KURSUS

logo-tendai

 

TENAGA DALAM ILAHI (DASAR)- DAYA SEJATI INSANI

Kaedah terpantas mengaktifkan tenaga dalam, tenaga ghaib, tenaga batin, mengaktifkan minda separa sedar.
Daya Sejati Insani merupakan dasar dari berbagai Ilmu Tenaga Dalam dan Tenaga Batin Tingkat Tinggi.
Latihan Pengolahan dan Pembangkitan Daya Sejati Insani dirancang khusus dan sangat mudah dipelajari oleh sesiapa pun sama ada orang dewasa, kanak-kanak, wanita, malah bagi mereka yang cacat anggota sekalipun masih boleh memiliki keilmuan ini.
Secara tak langsung keilmuan ini dapat menambah rasa keimanan kita kepada Allah S.W.T, nilai ibadat kita dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa seterusnya dapat meningkat kepercayaan pada diri sendiri.
Ilmu Daya Sejati Insani ini adalah untuk semua hajat kehidupan yang dilakukan tanpa ritual puasa, latihan jurus berjam-jam, zikir, meditasi dan bermacam-macam lagi, setelah 1/2 jam waktu pengisian yang hanya mengambil masa 1/2 jam sehari selama 21 hari,anda sudah boleh menguji keberadaan ilmu ini dan seterusnya dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah diri sendiri dan orang lain secara spiritual.
Adapun keberadaan ilmu ini adalah kekal selama-lamanya dan dapat pula turun kepda orang lain tanpa mengurangkan ilmu yang ada malah keilmuan anda bertambah dan terus bertambah. Ilmu untuk menjurus musuh dengan hanya tiupan mulut, hirupan nafas, kerdipan mata, gerakan kepala dan apa jua gerakan tubuh, musuh akan terasa seperti kapas tanpa tenaga, jin/makhluk halus akan lari di saat melihat kita dan penyakit medis dan non medis mula mengurang apabila terkena sentuhan jari kita.
Sekali lagi kami tekankan di sini, tanpa perlu Azimat, Air Keramat, Tasbih Keramat, Minyak Keramat, Khodam, Jin, tanpa perlu pendamping dan bermacam-macam lagi anda masih berpeluang mempunyai keilmuan yang anda ingini tanpa perlu memperjudikan hidup anda pada syaitan atau Makhluk halus.
Anda akan dikirimkan sedikit garam yang telah dibuat pengisian sebagai pengijazahan serta pembukaan kunci tenaga. Kaedah Proses pengisian jarak jauh akan anda perolehi dari panduan yang akan dikirimkan.Hasilnya sama dengan yang hadir dan diterima sebagai ahli.

BANGKITKANLAH TENAGA DALAM…
Adapun Mahar Bagi Keilmuan Daya Sejati Insani ialah: RM 165.00/SD 165.00/ USD 165 ( sebagai ikatan antara guru dan murid)
Untuk maklumat lanjut dan yang berminat Hubungi:
Grand Master Halmy : 019-2260790
atau email kepada halmy_ex@hotmail.com

AJI RAJAH KALACAKRA

 
ILMU AMPUH !! ILMU RAHSIA PARA GURU. KAMI IJAZAHKAN UNTUK ANDA.ILMU HEBAT YANG SERING DIPERKATAKAN OLEH PARA PARANORMALIA ADALAH SEBAHAGIAN DARI ILMU METAFIZK TAPI BUKAN TENAGA DALAM, MALAH LEBIH DARI ITU.PELBAGAI MANFAAT…Kami ijazahkan kepada sesiapa yang berminat. Ilmu hebat untuk pendinding diri, Hatta Raja Jin pun takut akan anda yang sudah menerima ijazah ilmu ini. Penolak segala jenis serangan zahir dan bathin. Yang berniat jahat berbalik kasih dan sayang, yang berniat merugikan berbalik menguntungkan, yang kasih bertambah kasihnya. TIADA LATIHAN BERAT.TIADA HAFALAN AYAT ATAU AMALAN KARUT, TIDAK BERCANGGAH DENGAN ISLAM MALAH MENAMBAHKAN KETAQWAAN.Tiada latihan berat, dengan kemajuan ilmu metafizik, kami sediakan dengan kaedah mengakses energi tersebut.. Energi ilmunya secara automatis diserap oleh anda. Kami bukakan dan ijazahkan ilmu ini terus untuk anda.  Ilmu ini bersifat haq, bukan suatu omongan kosong.ILMU INI TIDAK ASING LAGI BAGI MEREKA  YANG ARIF DALAM ILMU METAFIZIK, KESUFIAN DAN KEBATHINAN  TERMASUK MAHAGURU-MAHAGURU DAN PARA  KIYAI.

