Category Archives: Manfaat Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI)

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA

 

Image

Berikut adalah salah satu perkara yang diajar oleh tenaga pengajar semasa kursus biosinergi sewaktu dahulu….

Antara asas-asas untuk menengalpasti penyakit melalui  jari sahaja….

Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda…Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..

jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah…

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Sistem Biomagnetik Pada Tubuh Manusia

Bismilahirahmanirrahim…

TENAGA DALAM ILAHI – Salam di akhir bulan Sya’ban dan lebih kurang lagi 8 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadan yang mana bulan Ramadan adalah bulan yang diawalnya adalah pengampunan dipertengahannya adalah rahmat dan diakhirnya adalah pelepasan dari api neraka. semoga para pembaca sentiasa ceria dan bahagia dalam melayari kehidupan seharian. Ada yang bersedih? Kenapa agaknya kita  bersedih? Sebenarnya perasaan yang kita alami hanyalah merupakan cetusan dan terbitan yang kita cipta (daya cipta). Seperti kita melihat sebuah peta, sebenarnya sebuah peta tidaklah mewakili sempadan sesebuah negeri. Ia hanya menunjukkan situasi dan keluasan kawasan tersebut tanpa sebarang ikatan sah kepada kawasan asal.
Begitu juga dengan perasaan kita, kita bersedih bukanlah kerana kita seorang penyedih tetapi kita berada dalam situasi atau kawasan kesedihan. Kita sebenarnya mampu keluar daripada kawasan tersebut jika kita memasuki kawasan kegembiraan. Tak faham? tak mengapa, nanti suatu hari saya akan menulis post tentang perkara ini. Minggu ini saya ingin berkongsi cerita dengan pembaca tentang medan elektromagnetik badan kita atau lebih dikenali sebagai aura kerana apa yang diajarkan oleh Tenaga dalam Ilahi adalah senam pernafasan biomagnetik.

Bila sebut medan elektromagnetik ramai yang tertanya-tanya apakah bendanya itu, tetapi bila diringkaskan kepada aura, ramai yang tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala kerana sudah faham . Pada suatu ketika dahulu ramai yang bercerita tentang aura dan ramai yang berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan aura. Apa agaknya aura itu dan bagaimana ianya terjadi?

Tubuh badan kita sebenarnya telah direka oleh Allah dengan begitu teliti dan penuh kehebatan. Seorang manusia yang sihat, akan mempunyai lingkaran tenaga atau energy fluks yang penuh atau bulat. Badan kita umpama sebatang rod magnet. Lebih tepat lagi tulang belakang manusia merupakan rod magnet tersebut. Dibahagian paling atas sekali terletaknya ubun-ubun atau lebih tepat lagi kita namakannya kelenjar pineal. Ia merupakan kutub utara dan hujung tulang sulbi iaitu tulang yang terakhir dalam struktur tulang belakang manusia merupakan kutub selatannya.

Mungkin ada pembaca yang tidak tahu atau kurang perasan bahawa tulang belakang manusia bermula daripada kelenjar pineal di atas kepala sehingga ke tulang sulbi di bahagian hujung tulang belakang. Oleh yang demikian tenaga mengalir daripada kutub utara iaitu kelenjar pineal hingga ke kutub selatan iaitu di hujung tulang sulbi dan seterusnya membentuk lingkaran atau medan magnet.

Lingkaran tenaga ini berpusing tanpa henti dan tidak putus. Lingkaran inilah yang membentuk medan elektromagnetik badan manusia atau aura.  Lingkaran tenaga ini memastikan bahawa tenaga kita tidak berserakkan dan kita berada dalam pelindungan tenaga yang baik. Bila lingkaran ini semakin kuat dan besar tenaga dalaman seseorang itu bertambah hebat. Tenaga minda seseorang itu meningkat dan prestasi serta potensi dirinya juga meningkat.

Kita kerap mendengar orang berkata, orang-orang hebat memiliki aura yang hebat. Orang yang memiliki aura yang hebat ini sentiasa berjaya dalam usahanya. Tidak kira bidang apa mereka ceburi, mereka akan menyerlah dan gemilang. Perkara ini menyebabkan ramai yang berfikir bagaimana nak tingkatkan kehebatan aura agar kita juga mampu cemerlang dan hebat.

