang manusia yang sihat, akan mempunyai lingkaran tenaga atau energy fluks yang penuh atau bulat. Badan kita umpama sebatang rod magnet. Lebih tepat lagi tulang belakang manusia merupakan rod magnet tersebut. Dibahagian paling atas sekali terletaknya ubun-ubun atau lebih tepat lagi kita namakannya kelenjar pineal. Ia merupakan kutub utara dan hujung tulang sulbi iaitu tulang yang terakhir dalam struktur tulang belakang manusia merupakan kutub selatannya.

Mungkin ada pembaca yang tidak tahu atau kurang perasan bahawa tulang belakang manusia bermula daripada kelenjar pineal di atas kepala sehingga ke tulang sulbi di bahagian hujung tulang belakang. Oleh yang demikian tenaga mengalir daripada kutub utara iaitu kelenjar pineal hingga ke kutub selatan iaitu di hujung tulang sulbi dan seterusnya membentuk lingkaran atau medan magnet.

Lingkaran tenaga ini berpusing tanpa henti dan tidak putus. Lingkaran inilah yang membentuk medan elektromagnetik badan manusia atau aura.  Lingkaran tenaga ini memastikan bahawa tenaga kita tidak berserakkan dan kita berada dalam pelindungan tenaga yang baik. Bila lingkaran ini semakin kuat dan besar tenaga dalaman seseorang itu bertambah hebat. Tenaga minda seseorang itu meningkat dan prestasi serta potensi dirinya juga meningkat.

Kita kerap mendengar orang berkata, orang-orang hebat memiliki aura yang hebat. Orang yang memiliki aura yang hebat ini sentiasa berjaya dalam usahanya. Tidak kira bidang apa mereka ceburi, mereka akan menyerlah dan gemilang. Perkara ini menyebabkan ramai yang berfikir bagaimana nak tingkatkan kehebatan aura agar kita juga mampu cemerlang dan hebat.

Contoh gambar aura yang diambil mengguna ‘Kirlin Photograph’.

Baiklah di sini saya kongsikan beberapa tips untuk mendapatkan aura atau lingkaran tenaga elektromagnetik yang hebat. Medan tenaga ini bermula daripada kelenjar pineal atau ubun-ubun di bahagian atas kepala dan bercantum semula di hujung tulang sulbi. Tips yang pertama yang perlu pembaca ambil perhatian adalah menjaga kekuatan kelenjar pineal dan tulang sulbi. Mari kita lihat fungsi kelenjar pineal dan tulang sulbi pada manusia.

Kelenjar pineal menjaga kekuatan semangat dan kekuatan keyakinan kepada manusia. Apabila kelenjar pineal ini lemah maka seseorang manusia itu akan menjadi lesu, tiada mood. Bayangkan apa akan terjadi pada individu yang lesu, lemah dan sentiasa tiada mood. Pastinya prestasi kerjanya akan terganggu dan dia tidak akan mampu menyerlahkan kehebatan potensi dirinya.

Ok, sekarang kita lihat pula fungsi tulang sulbi. Tulang sulbi menjaga darah, otot, tulang, saraf, usus. Jika tenaga tulang sulbi ini lemah seseorang manusia itu akan mudah diserang penyakit yang berkaitan dengan darah, seperti darah tinggi, leukimia, kebas, cirit-birit, buasir, sembelit, kekejangan, hilang deria sentuh. Bila dilihat pada penyakit yang terhasil daripada kelemahan struktur tulang sulbi, secara automatik kita boleh mentafsirkan bahawa mereka ini adalah orang yang pastinya tergolong adlam kumpulan yang tidak produktif.

Jadi secara umumnya untuk seseorang itu berjaya dalam apa juga bidang yang diceburinya tumpuan yang serius haruslah diberi kepada kekuatan tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi. Itulah juga sebab mengapa kini terdapat banyak produk aura atau tenaga di pasaran. Produk-produk ini secara tidak langsung membantu individu meningkatkan aura atau tenaga lingkaran elektromagnetik badan. Selain itu, menjaga pemakanan adalah amat penting dalam mempastikan tahap tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi kuat.

Lingkaran tenaga elektromagnetik atau energy fluks amat sensitif. Ia boleh berubah-ubah mengikut daya pemikiran seseorang dan getaran denyutan jantung. Ini bermakna, apabila seseorang itu, tidak tenteram atau kerisauan, atau ketakutan, maka lingkaran tenaga atau fluksnya akan terganggu. Itulah sebab utama mengapa kekuatan organ-organ yang terlibat harus di ambil berat.

Apabila seseorang individu itu memiliki tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi yang kuat, percayalah dia mampu berada di tahap kegemilangan yang diimpikan oleh semua manusia. Begitulah sebenarnya bagaimana seorang manusia itu berbeza dengan seorang manusia yang lain. Sebenarnya perbezaan itu tidak perlu terjadi bila semua manusia tahu dan mengambil berat menjaga kekuatan lingkaran tenaga atau energy fluks mereka.

Bagi pelatih yang ingin belajar senam pernafasan biomagnetik Tenaga Dalam Ilahi, konsepnya kami telah permudahkan dengan menggunakan kaedah ‘jumper’ iaitu konsep seperti bila ada kereta yang tak boleh start, kita akan jumperkan bateri kereta kita kepada bateri kereta yang tak hidup tu. Bila dia start maka enjin kereta dia pun boleh hidup sekali. Bagi pelatihan senaman pernafasan biomagnetik Tenaga Dalam Ilahi, pemberi ijazah akan mengalirkan energinya kepada medium air atau garam dan air atau garam tadi diminum bagi membangkitkan tenaga dalaman pelatih. Latihan 21 hari diperlukan bagi menyelaraskan energi biomagnetik pada tubuh pelatih.