 

Ilmu Kala-Cakra

adalah bagian dari ilmu kesempurnaan yang di miliki oleh orang-orang yang berlaku arif bijaksana, sudah mendekatkan dirinya kepada Tuhan Yang Maha Esa. Namun kami ingin ijazahkan ilmu ini kepada anda agar ia tidak luput ditelan zaman…Bukan untuk kesombongan dan membangga diri. Malah bagi membantu diri, keluarga dan mereka yang memerlukan. Banyak manfaat ilmu tersebut bila si pemilik Ilmu Kala Cakra orang yang dalam perlakukan  hidupnya berusaha lurus, karena pancaran dari ilmu-nya baik.. disengaja ataupun tidak, bersifat membangkitkan daya / energi positif yang bermanfaat.  Oleh kerana manfaatnya sangat banyak maka di sini kami hanya dapat simpulkan sedikit sebanyak berkenaan dengannya.     
 
Banyak Kegunaan Ilmu Kala Cakra diantaranya :
Untuk Pribadi :
Kewibawaan/gagah (jangan sombong), digeruni, pancaran mata tajam , daya cinta-kasih besar (mengakibatkan patah hati orang), dikenal di alam jin, punya daya pikir ke depan jauh dari rata-rata karena kepekaan insting-nalurinya (waskita), kata-katanya sudah merupakan ilmu (hati-hati dalam bicara yang mengarah pada hal-hal yang bersifat jelek,merugikan,menyakitkan, mulutnya sudah malati/ masin mulut, apa yang dikatakan sering kali menjadi keyataan),Jarang sakit kecuali sakit yang memang menyebabkan kematian… taqdir Tuhan,Meneutralkan ilmu yang bersifat angkara murka/kesombongan,  Menghapuskan sihir, ilmu hitam. Beladiri secara ghoib.

 

Untuk kerezekian, perlarisan, pengasihan. Untuk Orang lain : Mampu mengobati penyakit jasmani/rohani,
dan masih banyak lagi kelebihan dari orang yang sudah memiliki ilmu Kala_Cakra ini.(Kalau sudah tahu tekniknya, penerapannya segala macam persoalan bisa dicoba dengan dengan ilmu Kala-Cakra). InsyaAllah. Apa tekniknya itu? Cara penggunaannya?CUKUP dengan niat…..Ia automatis….Terpulang kepada anda.Cukup niatkan pikiran anda, daya cipta anda dengan maksud yang anda inginkan : JADI !!!.
Semoga anda menjadi orang yang mulia dunia dan akhirat dengan membawa amanah ilmu Kala Cakra.Ilmu yang hebat ada tebusanya sebagai syarat dan ikatan antara guru dan murid.  

 Syarat ilmu: Tidak boleh sombong dan tidak boleh digunakan ke arah keburukan.

 Adapun Mahar bagi Ilmu AJI RAJAH KALA CAKRA ini adalah:

Maharnya Malaysia: RM 200. BERUNEI $ 200. SINGAPURA $ 200

DIBERI PERCUMA sekiranya mengambil kursus peringkat GURU TENDAI.