Contoh gambar aura yang diambil mengguna ‘Kirlin Photograph’.

Baiklah di sini saya kongsikan beberapa tips untuk mendapatkan aura atau lingkaran tenaga elektromagnetik yang hebat. Medan tenaga ini bermula daripada kelenjar pineal atau ubun-ubun di bahagian atas kepala dan bercantum semula di hujung tulang sulbi. Tips yang pertama yang perlu pembaca ambil perhatian adalah menjaga kekuatan kelenjar pineal dan tulang sulbi. Mari kita lihat fungsi kelenjar pineal dan tulang sulbi pada manusia.

Kelenjar pineal menjaga kekuatan semangat dan kekuatan keyakinan kepada manusia. Apabila kelenjar pineal ini lemah maka seseorang manusia itu akan menjadi lesu, tiada mood. Bayangkan apa akan terjadi pada individu yang lesu, lemah dan sentiasa tiada mood. Pastinya prestasi kerjanya akan terganggu dan dia tidak akan mampu menyerlahkan kehebatan potensi dirinya.

Ok, sekarang kita lihat pula fungsi tulang sulbi. Tulang sulbi menjaga darah, otot, tulang, saraf, usus. Jika tenaga tulang sulbi ini lemah seseorang manusia itu akan mudah diserang penyakit yang berkaitan dengan darah, seperti darah tinggi, leukimia, kebas, cirit-birit, buasir, sembelit, kekejangan, hilang deria sentuh. Bila dilihat pada penyakit yang terhasil daripada kelemahan struktur tulang sulbi, secara automatik kita boleh mentafsirkan bahawa mereka ini adalah orang yang pastinya tergolong adlam kumpulan yang tidak produktif.

Jadi secara umumnya untuk seseorang itu berjaya dalam apa juga bidang yang diceburinya tumpuan yang serius haruslah diberi kepada kekuatan tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi. Itulah juga sebab mengapa kini terdapat banyak produk aura atau tenaga di pasaran. Produk-produk ini secara tidak langsung membantu individu meningkatkan aura atau tenaga lingkaran elektromagnetik badan. Selain itu, menjaga pemakanan adalah amat penting dalam mempastikan tahap tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi kuat.

Lingkaran tenaga elektromagnetik atau energy fluks amat sensitif. Ia boleh berubah-ubah mengikut daya pemikiran seseorang dan getaran denyutan jantung. Ini bermakna, apabila seseorang itu, tidak tenteram atau kerisauan, atau ketakutan, maka lingkaran tenaga atau fluksnya akan terganggu. Itulah sebab utama mengapa kekuatan organ-organ yang terlibat harus di ambil berat.

Apabila seseorang individu itu memiliki tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi yang kuat, percayalah dia mampu berada di tahap kegemilangan yang diimpikan oleh semua manusia. Begitulah sebenarnya bagaimana seorang manusia itu berbeza dengan seorang manusia yang lain. Sebenarnya perbezaan itu tidak perlu terjadi bila semua manusia tahu dan mengambil berat menjaga kekuatan lingkaran tenaga atau energy fluks mereka.

Bagi pelatih yang ingin belajar senam pernafasan biomagnetik Tenaga Dalam Ilahi, konsepnya kami telah permudahkan dengan menggunakan kaedah ‘jumper’ iaitu konsep seperti bila ada kereta yang tak boleh start, kita akan jumperkan bateri kereta kita kepada bateri kereta yang tak hidup tu. Bila dia start maka enjin kereta dia pun boleh hidup sekali. Bagi pelatihan senaman pernafasan biomagnetik Tenaga Dalam Ilahi, pemberi ijazah akan mengalirkan energinya kepada medium air atau garam dan air atau garam tadi diminum bagi membangkitkan tenaga dalaman pelatih. Latihan 21 hari diperlukan bagi menyelaraskan energi biomagnetik pada tubuh pelatih.

Nafas, Tanafas, Anfas, Nufus

Di dalam ajaran Islam jawa terdapat empat jenis nafas iaitu nafas, anfas, anfas dan nufus. Dalam bahasa Jawa diucapkan “napas, tanapas, anpas,nupus”

Napas merupakan tali tubuh dan berada di dalam hati suweda. Hati yang menghubungkan fikiran yang suci. kewujudannyaadalah udara yang keluar dari badan. Dalam istilah biologi, nafas yang ada dalam hati suweda ini menjadi udara yang mengandungiCO2. Udara ini secara normal keluar dari tubuh dengan sendirinya. Dengan keluarnya Co2 ini dari tubuh badan menjadikan fikiran bersih.