PERBEZAAN ANTARA ILMU TASAWUF DAN ILMU HIKMAH

PENGERTIAN ILMU HIKMAH

 
Ilmu hikmah adalah sebuah ilmu kebatinan dengan kaedah zikir dan doa, adakalanya juga dengan mantera berbahasa Arab atau campuran tetapi tidak bertentangan dengan akidah dan syari’at Islam, ditujukan untuk urusan duniawi seperti kekebalan, pangkat, karir, perjodohan, pengasihan dan lain-lain

PENGERTIAN TASAWUF


Iaitu bersungguh-sungguh (dalam berbuat baik) dan meninggalkan sifat-sifat tercela (Lihat kitab Iyqo-zhul Himam halaman 7).
Aslinya Tasawuf (iaitu jalan tasawuf) adalah tekun beribadah, berhubungan langsung kepada ALLAH, menjauhi diri dari kemewahan dan hiasan duniawi, Zuhud (tidak suka) pada kemewahan, harta dan pangkat yang diburu  orang ramai, dan menyendiri dari makhluk di dalam khalwat untuk beribadah (Lihat kitab Zhuhrul Islam IV-Halaman 151)

Adapun batasan tasawuf adalah : Maka berkata Junaed : Iaitu bahwa kebenaran mematikandari dirimu dan kebenaran tersebut menghidupkanmu dengan kebenaran tersebut. Dan ia berkata juga : Adalah kamu bersama ALLAH tanpa ketergantungan. Dan dikatakan : Masuk pada segala ciptaan yang mulia dan keluar dari segala ciptaan yang hina. Dan dikatakan : Iaitu akhlak mulia yang tampak pada zaman yang mulia beserta kaum yang mulia. Dan dikatakan : Bahwa kamu tidak memiliki sesuatu dan sesuatu itu tidak memiliki kamu. Dan dikatakan : Tasawuf itu dibangun atas 3 macam : (1) Berpegang dengan kefakiran dan menjadi fakir (2) kenyataan berkorban dan mementingkan orang lain (3) Meninggalkan mengatur dan memilih (Lihat kitab Iyqo-zhul Himam halaman 4).
 TATA CARA MENGUASAI ILMU HIKMAH
Dengan puasa, zikir/wirid, amalan, doa, membaca ayat-ayat Qur’an, dengan mantra, sya’ir-syair yang dibuat para Ulama Hikmah atau yang didapat dari ilham para Ulama Hikmah atau dari ilham Ahli Tasawuf dan lain-lain
TATA CARA MENGUASAI TASAWUF


Maka wajiblah beramal dengan Islam, Maka tidak ada tasawuf kecuali dengan fiqih, karena kau tidak mengetahui hukum-hukum ALLAH  Ta’ala yang lahir kecuali dengan fiqih. Dan tidak ada fiqih kecuali dengan tasawuf, karena tidak ada amal dengan kebenaran pengarahan (kecuali dengan tasawuf). Dan juga tidak ada tasawuf dan fiqih kecuali dengan Iman, karena tidaklah sah salah satu dari keduanya (fiqih dan tasawuf) tanpa iman. Maka wajiblah mengumpulkan ketiganya (iman, fiqih, tasawuf) . (Lihat kitab Iyqo-zhul Himam halaman 5).
Imam Malik berkata : Barangsiapa bertasawwuf tapi tidak berfiqih maka dia telah kafir zindiq (pura-pura beriman), dan barangsiapa yang berfiqih tapi tidak bertasawuf maka dia telah fasik (berdosa) dan barangsiapa yang mengumpulkan keduanya (fiqh dan tasawwuf) maka dia telah benar. (Lihat kitab Iyqo-zhul Himam halaman 6).
Jadi Tasawwuf itu harus melalui Iman (akidah), Islam (syari’ah) dan Ihsan (Hakikat). Atau amal Syari’ah, Thoriqoh dan Hakikah. Maka Syari’ah adalah menyembah ALLAH, Thoriqoh adalah menuju ALLAH, dan Hakikah adalah menyaksikan ALLAH. Atau Syari’ah itu untuk memperbaiki lahiriah, Thoriqoh untuk memperbaiki bathiniah (hati), dan Hakikah untuk memperbaiki Sir (Rahasia diri).

Memperbaki anggota tubuh dengan 3 perkata : Taubat, Taqwa dan Istiqomah.

Dan memperbaiki hati dengan 3 perkara : Ikhlas, jujur dan tenang.

Dan memperbaiki Sir (Rahasia Diri) dengan 3 perkara : Muroqobah (saling mengawasi antara diri dan ALLAH), Musyahadah (saling menyaksikan antara diri dan ALLAH), dan Ma’rifah (Mengenal ALLAH secara mutlak dan jelas).(Lihat kitab Iyqo-zhul Himam halaman 11).
Harus melalui Ikhlas tingkat tertinggi (Khowwasul Khowwash). Dan ikhlas itu ada 3 derajat : (1) Derajat Awam (umumnya manusia) (2) Khowwash (3) Khowwasul Khowwash.

 Maka

(1) ikhlasnya orang awam yaitu mengeluarkan makhluk dari beribadah kepada ALLAH beserta mencari bagian-bagian dunia dan akhirat. seperti menjaga badan, harta, keluasan rizki, perdagangan dan yang indah dipandang

 (2) Ikhlasnya Khowwash adalah mencari bahagian akhirat tanpa mencari bagian dunia.

(3) Dan ikhlasnya Khowwashul Khowwash adalah mengeluarkan bagian-bagian semuanya (dunia dan akhirat). Maka ibadah mereka adalah sebenar-benar penyembahan, dan melaksanakan tugas-tugas dari ALLAH, atau cinta dan rindu melihat-Nya. Sebagaimana dikatakan oleh Ibnul Faridh: “Bukanlah permintaanku berupa syurga jannatun na’im, hanya saja aku mencintai surga untuk melihat-Mu” (Lihat kitab Iyqo-zhul Himam halaman 31-32).