 Sekiranya berminat Bank in ke Maybank 101179020603 kemudian SMSkan Nama penuh, nama ibu, no.ic, alamat, masa dan tarikh bayaran ke talian 019-2260790

KURSUS TENAGA DALAM ILAHI PERINGKAT GURU

Mendapat Ijazah TENDAI Master. Menguasai keilmuan Daya Sejati Insani, Tenaga dalam sistem cepat 2 minggu, dapat mengijazahkan keilmuan Daya Sejati Insani kepada orang lain. Memiliki energi yang berlipat kali ganda. Bonus 4 jenis kitab ilmu kesaktian beserta ajian-ajian ampuh dari seluruh nusantara. Keilmuan kekal sampai bila-bila, insya-Allah.

Percuma Aji Rajah kala Cakra yang berharga RM 200/-

Maharnya: RM 550.00
Hubungi Grandmaster Halmy 019 2260790
atau email :halmy_ex@hotmail.com

KURSUS TENDAI peringkat GRANDMASTER

Tanpa sebarang latihan. Semakin banyak energi digunakan semakin hebat ilmu anda. Mampu melakukan penyembuhan walaupun dalam keadaan TIDUR sekalipun. Tanpa sebarang obat, konsentrasi, meditasi, urut, bedah, suntikan tanpa sebarang niat. Bonus lebih 8 Diklat ilmu-ilmu rahsia yang perlu dikongsi. Ijazah GrandMaster TENDAI, dibenarkan dan diijazahkan untuk mengijazahkan GURU dan Peringkat Dasar. Memiliki kesemua kehebatan peringkat Dasar dan GURU, malah mampu memiliki sebarang ilmu yang dihajati.

Percuma Ilmu Hakikat Besi Kursani berharga RM 1800.00

Percuma juga Ilmu Shaktivat berharga RM 1800.00

Maharnya RM 2,800.00

 

33 responses to “KURSUS”

  1. awak sy pn pernah belajar ttp x da hasilnya ni semuanya mengarut nk kan duit orag sahaja…..

  2. tenagadalamilahi Avatar
    tenagadalamilahi

    Jawapan. Ada beberapa faktor yang perlu diberi perhatian semasa mempelajari apa jua jenis ilmu.

    1. Mahar yang dibayarkan harus dengan hati ikhlas. Kerana tanpa keikhlasan, sampai kiamat pun ilmu tak akan masuk. Berdasarkan pengalaman, dari sekian murid kami, ada beberapa di antaranya yang gagal kerana ilmu tak bisa masuk. Setelah ditelusuri lebih jauh, ternyata hal tersebut penyebabnya adalah TIDAK ADANYA KEIKHLASAN DALAM MEMBAYAR MAHAR. Terkadang, ada pula yang meminta jaminan/garansi, seolah-olah seperti orang membeli barang elektronik. Jadi perlu kami tekankan, IKHLASKANLAH APA YANG ANDA KELUARKAN AGAR ILMU MUDAH MASUK LEBIH CEPAT KE DALAM DIRI ANDA.

    2. Agar berjaya dalam mengamalkan suatu ilmu, gunakan 6 kunci yakni :

    * YAKIN : Apabila keyakinan tertanam sedalam-dalamnya bahwa ilmu yang kita miliki ampuh dengan izin-Nya, maka pasti ampuh! Mengapa kalangan non muslim semasa mengamalkan sesuatu ILMU terkadang lebih cepat masuk? Itu kerana adanya factor keyakinan yang begitu kuat.
    * IKHLAS : Kita mengamalkan suatu ilmu mesti dengan kerelaan hati, tanpa merasa dipaksakan. Jadi jika sang guru memerintahkan untuk wirid/dzikir, misalnya, laksanakanlah dengan dada yang lapang.
    * SABAR : Kalau ilmu yang kita amalkan belum masuk, mesti sabar! Perlu di ketahui, terkadan energi ilmu ingin menguji terlebih dahulu seberapa jauh tingkat kesabaran kita. Amalkan terus, pasti suatu saat akan masuk juga. Pepatah arab mengatakan: MAN JADDA WA JADDA – Artinya, siapa yang bersungguh-sungguh pasti mendapakan/berhasil.
    * ISTIQOMAH : Artinya tetap. Misalnya jika kita biasa mengamalkan wirid sehabis shalat 5 waktu 3 x, maka lazimkanlah hal tersebut. Ada ungkapan yang berbunyi AL ISTIQOMAH KHAIRUM MIN ALFI KAROMAH, artinya istiqomah lebih baik daripada 1000 karomah/kemuliaan.
    * TAQWA : Artinya, mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Seandainya kita mengamalkan suatu ilmu tetapi shalat ditinggal, itu sama dengan bohong!
    * TAWAKAL : Artinya, menmasrahkan apa yang kita lakukan sepenuhnya kepada Allah. Jadi andai kata wirid atau ilmu belum masuk, kita tidak harus merasa kecewa kerana kita sudah pasrahkan segalanya pada ketentuan Allah SWT.