Tanapas merukan tali hati. Nafas yang mengikat hati sirri (rasa hati). Bersumberkan dari perasaan hati yang jernih. Kedudukan nafas ini ada di daerah pusat. Kewujudandari tanapas ini adalah udara segar yang masuk ke dalam tubuh.Jadi tujuan menarik nafas dalam-dalam kertika berolahraga bertujuan untuk memasukkan udara bersih atau oksigen bagi melakukan pembakaran di dalam tubuh kita sehingga daya dan tenaga baru dihasilkan.

Anpas merupakan tali ruh. Tali yang mengikat ruh dengan badan jasmani.Letak anpas adalah di jantung. Kewujudannya adalah udara yang ada di dalam tubuh. Apabila dilakukan secara berturutan pertama kali nafas dihembus keluar terlebih dahulu supaya zat kekotoran yang berupa udara tersingkir dari tubuh badan. Kemudian tarik nafas secara dalam-dalam dan ditahan sejenak didalam. baru kemudian dilepaskan secara perlahan-lahan. Jadi udara yang ditahan itu merupakan perwujudan dari anpas.

Nupus merupakan tali rasa dan berada di tengah-tengah jantung iaitu dibahagian jantung yang berwarna putih. ianya befungsi sebagai jembatan jantung yang menghubungkan rasa dengan atma. Kewujudannya adalah udara yang bergerak dari kiri ke kanan meliputi seluruh tubuh jasmani dan rohani. dalam bahasa biologi darah yang mengandungi oksigen ( dari udara bersih paru-paru) keluar dari ventrikel kiri jantung melalui pembuluh darah aorta dan beredar ke seluruh tubuh.

Pancaran Cahaya Ilahi

 

Allah berfirman di dalam QS Al Hadiid (57) Ayat 12 , bahwa orang orang beriman ketika dibangkitkan di akhirat nanti akan mengeluarkan cahaya di wajah dan di sebelah kanannya.
(yaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka): “Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (yaitu) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang besar.”

Bagaimana hal ini dapat dijelaskan?

Sesungguhnya  tubuh manusia mengandungi berbilion bio elektron, yang tersusun dalam sebuah sistem energi yang memiliki simpul utama jantung atau qolbu.

Dalam sebuah jaringan tenaga elektrik seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), pusatnya adalah sebuah mesin pembangkit listrik. Dari mesin pembangkit ini, listrik disebarkan kepada pencawang induk, dilanjutkan ke pencawang yang lebih kecil, dan akhirnya menuju ke rumah kita. Di rumah kita jaringan tenaga elektrik ini masih kita pecah untuk berbagai keperluan seperti lampu, penghawa dingin, pam air, mesin basuh dan lain sebagainya.

Jaringan tubuh kita juga memiliki sistem jaringan energi yang hampir sama. Dari simpul utama di jantung, jaringan itu menuju ke organ-organ tubuh lainnya, seperti otak, ginjal, paru, dan sebagainya. Di dalam organ tersebut jaringan terpecah menuju sel-sel. Di dalam sel-sel, jaringan bio magnetik itu dipecah lagi menuju molekul-molekul berjumlah jutaan molekul. Dan akhimya seluruh jaringan itu berujung pada elektron-elektron yang berjumlah milyaran.

Hanya saja, sistem ini memiliki perbezaan dengan sistem dalam jaringan TNB. Pada jaringan listrik TNB, pusatnya adalah mesin pembangkit elektrik. Disanalah elektrik itu dihasilkan, kemudian di diagih-agihkan. Tetapi dalam jaringan energi tubuh manusia, justru sebaliknya. Penghasil listrik yang sesungguhnya ada pada unit terkecil yaitu bioelektron. Dari milyaran elektron itulah muncul sistem biomagnetik yang menjurus ke molekul-molekul, lantas mengisi sistem sel, mengaliri sistem organ, dan akhirnya membentuk sistem energi di seluruh tubuh manusia. Jantung atau hati menjadi simpul utama, semacam pusat kawalan.