TUJUAN HIKMAH
Tujuannya masalah duniawi seperti kekebalan, kesaktian, pengasihan, jodoh, ramalan, pengobatan, kerezekian dan lain-lain
 TUJUAN TASAWWUF
Tujuannya adalah Ma’rifatullah (mengenal ALLAH secara mutlak dan lebih jelas)
KEKUATAN LUAR BIASA


Kekuatan luar biasa ilmu hikmah termasuk kekuatan luar biasa Hissiah (panca idnera/lahiriah) seperti berjalan di atas air, terbang di udara, melipat bumi, menimbulkan air, menarik makanan, tampaknya kegaiban dan lain-lain. Dan kekuatan luar biasa ahli tasawwuf adalah Hakikah / Ma’nawiyyah (sebenar-benarnya karomah) yaitu istiqomahnya (berterusan) seorang hamba kepada Tuhannya dalam lahir dan bathin. Terbukanya hijab dari hatinya sehingga mengenal jelas Tuhannya. menguasai dirinya dan berbeda dengan hawa nafsunya, kuat yakinnya dan diamnya, tenang dengan ALLAH. (Lihat kitab Iyqo-zhul Himam halaman 317).
Imam Ibnu ‘A-tho-illah berkata : Seringkali ALLAH memberi rizki karomah (kekeramatan) pada orang yang tidak sempurna isqomahnya. (Lihat kitab Iyqo-zhul Himam halaman 317).
Yang diambil pelajaran oleh Ahli Tahqiq (Ahli Tasawwuf sejati) adalah jangan mencari karomah Hissiah ini dan jangan berpaling kepadanya. Karena kadang tampak karomah Hissiah ini pada tangan orang yang tidak sempurna istiqomahnya. Bahkan kadang tampak pada tangan orang yang tidak ada istiqomah sama sekali, seperti para tukang sihir dan dukun. Dan kadang tampak pada tangan-tangan Rahib (pendeta).Dan ini bukanlah karomah tapi Istidroj. (Lihat kitab Iyqo-zhul Himam halaman 317).
Imam Abu Yazid Al Bustomi berkata : “Jika kamu melihat seseorang yang diberikan karomah (kekeramatan) sehingga dia dapat terbang di udara maka janganlah kamu tertipu dengannya sehingga kamu melihat bagaimana kamu mendapatkan dia melaksanakan perintah dan menjuahi larangan, menjaga batasan-batasan, dan melaksanakan syari’at” (Lihat kitab Risalah Qusyayriyyah halaman 14 atau buku 40 Masalah Agama III halaman 38)
Sumber :
Kitab Iyqo-zhul Himam fii Syarhil Hikam cetakan dan terrbitan Al Haromain, Jeddah karangan Al ‘Arif Billah Ahmad bin Muhammad bin ‘Ajibah Al Husni.
40 Masalah Agama III, penerbit Pustaka Tarbiyah, karangan KH.Siradjuddin Abbas

ISMUL A’ZHOM


Ismul A’zhom adalah merupakan sebuah doa yang terdapat di dalamnya rangkaian dari beberapa Nama-Nama ALLAH yang indah (Asmaul Husna). Dan banyak ulama ahli hikmah yang menggunakan sarana doa Ismul A’zhom ini untuk tujuan keilmu hikmahan mereka, di antaranya untuk kekebalan atau keselamatan dari segala bencana dan kejahatan. Karena khasiat dari Ismul A’zhom adalah apabila berdoa pasti dijawab dan apabila meminta pasti diberikan oleh ALLAH SWT. Sedangkan bunyi dari doa Ismul A’zhom itu ada yang berasal dari Nabi Muhammad SAW langsung dan ada juga buatan para ulama.
Adapun menurut hadits Nabi Muhammad SAW, diriwayatkan dari Baridah ra. dia berkata :
“Nabi SAW pernah mendengar seseorang berdoa yang mengucapkan, “Allaahumma inni as-aluka bi-annii asyhadu annaka antallaahu laa ilaaha illaa antal ahadush shomadul ladzii lam yalid walam yuulad walam yakullahuu kufuwan ahad.” (artinya : Ya ALLAH sesungguhnya aku minta kepada-Mu dengan bahwa aku bersaksi bahwa Engkau adalah ALLAH yang tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkau yang Maha Esa lagi Maha Tempat Meminta, yang tidak beranak dan tidak dilahirkan dan tidak ada yang menyamainya oleh sesuatu apapun).
Baridah ra. kembali berkata : “Nabi (kemudian) berkata, “Demi yang jiwaku ada ditangan-Nya, sungguh orang itu meminta kepada ALLAH dengan Ismul A’zhom (nama-Nya yang Agung), yang apabila dia berdoa dengan Ismul A’zhom tersebut maka ALLAH akan menjawabnya, dan apabila dia meminta dengan Ismul A’zhom tersebut maka ALLAH akan berikan”.
(Hadits Riwayat Imam Abu Daud, Turmudzi, An Nasa-i dan Ibnu Majah)
Dalam hadits lain, Nabi Muhammad SAW mengatakan bahwa Ismul A’zhom itu terdapat juga pada dua ayat Al Qur’an yaitu : Wa ilaahukum ilaahuwwaahid, laa ilaaha illaa huwarrohmaanurrohiim. Dan juga pada pembukaan surat Ali ‘Imron yaitu : Alif Laaam Miiiim. Allaahu laa ilaaha ilaa huwal hayyul qoyyuum.

Ada juga dalam ayat Kursyi serta doa Nabi Yunus as yaitu : Laa ilaaha illaa anta subhaanaka innii kuntu minazhzhoolimiin.

ISTILAH-ISTILAH DAN DALIL DALAM ILMU HIKMAH

Dalil-dalil berikut ini kami ambil dari beberapa sumber yang kami miliki seperti Al Qur’an, Hadits Shohih Bukhori, Shohih Muslim, Ath Thibbun Nabawi, Mukhtarul Ahadits An Nabawiyyah, Khozinatul Asror dan lain-lain.
1 KHASIAT ZIKIR
• PERTOLONGAN ALLAH BAGI YANG ZIKIR. Sesungguhnya ALLAH berfirman, “Aku bersama hamba-Ku selama dia ingat kepada-Ku atau menyebut nama-Ku dan kedua bibirnya selalu bergerak dengan menyebut-Ku” (HR. Ahmad dari Abu Huroiroh)
• TERKABULNYA DOA TERGANTUNG PERSANGKAAN MANUSIA KEPADA ALLAH.