  3. kenapa perlu letakkan mahar yang begitu tinggi ? dalam waktu yang sama saudara mengharapkan keikhlasan pelajar. apa kata saudara sendiri dengan ikhlas kerana Allah meletakkan harga yang berpatutan?

    saya agak terkejut dan kesal, dalam satu keadaan kita mengatakan semua dengan izin Allah dan kita hanya berusaha, tetapi dalam satu keadaan bila soal bayaran, kita seakan lupa semua kuasa dan kelebihan adalah hak Allah.kita seolah meletakkan harga seperti kuasa itu milik kita sendiri.

    lakukan kerana keikhlasan, dan jika rezeki tu masuk dgn banyak, biarlah ia benar datang dari Allah, bukannya dgn harga tinggi.

  4. Jawapan:
    Terima kasih atas nasihat yang diberikan. Saya menghargai nasihat yang diberikan.
    Berikut adalah jawapan saya

    Contoh belajar:

    Di universiti belajar percuma dan minta keikhlasan dari mereka. Mereka-mereka yang ada PhD minta ajar teknik atau skill mereka percuma…Ada yang hendak?

    Kita juga perlu berfikir banyak masa yang dihabiskan dan wang dibelanjakan untuk berjumpa dengan pewaris sesuatu ilmu itu.Itu belum termasuk yang kena tipu lagi…

    kita ambil contoh mengajar sesuatu ilmu:
    *tempoh dalam 4-8 jam.
    *Guna fizikal, suara, nafas dan fikiran masa mengajar.Letih oiiiii…

    Ilmu yang dituntut makan masa dan wang sebelum matang.

    Doktor:

    Guna ilmu yang ada untuk merawat hasil belajar kat Universiti.
    Banyak juga wang. Tapi doktor klinik caj biasanya RM30 dalam 10 minit. Kalau 1 jam kan dan RM180…! Mana lagi mahal? Doktor Swasta Hospital lagi la… Memang demand habis…

    Tak perlu IKHLAS ke kalau stakat check dan tulis?

    Bomoh:
    Berubat lebih kurang masa dengan Perawat Islam. Tapi was-was pengamalannya. Yang kes Bomoh Islamik lain cerita la… Tapi kenapa kena ada caj juga?
    Tak perlu ikhlas ke?

    Fikir – fikirkan hujah di atas..
    Sebab tu ramai Perawat yang resign dari merawat. Upah kadang-kadang RM5-RM10.. Ada tak bagi langsung pun ada.. Dah tu, nak bayar minyak pun cukup-cukup pergi rumah pesakit. Anak bini nak makan jugak. Rumah nak di bayar. Susu budak pun dan RM33..Tu susu murah………! Dah tu, beras pun dah RM20++.. Lauk lagi…nak suruh makan nasi dengan garam ker? Sekolah anak pun kena dibayar.. Belanja anak-anak sekarang bukan macam dulu…. Ada tak orang fikir pasal IKHLAS bila sebut pasal keperluan di atas….? Tak ada kan…? Nasib la kalau jadi perawat full time..