Dengan sistem energi yang demikian terstruktur itu, maka tubuh manusia memang harus dilihat dalam pandangan yang komprehensif. Setiap terjadi perubahan pada salah satu strukturnya, maka perubahan itu akan mengimbas ke seluruh sistem energinya.

Gangguan pada organ seperti ginjal, paru, atau apalagi jantung, akan menyebabkan keseimbangan energinya juga terganggu.

Tentu saja, yang paling vital adalah jantung, sebagai salah satu simpul energi yang paling dominan. Salah satu fakta yang menarik adalah lewat jantung ini kita bisa mengukur denyutan listrik yang terkait dengan gerak hati atau jiwa kita. Pengukuran lewat ECG (Electric Cardio Graph) akan memberikan informasi kepada kita apakah seseorang sedang marah, sedih atau sedang tenang. Jantung adalah cermin dari sikap, hati kita. Jadi, kembali kepada persoalan semula, bahwa seluruh sistem energi tubuh kita itu boleh kita pengaruhi dari pelbagai arah. Boleh kita stimulasi lewat organ, lewat sel, maupun lewat bio elektron. Dan yang paling mendasar adalah bahwa sistem itu memiliki frekuensi tertentu.

Jika seseorang sedang marah, maka seluruh sistem energi dalam tubuh kita itu akan bergetar dengan frekuensi kemarahan tersebut. Yang mula-mula terserang adalah jantung hati kita. Jantung akan berdetak detak dengan frekuensi yang kasar.

Getaran jantung itu lantas akan menyebar ke seluruh organ tubuh, menjalar ke jutaan sel dalam tubuh kita, dan akhirnya menggetarkan milyaran. Bio elektron di dalam tubuh kita. Karena itu, ketika seseorang marah, maka bukan hanya jantungnya yang berdenyut tidak beraturan, melainkan juga seluruh tubuhnya gemetaran.

Demikian pula sebaliknya., orang yang sedang dalam kondisi kejiwaan yang stabil. Orang yang sedang tenang hatinya, maka denyut jantungnya juga akan tenang, stabil dan lembut. Getaran itu juga akan mengimbas ke seluruh tubuhnya lewat organ, sel-sel dan Bio elektron. Karena itu Allah mengatakan di dalam Al. Quran,”Yaitu orang-orang yang beriman dan tenang hatinya ketika mengingat Allah, ketahuilah sesungguhnya dengan mengingat Allah itu hatimu kan menjadi tenang.” (QS. Ar Ra’duu: 28)

“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Quran yang serupa (Mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikebendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorangpun pemberi petunjuk baginya.” (QS. Az Zumar: 23)

Betapa jelasnya Allah mengatakan dalam ayat-ayat di atas, bahwa hati manusia yang tentram itu akan mengimbas sampai ke kulitnya. Kulitnya akan ikut ‘tenang’ dan lembut. Hal ini bisa kita lihat dalam kehidupan kita sehari-hari. Orang-orang yang rileks dan tentram, kulitnya akan terasa lembut dan cerah di wajahnya.

Sebaliknya orang yang stress, tegang dan marah, maka kulitnya akan ikut tegang. Juga roman wajahnya. Maka relaksasi biasanya dilakukan dengan cara picitan untuk mengendurkan otot-otot dan kulit yang tegang. Kulit yang tegang juga bisa menjadi indikasi terjadinya ketidak seimbangan energi dalam tubuh seseorang. Pemijatan yang benar akan bisa mengembalikan ketidak seimbangan itu.

Yang lebih menarik, Allah mengatakan bahwa ketentraman itu bisa diperoleh lewat Dzikir-dzikir kepada Allah. Dengan kata lain, keseimbangan energi dalam tubuh dan kelembutan serta kesehatan kulit kita bisa kita dapatkan lewat dzikir kepada Allah. Kenapa dzikir bisa menghantarkan kita pada ketenangan dan kesehatan?

Allah menceritakan dalam beberapa ayat bahwa berdzikir dan membaca Quran itu sama dengan melakukan stimulasi berupa resonansi getaran – getaran elektromagnetik kepada sistem energi tubuh kita.