ALLAH berfirman, “ANA ‘INDA ZHONNI ‘ABDII BII WA ANA MA’AHU IDZAA DZAKARONII”. Artinya : “Aku tergantung persangkaan hamba-Ku kepada-Ku dan Aku bersamanya jika dia mengingat dan menyebut-Ku”
• ZIKIR ATAU WIRID ITU HARUS ISTIQOMAH (TERUS MENERUS).

Diriwayatkan dari ‘Aisyah ra, bahwa Nabi bersabda, “AHABBUL A’MAALI ILALLAAHI ADWAAMUHAA WA-IN QOLLA”. Artinya, “Perbuatan yang paling dicintai ALLAH adalah yang terus menerus walaupun hanya sedikit”. (HR. Bukhori dan Muslim)
2 MA’UNAH


MA’UNAH BAGI MANUSIA.

 Sesungguhnya ALLAH akan menurunkan MA’UNAH (Pertolongan) seukuran saat yang ditentukan dan akan menurunkan kesabaran seukuran bala (ujian-Nya) (HR. Ibnu ‘Adi dari Abu Hurairah)
• HAKIKAT MINTA TOLONG.

 Kepada Engkaulah kami menyembah dan kepada Engkaulah kami meminta pertolongan (Surat Al Fatihah ayat 5)
• TAWASSUL (PERANTARAAN) MINTA TOLONG MELALUI MAKHLUK ALLAH. Dan minta pertolonganlah kalian melalui Kesabaran dan Solat (Surat Al Baqoroh ayat 45)
• BANTUAN MALAIKAT.

 Ya (cukup), jika kamu bersabar dan bersiap siaga dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, pasti ALLAH menolong kamu dengan 5000 malaikat yang memakai tanda (Surat Ali Imron ayat 125)
• PERTOLONGAN BAGI YANG SELALU INGAT ALLAH.

Nabi SAW bersabda, “TA’ARROF ILALLAAHI FIR RO-KHOO-I YA’RIFKA FISY SYIDDAH”. Artinya : “Berkenalanlah (ingatlah) kepada ALLAH dikala senang, maka ALLAH pasti akan mengingatmu dikala susah” (Hadits Muttafaq ‘Alayhi)

3 DOA’


• DOA MENOLAK TAKDIR.

Sesungguhnya seseorang akan susah rizikinya karena dosa yang menimpanya, tidak ada yang dapat menolak takdir kecuali Do’a dan tidak ada yang dapat menambah umur kecuali berbuat baik (HR. Ibnu Hiban dari Tsauban)
MENOLONG DENGAN DOA.

Doanya orang Islam untuk saudaranya (seiman) pada saat temannya tidak mengetahuinya akan ALLAH kabulkan, di kepala orang yang berdoa itu ada malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap dia berdoa untuk saudaranya dengan baik, maka berkatalah malaikat itu : “AAMIIN (kabulkan Ya ALLAH), dan bagi kamu seperti tu” (HR. Ahmad dari Abu Darda’)
• DOA ORANG YANG DIANIAYA PASTI DIKABULKAN.

Takutlah terhadap doanya orang yang teraniaya, maka sesungguhnya tidak ada penghalang antara doanya orang yang teraniaya dengan ALLAH (HR. Tirmidzi)
4 RUQYAH (JAMPI-JAMPI, MANTRA)
• BOLEH MENJADIKAN SYIRIK PEMAKAINYA.

 Diterima dari Abdullah, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan pelet menjadikan musyrik.” (Ibnu HIbban)
• JAMPI YANG BERMANFAAT.

Tidak ada jampi-jampi (yang lebih utama dan lebih bermanfaat) kecuali untuk penyakit ‘Ain (mata jahat) dan keracunan (HR. Abu Daud)
• BOLEHNYA JAMPI UNTUK PENYAKIT.

 Rasulullah SAW memberi keringanan dengan jampi-jampi untuk penyakit ‘Ain, keracunan dan kesemutan” (HR. Imam Muslim dari Anas)
• MANTERA SUCI.

Dari Abu Sa’id Al Khudry, sesungguhnya Jibril as pernah mendatangi Nabi SAW lalu berkata, “Hai Muhammad, apakah kau telah mengadu”. Nabi menjawab, “Ya”. Lalu Jibril as berkata, “Dengan nama ALLAH aku menjampi-jampi kamu, dari segala penyakit yang menyakitimu, dan dari segala jiwa atau mata orang yang dengki, ALLAH akan menyembuhkanmu, dengan nama ALLAH aku menjampi kamu (HR. Imam Muslim, Turmudzi dan Nasai)
• JAMPI YANG BERMANFAAT.

Sahl bin Hunaif bertanya kepada Nabi SAW, “Apakah jampi-jampi itu baik?” Nabi menjawab, “Tidak ada jampi-jampi yang lebih bermanfaat kecuali untuk peyakit mata jahat, keracunan dan sengatan binatang berbisa” (HR. Abu Daud)
• BOLEHNYA JAMPI UNTUK PENYAKIT.

‘Aisyah berkata, “Rasulullah SAW memberi keringanan dalam masalah jampi-jampi untuk penyakit sengatan/patukan ular dan kalajengking” (HR. Ibnu Majah)
• JAMPI ATAU MANTRA BOLEH ASALKAN  TIDAK BERTENTANGAN DENGAN AKIDAH DAN SYARI’AT.