    Kalau perawat part time pula..orang akan kata..” takper la…dia dah ada kerja… tak perlu bayar lebih…”. Bukan masalah kerja merawat part time atau tidak.. Kalau badan penat merawat di malamnya, esok pagi nak kerja..Tak mustahil tekanan kerja meningkat. Bos memang selalu pandang..Produktiviti diri tak cergas boleh rosak imej company… Silap-silap boleh buang kerja…Masa tu ada tak orang tanya pasal IKHLAS..? Tak ada kan…?

    So…siapa kata tak boleh kenakan upah masa merawat.. Kat atas ni hujah peribadi, kita tengok kat bawah pulak…Kita baca hujah Hadis dan pendapat Ulamak pulak… jom..

    Diceritakan kisah serombongan sahabat Rasulullah s.a.w. bermusafir hingga sampai di sebuah perkampungan. Mereka meminta untuk menjadi tetamu penduduk kampung, namun orang kampung tidak bersedia. Mereka (para sahabat) berkhemah di luar kampung tersebut. ditkdirkan Allah s.w.t. , penghulu kampung dipatuk ular. Satu riwayat menyebut terkena gangguan jin. Mereka lalu datang meminta pertolongan sahabat untuk merawat sakit tersebut. Seorang Sahabat menyahut bersedia untuk merawat (menjampi). Namun beliau mensyaratkan agar dibayar sebanyak 30 ekor kambing. Apabila orang kampung bersetuju maka beliau pun merawat dengan mebacakan surah al-Fatihah. Lelaki tersebut sembuh. Sahabat tersebut diberikan 30 ekor kambing seperti yang dijanjikan. Sahabat itu ingin mengagihkan hasil yang diperolehinya dariapa merawat tetapi para Sahabat yang lain menolak sehinggalah dijelaskan hukumnya oleh Nabi s.a.w. Apbila tiba di Madinah Nabi s.a.w. menyetujui apa yang dilakukan oleh sahabat tersebut. Baginda bersabda:”Bagaiamana kamu tahu bahawa surah Fatihah itu adalah satu jampi? Agihkan kambing tersebut dan berikan kepadaku satu bahagian.

    Tu dia 30 ekor kambing darab kalau harga dia rm 700 =RM 21,000.00

    Kena bersetuju pada dua-dua pihak. kena ikhlas dua-dua pihak.

    |Pesanan Pada Yang Belajar|

    Jangan kerana IKHLAS, Pelajar melabelkan pengajar mengajar kerana DUIT, BUKAN KERANA ALLAH. Perlu diingat, amalan untuk mengajar HARUS IKHLAS pada syariat dan pengamalan.Jadi, atas diri pengajar sendiri sudah ditanam TAQARRUB PADA ALLAH. Kenapa tidak dipersoalkan pada PERKHIDMATAN DOKTOR? Jika diberi ubat, betul lah dengan kos pengeluaran. Tapi bagaimana pula dengan PERKHIDMATAN? Atas nilai apa? Ya…kerana ilmu untuk menjadi doktor diguna..Jadi itulah caj harga yang perlu dibayar… Untuk jadi pengajar sesuatu ilmu, perlukan seseorang itu menuntut dan berilmu? Sama juga kan?
    Jika diterbalikkan persoalan IKHLAS pada pelajar pula, BOLEHKAH IKHLAS DENGAN MEMBAYAR LEBIH PADA HARGA UPAH YANG DITETAPKAN OLEH pengajar? Boleh? 😀