Firman Allah di atas mengatakan kepada kita bahwa jika ayat-ayat Al Quran ini dibaca berulang-ulang akan bisa menyebabkan munculnya gelombang elektro magnetik yang menggetarkan kulit kita, dan menenangkan hati. Asalkan waktu membaca itu kita dalam keadaan yang khusyuk dan penuh ketakwaan.

Kenapa demikian? Karena sesungguhnyalah ayat-ayat Al Quran itu mengandung energi yang dahsyat bagi mereka yang mengimaninya. Memang kuncinya adalah keimanan alias keyakinan. Dengan keyakinan itu, energi yang tersimpan di dalam Al Quran akan bisa dikeluarkan dan mengimbas ke segala benda yang ada di sekitar kita. Sebaliknya orang yang tidak yakin, tidak akan bisa mengeluarkan energi itu.

“Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau oleh karenanya orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, (tentu Al Quran itulah dia). Sebenarnya segala itu adalah kepunyaan Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman itu mengetahui bahwa seandainya Allah menghendaki (semua manusia beriman), tentu Allah memberi petunjuk kepada manusia semuanya. Dan orang-orang yang kafir senantiasa ditimpa bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri atau bencana itu terjadi dekat tempat kediaman mereka, sehingga datanglah janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.” ( QS Ar ra’du: 31)

Sungguh dahsyat gambaran Allah di dalam ayat tersebut. Energi itu bukan hanya bisa berpengaruh pada diri kita, tetapi gunung, bumi dan manusia yang sudah meninggalkan pun bisa distimulasi oleh energi Al Quran itu. Sungguh ini kekuatan yang luar biasa dahsyatnya.

Tetapi sekali lagi, energi itu hanya boleh dikeluarkan oleh orang orang yang sudah sangat dekat dengan Allah. Seperti yang dilakukan oleh Musa ketika membelah Laut Merah dengan tongkat mukjizatnya : Atau dilakukan oleh Ibrahim ketika mendinginkan api yang membakar dirinya. Atau dilakukan nabi Muhammad saat memancarkan air dari sela sela jari tangannya.

Namun demikian, dalam skala yang jauh lebih kecil kita bisa memohon energi itu untuk kemaslahatan kita. Di antaranya adalah untuk menentramkan hati dan pengobatan misalnya. Allah memberikan jaminan secara universal kepada setiap manusia yang mahu berdzikir kepada Allah dan membaca Al Quran berulang-ulang, maka tubuh dan hatinya akan terimbas oleh gelombang elektromagnetik yang bersifat positif.

“Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang.” (QS An Nisaa :174)

“Dialah yang menurunkan kepada hamba-bambaNya ayat-ayat yang terang supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan menuju pada cahaya.” (QS Al Hadiid : 9)

Dalam ayat-ayat di atas, Allah mengatakan bahwa ayat-ayat Quran itu sebenarnya adalah cahaya. Karena cahaya memiliki frekuensi, maka cahaya ini bisa memberikan resonansi kepada hati kita. Ertinya, jika kita membaca ayat Quran berulang-ulang maka frekuensinya akan mengimbas kepada hati kita. Apa Akibatnya? Hati kita akan ikut bergetar dengan frekuensi cahaya yang dihasilkan oleh ayat-ayat Quran itu.

Telah kita bahas di depan bahwa hati yang kasar memiliki frekuensi rendah, sedangkan hati yang baik dan lembut memiliki frekuensi yang sangat tinggi. Kita tahu bahwa frekuensi cahaya adalah frekuensi tinggi, yang menghasilkan getaran di sekitar frekuensi 10 pangkat 14 hertz. Getaran ini sangatlah tinggi dan lembut. Frekuensi 10 pangkat 14 Hz adalah frekuensi cahaya tampak. Sedangkan frekuensi di bawah dan di atasnya menghasilkan cahaya-cahaya yang tidak kasat mata, seperti Sinar X, Infra Merah, sinar alfa, Beta, Gama, dan Ultra violet.

Jadi kalau hati kita terimbas oleh cahaya Quran, maka hati kita sedang terimbas oleh frekuensi yang sangat tinggi dan lembut. Karena itu, kenapa orang yang banyak membaca ayat-ayat Quran hatinya akan ikut menjadi lembut, ini karena proses resonansi itu. Dan jika proses resonansi tersebut sering dilakukan, maka hati yang lembut itu akan meresonansi seluruh Bio elektron yang ada di seluruh tubuhnya. Kulitnya akan ikut lembut. Dan keluarlah aura dari wajah dan badan orang tersebut. Ini juga bisa menjelaskan, kenapa seorang ahli ibadah biasanya memiliki roman wajah yang menyejukkan.