Diriwayatkan dari Ibnu Syihab Az Zuhri dia berkata, “Sebagian sahabat Rusulullah SAW pernah disengat/patuk ular maka Nabi SAW berkata, “Apakah ada orang yang menjampinya?. Maka sahabat menjawab, “Sesungguhnya keluarga Hazm mereka membaca jampi-jampi untuk sengatan/patukan ular, maka ketika Engkau melarang jampi-jampi, mereka meninggalkan jampi-jampi tersebut.” Nabi bersabda, “Panggillah ‘Umaroh bin Hazm !” Lalu mereka memanggilnya lalu Umaroh menyodorkan jampi-jampinya, lalu Nabi bersabda, “Tidak apa-apa jampi-jampinya”. Maka Nabi mengizinkannya kemudian ia membaca jampi-jampinya. (HR. Ibnu Majah, Bukhori, Muslim, Nasai dan Ahmad)
5 AZIMAT, RAJAH, WIFIQ
• AZIMAT BERUPA TULISAN AL QUR’AN.

Sekumpulan ulama Salaf berpendapat boleh menulis beberapa ayat Al Qur’an untuk penyakit ‘Ain (mata jahat) kemudian meminum air basuhan tulisan tersebut. Berkata Imam Mujahid, “Tidak apa-apa menulis Al Qur’an dan membasuhnya dan meminumkannya kepada orang sakit”. Dan seperti itu juga diriwayatkan dari Abi Qilabah. Dan disebutkan riwayat dari Ibnu Abbas bahwa beliau menyuruh menulis 2 ayat Al Qur’an untuk wanita yang sulit melahirkan, lalu membasuhnya dan meminumnya. Dan berkata Ayub, “Aku pernah melihat Abu Qilabah menulis tulisan sebagian dari Al Qur’an lalu membasuhnya dengan air dan meminumkannya kepada seseorang laki-laki yang punya penyakit” (Kitab AT Thibbun Nabawi halaman 133)
• KHASIAT DAN KEKUATAN YANG TIDAK TERLIHAT YANG DITITIPKAN ALLAH KE SUATU BENDA MATI ITU MEMANG BOLEH ADA.

Benda bertuah berupa baju gamis milik Nabi Yusuf. ALLAH berfirman, “Pergilah kamu dengan membawa baju gamisku ini lalu letakkanlah baju gamisku ke wajah ayahku (Yakub as) nanti ia akan melihat kembali dan bawalah keluargamu semuanya kepadaku” (Surat Yusuf ayat 93)
• ULAMA MEMBOLEHKAN. Telah berkata Imam Nawawi dalam kitabnya Syarhul Muhadzdzab, “Jikalau Al Qur’an ditulis di sebuah lauh (papan/batu tulis) atau pada bejana kemudian membasuhnya (tulisan tersebut) kemudian meminum air basuhan tersebut oleh orang sakit, maka berkatalah Hasan Bashri, Mujahid, Abu Qilabah dan Auza’i : ‘ Tidak apa-apa dengannya’ . Tapi An Naha’i memakruhkannya”. Telah berkata Qodi Husen dan Baghowi dan selain keduanya,”Jika menulis Al Qur’an di makanan yang manis atau makanan (lainnya) maka tidak apa-apa memakannya”. Zarkasyi berpendapat tidak boleh memakan kertas yang bertuliskan ayat Al Qur’an. Ibnu Abdus Salam berfatwa makan dan minum dari kertas itu juga dilarang karena menjadikan kertas tersebut bertemu dengan najis bathin. (Kitab Khozinatul Asror halaman 67)
• MEDIANYA HARUS HALAL.

 Imam Ahmad dan lainnya menyatakan tidak mengapa menulis Al Qur’an untuk orang yang kena musibah atau lainnya termasuk sakit dengan materi (media/bahan) yang dibolehkan lalu membasuh dan meminumnya. Tidak boleh menulisnya dengan selain Al Qur’an seperti tulisan-tulisan yang tidak dimengerti artinya dari bahasa-bahasa berbagai ajaran yang berbeda-beda, karena mengandung di dalamnya kekafiran. Materi (media)nya tidak boleh berupa darah dan semacamnya yang termasuk najis karena haram bahkan kafir. Tidak boleh juga semisal membolak-balikkan huruf Al Qur’an. (Kitab Khozinatul Asror halaman 67 dan Tafsir Ruuhul Bayan pada akhir Surat Al Ahqof)
6 SIHIR
• PENGERTIAN SIHIR.

Sihir adalah kekuatan gaib yang diciptakan ALLAH untuk makhluk-Nya, dimana kekuatan gaibnya berupa kekuatan pengaruh ruh-ruh jahat (jin atau syetan), dan dapat berpengaruh pada unsur alam. Seperti diceritakan dalam Asbabun Nuzul surat Al Falaq dan An Nas yaitu ketika Nabi SAW sakit seolah mendatangi istri-istrinya ternyata tidak, dan ternyata setelah diberitahu oleh Malaikat, sihirnya ada pada sebuah sumur dan berupa tali yang disimpul-simpulkan. ‘Aisyah ra. berkata, “Rasulullah SAW pernah disihir sehingga beliau sungguh berkhayal bahwa dirinya mendatangi istri-istrinya padahal beliau tidak mendatangi istri-istri beliau.” (HR. Bukhori dan Muslim, Abu Daud dan Ahmad). Lihat kitab Ath Thibbun Nabawi Halaman 100)
7 TRANSFER ILMU GAIB MELALUI MEDIA BENDA MATI


• SARANA AIR DAN GARAM YANG DIYAKINI DAPAT MENGOBATI PENYAKIT SEBELUM ADA PENELITIAN ILMIAH OLEH PARA PAKAR ILMU PENGETAHUAN MODERN.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata, “Ketika Rasulullah SAW solat, ketika sujud beliau disengat oleh kalajengking pada jari-jarinya. Maka berpalinglah Rasulullah SAW dan beliau berkata, “Semoga ALLAH melaknati kalajengking itu, selama kau tinggalkan Nabi dan selainnya”. Abdullah bin Mas’ud berkata, “Kemudian Nabi meminta bejana yang isinya air dan garam. Lalu beliau memulai meletakkan air dan garamnya tersebut ke tempat luka sengatan tadi dan beliau membaca Qul Huwallaahu Ahad dan Al Mu’awwi-dzatain (Al Falaq dan An Nas) sehingga luka sengatan tadi menjadi tenang” (Kitab Ath Thibbun Nabawi halaman 141)
• SARANA TANAH.