  5. saya setuju pasal mahar..
    beberapa tahun yang lalu saya ada ambil grand master tendai dengan sifu keenggan di putrajaya.. selepas tu pantang ada sedara mara jauh ke dekat, asal bunyi sakit terus saya gi hospital.kalau berkumpul di kampung lagi ler berbaris sedara mara tunggu giliran(walau pun selalu orang sindir2). ada gak rakan2 yang datang umah tapi saya ikhlas ada yang bagi saya berkeras kata tak yah, cus dah ada keje.
    tetap saya betul2 nak tolong. tapi lama kelamaan seperti yang t.t cakap kalau kes serius kena buat betul2 baru berkesan, tempoh dalam 4-8 jam.
    *Guna fizikal, suara, nafas dan fikiran masa.Letih oiiiii Bukan masalah kerja merawat part time atau tidak.. Kalau badan penat merawat di malamnya, esok pagi nak kerja..Tak mustahil tekanan kerja meningkat. Bos memang selalu pandang..Produktiviti diri tak cergas boleh rosak imej company… Silap-silap boleh buang kerja…
    akhirnya saya berhenti merawat. cuma merawat yang betul2 mahu dirawat dan amat rapat jer. selepas beberapa bulan saya sedari apa bila dah lama tak rawat org energy ada kurang sikit. maknanya bila kita selalu gunakan ia jadi banyak so skg hampir setiap hari saya selalu mengusap kucing kat tempat kerja untuk menstabilkannya.
    kalau t.t tak keberatan tolong la scan saya dan isteri saya adakah energi kami masih stabil.

  6. Salam semua,

    Ikhlas dalam beramal. Soal bayaran tu adalah hak pemberi kursus/ilmu. Pelajar perlu akur dan terima kalau nak belajar. Mentaliti orang kita bila melibatkan islam sahaja, diminta ikhlas. Kalau berubat di klinik atau hospital swasta, diorang caj harga kaw-kaw punya, ada tak kita pertikai? Tak pula.

    Itulah mentaliti orang kita!

    Untuk rizal: Selalulah buat penyelarasan dan alirkan energi penyembuhan buat semua makhluk. InsyaAllah, energi akan mantap.

  7. huhuhu…. orang buat kursus motivasi boleh cas tinggi2… belum tentu dapat spm 8 @ 9 A…. yang penting usaha, banyak bertanya pada yang berpengalaman, sabar 2 perlu ada…. walaupun ilmu tu kita bawa 1 ja tapi biar lah istiqamah tu pun dah cukup besar kalau kita tahu mengolahnya… pepun rujuk lah pada guru takut2 tersasar dari matlamat n niat yang asal……sekuarang2nya kita beriktiar…
    bukan senang nak jadi senang n cukup senang kalau kita nak jadi susah…..

  8. saya setuju..ilmu yg dapat pun nak berkira ke bang?kite yg nak belajar pun kena ikhlas jugak nak melabur duit untuk dptkan ilmu tu…hihihihhi just share..

  9. Guru2 yg mengajar pun adalah manusia biasa yang mempunyai tangungan. Tak logik la kalau kata nak mengajar dengan ikhlas kecuali guru2 tu golongan berkemampuan yang mewah. Setiap satu ada harganya. itu termasuk la sebagai usaha kita yang belajar.

    Kalau usaha pun tak nak, belajar ape pun tak boleh dapat. Cube la pikir skit, semua orang tahu rezeki/ilmu Allah tu luas tapi ade tak semuanya sampai ke mulut kita untuk siap kita kunyahkan terus.

    Kalu semuanya senang/percuma, semua rasul takkan menghadapi cabaran dengan umat masing2.

    Usaha tangga kejayaan.

  10. Assalamualaikum tuan Halmy…
    Saya berminat dengan Ilmu “Tenaga Dalam Ilahi” ini.
    InsyaAllah… saya akan mempelajarinya…

  11. tenagadalamilahi Avatar
    tenagadalamilahi

    amen…

  12. Salam..kalau benar ilmu dari Ilahi..kenapa ia perlu di perdagangkan dan di pertonton?..Subhanallah..

  13. semua ilmu dari Allahi.. ianya perlu di perturunkan, disampaikan dan dikongsi bersama. Faham dengan sifat ilmu ada yg free dan ada yg kena bayar. anak2 kita yg nak belajar ilmu Allah mengaji alquran pun kadang2 kena bayar .. 🙂