Selain membaca ayat-ayat Quran, berdzikir dan menyebut Nama Allah juga akan menghasilkan cahaya di hati dan seluruh tubuh kita. Dengan demikian menyebut nama Allah sama saja dengan memancarkan cahaya dari mulut kita, yang kemudian meresonansi hati dan milyaran Bio elektron di tubuh kita. Allah berfirman di dalam Al Quran,

“Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca, dan kaca itu seakan akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak yang banyak berkahnya, (yaitu) Pohon zaitun yang tumbuh tidak sebelah timur, dan tidak pula di sebelab barat, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya, Allah membimbing kepada cahayaNya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah mengetahui segala sesuatu.” (QS. An Nuur: 35)

Ayat di atas menggambarkan bahwa Allah sendiri memancarkan cahaya dari seluruh kewujudanNya. Menyebut nama Allah akan menghasilkan resonansi cahaya. Karena itu perbanyaklah berdzikir menyebut nama Allah, karena bisa melembutkan hati kita sesuai dengan energi yang tersimpan di dalam setiap Namanya.

Dan secara umum, Allah menyebutkan bahwa orang-orang yang menjalankan agama Islam dengan baik, akan memperoleh cahaya dari berbagai aktivitas peribadatannya. Hal ini disampaikan Allah dibawah ini.

“Maka apakah orang-orang yang dibukakan oleh Allah hatinya untuk agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan Orang-orang yang membatu hatinya)? (QS. Az Zumar: 22)

Karena. itu, kita lantas boleh memahami ayat terdahulu yang mengatakan bahawa orang-orang yang beriman baik laki-laki maupun perempuan akan dibangkitkan oleh Allah di akhirat nanti dalam keadaan yang bercahaya. Itu disebabkan oleh peribadatan sepanjang hidupnya yang telah menghasilkan aura positip di sekujur tubuh dan hatinya.

Pengalaman Merawat Kali Pertama

Salam semua…

Maaf di atas kerterabaian website ini kerana kesibukan tugas seharian.

Untuk kali ini saya nak bercerita pengalaman kali pertama merawat. Kejadian ini berlaku pada tahun 2007. Pada waktu tu saya baru ambil master dalam TENDAI.

Kebiasaannya saya akan solat jemaah di Surau . Pada waktu maghrib tu apabila sampai di surau ada 3 org wanita berada di dalam ruangan wanita .Dua orang sedang membaca surah Yassin dan seorang lagi menjerit-jerit nampak gangguan disekitarnya. Saya ingat dia kena histeria tetapi bila saya niat untuk mengalirkan energi, saya rasa macam bukan gangguan histeria. saya tanya pada 2 wanita tu dia ni kenapa? Salah seorang bagitau keadaan sebenar. Dia menceritakan di rumah pegawai atasannya pegawai tu kena ganguaan kerasukan. Remaja ini nampak makhlus halus di sekelilingnya manakala adiknya pun merasa sakit. Jadi mereka tak tau nak kemana, mereka pun bergerak ikut naluri mereka. meraka pun berhenti di surau bila dengar ada azan.

Saya bagitau mereka saya nak solat maghrib dulu. Lepas selesai solat saya balik rumah untuk tukar seluar dan seterusnya  pergi ke rumah yang ada gangguan.

Apabila sampai saya telefon sifu apa nak buat? Sifu cakap buatlah apa yang patut. Last sekali pergi umah sifu dan bawak sifu datang rumah yang ada ganguan.