Dari ‘Aisyah ra dia berkata, “Adalah Rasulullah SAW apabila seseorang mengadu sakit atau ada yang punya bisul/kudis atau luka, maka beliau berkata dengan jari-jarinya seperti ini (Dan Sufyan meletakkan jari telunjuknya ke tanah kemudian mengangkatnya) dan beliau berkata, “Dengan Nama ALLAH, inilah debu tanah kami, dengan ludah sebagian kami, agar orang sakit kami disembuhkan, dengan izin Tuhan kami.” (HR. Bukhori, Muslim, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah dan Ahmad)
8 TIUPAN KE BENDA MATI


• TIUPAN KE TUBUH.

 Dari ‘Aisyah dia berkata, “Adalah Rasulullah SAW apabila berbaring di tempat tidurnya, beliau meniup kedua tapak tangannya dengan (sebelumnya membaca) Qul Huwallaahu Ahad dan Al Mu’awwi-dzatain (Al Falaq dan An Nas) kemudian beliau mengusap wajahnya dengan kedua tapak tangannya tersebut dan mengusap bagian tubuh mana saja yang tangannya sampai.” (HR. Imam Bukhori dan Muslim)
9 ISTIKHDAM (BANTUAN MAKHLUK)


• KHODDAM MALAIKAT.

Ya (cukup), jika kamu bersabar dan bersiap siaga dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, pasti ALLAH menolong kamu dengan 5000 malaikat yang memakai tanda (Surat Ali Imron ayat 125)
• KHODDAM JIN.

ALLAH berfirman, “Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari Jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). (Al Qur’an surat An Naml ayat 17)
• HARAM BERLINDUNG KEPADA JIN.

Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. (Surat Al Jin ayat 6)
10 JUMLAH WIRID / ZIKIR


• SEDIKIT TAPI TERUS MENERUS.

Diriwayatkan dari ‘Aisyah ra, bahwa Nabi bersabda, “AHABBUL A’MAALI ILALLAAHI ADWAAMUHAA WA-IN QOLLA”. Artinya, “Perbuatan yang paling dicintai ALLAH adalah yang terus menerus walaupun hanya sedikit”. (HR. Bukhori dan Muslim)
• DISUNNAHKAN JUMLAHNYA GANJIL.

Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya ALLAH itu berjumlah ganjil mencintai yang berjumlah ganjil.”
• DIULANGI TERUS AGAR TAMBAH YAKIN.

Diriwayatkan dari Anas ra, bahwa Nabi SAW bersabda, “Apabila kamu mengadu sakit, maka letakkanlah tangan kamu ditempat yang sakit, kemudian katakanlah, “Dengan Nama ALLAH, aku berlindung dengan kemuliaan-Nya dan kuasa-Nya dari kejahatan apa yang aku dapatkan dari sakitku ini”, kemudian angkatlah tanganmu kemudian ulangi demikian dengan jumlah ganjil” (HR. Imam Turmudzi)
11 IKHLAS


• IKHLAS ADALAH KARENA ALLAH.

Katakanlah, “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku untuk Robb semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya”. (Surat Al An’am ayat 162-163)
• AMAL DITERIMA JIKA IKHLAS.

Diriwayatkan dari Abu Umamah, Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya ALLAH Ta’ala tidaklah menerima suatu amal kecuali jika dilakukan secara ikhlas dan yang dicari adalah wajah ALLAH.” (HR.An Nasa-i)
• IKHLAS MENJAUHKAN DARI NERAKA.

Sesungguhnya ALLAH Ta’ala sungguh mengharamkan api neraka bagi orang yang mengucapkan LAA-ILAAHA ILLALLAAH, dengan demikian itu ia mencari wajah ALLAH. (HR. Bukhori dan Muslim)
12 KEPEKAAN BATHIN, FIRASAT, ILMU SABDA (sekali ucap langsung nyata)


• FIRASAT YANG BENAR ADALAH DENGAN CAHAYA ALLAH.

Nabi SAW bersabda, “ITTAQUU FIROOSATAL MU’MIN FA-INNAHUU YANZHURU BINUURILLAHI”. Artinya : “Takutlah kamu terhadap firasatnya orang beriman (mu’min) karena ia melihat dengan cahaya ALLAH” (HR. Turmudzi)
• PERKATAAN YANG BENAR KARENA BANTUAN MALAIKAT.

Diriwayatkan dari Anas ra, bahwa Nabi SAW bersabda : “Sesungguhnya ALLAH memiliki malaikat di bumi yang berbicara di atas lisan anak cucu Adam dengan sesuatu yang ada pada seseorang dari perbuatan baik dan buruk”. (HR. Bayhaqy)
13 UPAH JASA HIKMAH


• BOLEH MINTA UPAH.

Abu ‘Ubed, Ahmad, Bukhori, Muslim, Abu Daud, Turmudzi, Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Jarir, Al Hakim, dan Bayhaqi, dari Abu Sa’id Al Khudri ra. dia berkata: “Rasulullah SAW telah mengutus kami pada suatu peperangan 30 pengendara. Maka turunlah kami di suatu kaum orang Arab lalu kami minta mereka untuk menjadikan kami tamu mereka. Maka mereka menolak. Kemudian disengatlah ketua suku mereka oleh kalajengking lalu mereka berkata, Apakah pada kamu ada seseorang yang bisa menjampi dari sengatan kala jengking? Maka aku katakan : Ya, aku. Akan tetapi aku tidak akan melakukannya sehingga kalian memberikan kami sesuatu. Mereka menjawab, Kami akan berikan kalian 30 kambing. Abu Sa’id berkata maka aku baca ALHAMDULILAHI ROBBIL ‘AALAMIIN (Surat Al Fatihah) 7x atas sengatan tersebut. Maka ketika kami menggenggam seekor kambing, disodorkanlah kepada kami. darinya. Lalu kami manahan diri sehingga mendatangi Nabi SAW. Maka kami sebutkan demikian itu kepada beliau. Lalu Nabi menjawab, Dari mana kamu mengetahui bahwa Al Fatihah itu adalah jampi. Bagi-bagilah kambing itu dan buatlah untukku bersamamu.”
• BOLEH AMBIL UPAH DARI PENGOBATAN DENGAN AL QUR’AN.