  14. tenagadalamilahi Avatar
    tenagadalamilahi

    dari segi hakikat semuanya dari Allah…rezeki Allah, ilmu Allah namun dari segi syariat pun kena betul juga. kita jumpa petani yang tanam padi atau sayur atau nelayan yang menangkap ikan dan kita bagitau pada mereka ni semua rezeki dari Allah kenapa kena bayar, sedangkan Allah beri percuma. Kita kena faham akan titik peluh dan susah payah mereka menangkap ikan atau menanam padi serta kos-kos lain seperti racun baja dan sebagainya. Samalah juga mereka-mereka yang mengajar ilmu-ilmu ini. Masa bersama keluarga yang digunakan telah digunakan untuk mengajar sesuatu ilmu. Kalau nak bagi free lebih baik dia bermain dengan anak isteri. Masa mencari sesuatu ilmu, kos nak pergi belajar, kadangkala kena tipu lagi belajar ilmu yang tak betul dan bermacam-macam lagi karenah yang lain. Pengalaman saya mengajar secara percuma telah berlalu. Apa yang saya dapati bilamana sesuatu ilmu itu dapat secara percuma, mereka tidak bersungguh untuk melatihnya dan yang lebih menyedihkan lansung tak buat latihan….. wallahuaklam

  15. saudara saya nak bertanya, berapa tempoh lamanya untuk menjadikan ilmu ini benar2 sebati. dan apakah fungsi ijazah.

  16. semua benda nak free letih ler yop, nak buang ayor pun kena duit… pikior ler sama… nak seribu daya tak nak, tak payah 1000 dalih, 1 dalih dah cukup…

  17. bawa sabor je lah.jgn marah2…patut padan udah le asalkan jadi kebajikan…jgn jd hubbun dunya..ingat,pabila matinya anak adam maka terputuslah hubunganya.melainkan 3 perkara.anak yg soleh ,sedekah jariah,ilmu yg manafaat….

  18. Saya Salam 1malaysia ! saya beragama hindu dan ingin mengikuti program Tendai master ini , adakah saya layak ? wahai tuan guru , tolong tunjuk ajar . Sekian

    1. tenagadalamilahi Avatar
      tenagadalamilahi

      boleh krishnan…hubungi saya 019 2260790

  19. Salam tuan. Macamana cara saya nak belajar ilmu Tenaga Dalam Ilahi peringkat awal? Saya di Kelantan.

    1. tenagadalamilahi Avatar
      tenagadalamilahi

      Boleh jarak jauh. Telepon sy 0192260790 utk maklumat lanjut

  20. tidak ada yang dapat mengalahkan ilmunya allah dan ilmu yang dibahas diatas tidak akan mempan bagi orang2 yang shaleh yang hatinya penuh keikhlasan karena Allah semata

  21. yang diatas pon ilmu Allah…….kadang ramai org tak fhm yalah dah moden. apa saja ilmu baik hitam atau putih adalah dari Allah kerana atas izinNya jadilah jampi sipolan.kita makan napa baca bismillah? napa tak harap Allah takkan bagi kita tercekik ke apeke…..Bismi pon ilmu. saya lama dah nak belajar tapi bapa tak kasi tak tau kenapa belaja silat skolah pon tak bagi…saya sgt berminat untuk bantu keluarga dan kalau diizin Allah saya boleh bantu org dlm kesusahan

  22. Salam,
    adakah blog ini masih aktif?

    1. tenagadalamilahi Avatar
      tenagadalamilahi

      masih

      1. Boleh whassup tuan x?

  23. tenagadalamilahi Avatar
    tenagadalamilahi

    boleh

    1. Bagaimana saya nak hubungi tuan

      1. tenagadalamilahi Avatar
        tenagadalamilahi

        Whatsap 0192260790

  24. salam tuan…
    adakah dengan mempelajari ilmu tendai ini. kita dapat membuka/menutup mata batin seseorang yang kita kehendaki

  25. Tahap grandmaster tanpa latihan? Bagaimanakah ilmu tahap ni boleh dikuasai kalau tiada latihan? Boleh jelaskan tak tuan?

  26. 😊👍

Leave a reply to asrul Cancel reply