Lepas tu proses rawatan dijalankan. Pertama sekali rawatan dijalankan pada pelajar remaja yang boleh nampak makhlus halus tersebut. Kaedah yang digunakan adalah menggunakan kaedah Shaktivat dan Kaedah dalam Master selama 30 minit. Punca penyebab pelajar ni nampak adalah kerana ada makhlushalus yang duduk di mata dia bagi laluan supaya nampak makhluk halus tersebut . Jadi kaedah menarik seluruh energi negatif dari tubuh pesakit dibuat dan remaja dah tak nampak dah makhluk tadi. rawatan susulan adalah mandian dengan minyak wangi dan garam selama 7 hari selepas asar dan meminum air rawatan yang telah dialirkan energi penyembuhan.

rawatan kedua dilakukan kepada adik remaja. Ujian dilakukan dengan menggunakan minyak wangi bagi memastikan adanya energi negatif paada tubuh adik remaja tu. Bila ujian dialkukan simpton-simpton ada ganguan dikenalpasti.  Adik remaja ni diminta juga buat rawtaan susulan dengan mandian minyak wangi dan garam serta munim air rawtan yang telah dialirkan energi penyembuhan.

Rawatan ketiga dilakukan pada ibu remaja. Tiada respon dan dia berpura-pura tidur. Kaedah pengaliran energi positif dilakukan dan energi negatif di dalam tubuhnya telah memberi amaran supaya berhati-hati dengan keluarga di rumah.

Mandian dilakukan dengan menggunkan garam, minyak wangi dan beberapa bahan lain pada pukul 1.30 pagi dandilakukan oleh suaminya.

Nampanya kekuatan energi negatif telah berkurangan dan dibiarkan dia menyambung tidur.

Pada keesokan harinya si suami telah menelefon mengatakan isterinya telah sembuh.

Syukur Alhamdulillah….

Manfaat TENAGA DALAM ILAHI

Antara manfaat-manfaat apabila anda mempelajari ilmu Tenaga Dalam Ilahi:-

  1. Menambahkan kecerdasan fizikal, mental, emosi dan rohani.
  2. Meningkatkan kewibawaan diri, disegani, dikasihi, dihormati ke mana pergi.
  3. Meningkatkan kecerdasan minda, lulus peperiksaan, mudah hafal, kuat ingatan.
  4. Mendinding diri dan orang lain dari semua bentuk gangguan samada manusia mahupun makhluk halus dan ilmu hitam. Membuat benteng rumah sendiri dan orang lain.
  5. Merawat pelbagai jenis penyakit dengan hanya sentuhan tangan dan air kosong sahaja, tanpa jampi serapah. Termasuk kena ilmu hitam, sihir, kerasukan, gangguan makhluk halus, memusnahkan ilmu hitam dan sihir dari jauh dan pelbagai lagi.
  6. Meraih pelbagai ilham untuk pelbagai urusan dalam kehidupan seperti dalam bidang kerezekian, perniagaan dan pekerjaan.
  7. Membangkitkan semangat dan jati diri ke tahap yang tinggi sehingga beribawa dn disegani.
  8. Mempengaruhi orang lain, kata-kata didengar orang, buah fikiran diterima orang.
  9. Dapat mengisi energi kepada sesiapa sahaja untuk tujuan rawatan.
  10. Mengaktifkan indera ke-6, gerak hati lebih peka.
  11. Menambahkan kekuatan fizikal, tahan dari serangan penyakit.
  12. Boleh melakukan gerak ilham, bukan kerasukan atau memanggil jin, hanya dengan gerakan energi dalam badan yang dipimpin oleh kekuasan Ilahi, dalam keadaan anda sedar, Meniru pelbagai bentuk senibeladiri. Ia bangkit dari minda bawah sedar.
  13. Energi akan bertindak secara automatik ketika terdesak, walaupun anda dalam keadaan tertidur. InsyaAllah. Malah musuh yang menyerang anda akan terpelanting sebelum serangannya mengenai anda dengan hanya olahan nafas.

Dan banyak lagi manfaat dan kegunaannya untuk anda seharian yang tidak dapat dinyatakan di sini….sekali lagi dinyatakan bahawa kegunaannya tidak terhad untuk perkara di atas sahaja..terpulang kepada hajat anda. Di atas hanyalah sekadar contoh yang dapat dikongsi bersama. Mudah-mudahan ia dapat mengubah kehidupan anda ke arah yang lebih baik dari sebelumnnya…InsyaAllah ..Amin.
Perkara-perkara di atas bukanlah hanya omongan kosong tetapi ia adalah berdasarkan pengalaman ahli-ahli TENDAI yang dulunya tercari-cari Ilmu Yang Ampuh seperti anda juga.

Sesiapa yang berminat hubungi Grandmaster Halmy :-0192620790

Atau email saya :-halmy_ex@hotmail.com