Seorang sahabat Nabi SAW berkata : Aku telah mengambil upah atas kitab ALLAH (setelah mengobati orang dengan Kitab ALLAH)) sehingga kami tiba di Madinah. Lalu sahabat yang lain berkata (kepada Rasulullah SAW), Dia telah mengambil upah atas kitab ALLAH. Maka berkatalah Nabi ‘Alayhis Sholaatu was Salaam, Sesungguhnya yang paling berhak kalian ambil upah adalah Kitab ALLAH. (HR. Imam Ahmad, Bukhori dan Bayhaqy dari Ibnu ‘Abbas ra)
• UPAH ITU BAGIAN DARI AL QUR’AN.

Abu Nu’aim meriwayatkan, dari Abu Huroiroh ra, “Telah besabda Nabi ‘Alayhis Sholatu was Salam, ‘Barangsiapa mengambil upah atas Al Qur’an, maka demikian itu bagiannya dari Al Qur’an.’”
• IMAM MADZHAB SEPAKAT BOLEHNYA AMBIL UPAH.

Para Imam Madzhab yang 3 dan sebagian Ulama’ Madzhab Hanafi dari golongan Ulama Mutaakhkhirin, mereka mengambil dalil dengan hadits-hadits ini (di atas) tentang mengambil upah.
• TIDAK WAJIB MEMBERI / MENGAMBIL UPAH, BUKAN TIDAK BOLEH.

Dalam Risalah Bulughul Arob Li-dzawil Qurbi oleh Asy Syaronbilaly : Tidak boleh mengambil/meminta upah atas perbuatan taat seperti mengajari Al Qur’an, Fiqih, jadi Imam Solat, Adzan, memberi peringatan/zikir, hajji dan perang, maksudnya TIDAK WAJIB UPAH Dan menurut Ulama Madinah, BOLEH. Seperti itu juga (membolehkan upah) pendapat Imam Syafi’i, Nashir, ‘Ishom, Abu Nashr, dan Abul Layts (semoga ALLAH TA’ALA merahmati mereka)
(Ketiga hadits dan pendapat ulama tersebut dapat dilihat di kitab Khozinatul Asror halaman 64)

Perjumpaan ahli TENDAI di Pulau Besar, Melaka tahun 2010

Satu perjumpaan ahli-ahli Tenaga dalam Ilahi (TENDAI) telah diadakan pada 12-14 Februari 2010 (tahun Baru Cina) yang lepas telah diadakan di Pulau Besar, Melaka. Peserta-peserta ada yang datang dari Johor, Pahang, Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur.

Matlamat perjumpaan ini adalah untuk mengeratkan tali silaturahim sesama ahli serta bertukar-tukar fikiran dan tek nik rawatan.

Antara aktiviti yang dijalankan seperti mandi keramas, pengijazahan hiper metafizik, kembara pusaka, mengimbas kembali pelajaran-pelajaran yang lalu dan sesi soal jawab berkenaan tenaga dalam.

Tenaga dalam Ilahi

Gambar 1: Sebahagian peserta bergambar di jeti Umbai sebelum balik ke rumah

Gambar 2: Lawatan ke Gua Yunus di Pulau Besar Melaka

Gambar 3: Penyampaian sijil berhampiran dengan surau dan maqam sultan ariffin di Pulau Besar, Melaka

Soalan-Soalan Lazim

1- Apakah makna ilmu ini ada kaitan dengan ilmu hitam atau perkara-perkara yang boleh mensyirikkan Allah?

TENDAI adalah singkatan daripada Tenaga Dalam Ilahi. Ini bermakna tenaga dalam yang kita jana dan bangkitkan bersumber dari kekuatan yang Allah kurniakan. Tiada sebarang amalan yang pelik atau sebarang zikir yang berat dan amalan yang berat. Ia hanyalah pembangkitan tenaga dalam melalui Transfer Energi Pembuka atau Pembangkit dari TENDAI MASTER kepada murid. Maka murid menerima pembukaan ilmu dan dibangkitkan tenaganya yang terpendam selama ini. 

2- Adakah latihannya berat kerana kebiasaannya tidak mempunyai masa yang cukup untuk berlatih dan tidak dapat meluangkan masa..?

Latihan TENDAI adalah yang termudah dalam ilmu tenaga dalam. Ia adalah himpunan dan ringkasan daripada ilmu-ilmu metafizik yang bertebaran di seluruh pelusuk nusantara, termasuk juga dari negara barat. Latihannya hanyalah 15 minit sahaja sekali latihan. Latihannya hanya melibatkan olahan pernafasan. Tarik nafas, tahan nafas dan hembus nafas. Tiada sebarang ayat yang terpaksa dihafal panjang-panjang atau susah.

3- Adakah selepas pengisian ilmu ini terus boleh digunakan? Adakah kesannya dapat dirasakan bahawa energi telah ditransferkan?

Selepas pengisian dalam 20 minit, ilmu ini terus boleh digunakan. Kaedah penggunaannya akan dijelas di dalam diklat panduan Aplikasi TENDAI yang akan disertakan untuk ahli baru. Setelah pengisian anda akan dapat merasakan samada terasa haba di telapak tangan, terasa semut-semut, kebas-kebas atau terasa mencucuk di telapak tangan dan dihujung jari. Namun kesan ini berlainan pada setiap orang.

4- Adakah Ilmu ini kekal sampai bila-bila? Adakah ia boleh hilang sekiranya melakukan sesuatu yang menyalahi agama, seperti meninggalkan solat dan sebagainya?

Keilmuan yang telah diisi tidak akan hilang sampai bila-bila. Sepanjang hayat. Tiada sebarang pantang-larang yang tidak boleh dilakukan. Sekiranya anda meninggalkan solat atau melakukan dosa, itu adalah tanggungan anda sendiri, dan ia adalah urusan anda dengan Tuhan. Namun demikian sekirannya ingin mendapat keberhasilan Ilmu ini dengan lebih baik, meninggalkan segala perkara yang dilarang agama adalah yang terbaik.

5- Adakah Ilmu boleh dikuasai oleh semua orang? Atau hanya orang yang sudah mempunyai hati yang bersih sahaja?

Sekali lagi diingatkan di sini bahawa sesiapa saja boleh menguasai ilmu ini dan memperolehi hasilnya seperti yang inginkan. Tidak mengira jenis apa sekalipun orang itu. Boleh dikuasai oleh semua bangsa dan agama.

6- Bolehkah saya belajar ilmu lain atau bolehkah ia serasi dengan ilmu yang pernah saya tuntut?

Boleh belajar ilmu lain dan tiada sebarang efek negatif dengan mana ilmu yang telah dipelajari. Malah menguatkan lagi segala ilmu yang pernah dikuasai. Mana-mana ilmu yang pernah dipelajari dan tidak berjaya, InsyaAllah boleh dibangkitkan semula dengan jaya. Namun segala ilmu hitam atau ilmu yang berunsur negatif akan tertolak atau dikeluarkan secara automatik, tanpa meninggalkan sebarang kesan buruk.

7- Apakah Ilmu ini boleh untuk apa jua hajat?

Ya, ilmu ini boleh digunakan untuk apajua hajat anda. Penggunaannya tidak terhad. Cara penggunaannya amatlah mudah. Cuma niatkan di dalam hati, maksudnya doa dalam hati minta apa yang kita inginkan. Kemudian tenangkan diri, rasakan getaran, semut-semut atau haba pada telapak tangan. Selepas itu selesai. Itu sahaja. Ilmu ini tidak mendatangkan sebarang mudarat atau kesan negative mahupun kesan yang buruk kepada penuntutnya. InsyaAllah.

8- Perlukah latihan untuk ilmu ini? Sampai bila perlu berlatih?

Latihan diperlukan untuk menstabilkan energi atau tenaga dalam badan yang telah diisi. Ia diperlukan kerana anda telah menerima sesuatu yang baru di dalam badan anda. Jadi ia perlu diserasikan dan diselaraskan mengikut kapasiti yang perlu anda tampung. Sekiranya tiada latihan tersebut energi tidak dapat serasi dengan anda. Namun ia tetap ada dan boleh digunakan tetapi anda akan terasa badan anda kurang enak dan kurang selesa. Latihannya memerlukan 3 minggu untuk peringkat dasar. Ataupun bersamaan dengan 21 hari. Ia bukanlah wajib dilakukan berturut-turut setiap hari.Apa yang penting ialah habiskan latihan selama 21 hari.

9- Adakah sukar untuk menggunakannya, bagaimana sekirannya saya ada sebarang masalah?

Selepas pengisian selama 20 minit olahan Pernafasan. Anda terus boleh menggunakan ilmu ini untuk apa saja..Segala jenis kegunaan dan panduan akan dijelaskan dengan terperinci dan mudah difahami akan disertakan. Sebarang masalah anda boleh terus menghubungi saya melalui talian telefon, surat, atau email. Untuk surat pastikan sertakan sampul surat sendiri dan bersetem 30 sen.

10- Bilakah saya boleh mempelajari peringkat GURU?

 Anda boleh membayar mahar peringkat GURU terus iaitu RM/ BRUNEI/ SINGAPURA 550. Namun begitu anda perlu melalui latihan peringkat dasar juga selama 21 hari. Selepas tamat terus hubungi PENGIJAZAH. Bagi peringkat DASAR mahar RM /BRUNEI/ SINGAPURA 165 , selepas membuat latihan 21 hari anda perlu menghubungi saya dan membuat Bayaran untuk peringkat GURU RM/ BRUNEI/SINGAPURA 550. Anda akan diijazahkan dengan peringkat GURU. Dalam peringkat GURU anda akan dibuat pengisian lain. Anda akan menguasai pelbagai ilmu kesaktian dari seluruh pelusuk nusantara, terutamanya dari tanah Jawa dan Tanah Melayu. Ilmu-ilmu warisan dari para kiyai serta sesepuh Tanah Jawa dan Melayu.

Rawatan Pada 3 Januari 2009

Saya balik ke kampung di Johor pada 30 Disember lepas bagi meraikan kedua orang tua saya balik mengerjakan haji dan umrah pada tahun ini…

Seterusnya pada 3 haribulan saya dan keluarga singgah di Kluang bagi menziarahi 3 oarang makcik saya. Ada seorang makcik saya tu kena sakit kencing manis dan ada gangguan makhluk halus. Rasanya dah dekat 3 bulan mengidap penyakit ni, cuma saya tak berkesempatan untuk menziarahinya disebabkan kesibukan tugasan harian dan lawatan ke Indonesia. Rasanya dah ramai dia pergi berubat dan penyakitnya berkurangan tetapi kadang-kadang ada benda yang menganggunya.

Jadi semasa berbual dengan makcik saya yang bersebelahan rumahnya tiba-tiba anaknya datang bagitau maknya menjerit-jerit kesakitan. katanya kakinya sakit sangat macam ada orang tekan.
Jadi saya ambil minyak wangi yang telah dienergikan dan letak pada kaki makcik saya.
Lepas tu saya lakukan penyembuhan shaktivat dan Daya Sejati Insani -Dasar selama 25 minit.
Alhamdulillah kata makcik saya terasa ringan sangat.

Saya ada bagitau dia untuk buat rawatan susulan mandian guna minyak wangi selama 21 hari.

Sekarang ni dalam proses rawatan tersebut