Bismillahirrohmanirrohim….
Tenaga Dalam Ilahi – Dua bulan dulu ada seseorang menelefon meminta membantu adiknya yang bermasalah yang suka melawan kata-kata orang tua. Khabarnya sebelum ini telah berubat dan adalah diberitahu oleh perawat gangguan saka sejak lahir lagi. Setelah ibunya bercerita panjang lebar berkenaan anaknya dari sejak lahir sehingga dimasukkan ke dalam pusat pemulihan remaja selama setahun dan akhir-akhirnya sering lari dari rumah. Maka pertemuan telah diatur pada sebelah malam tanpa pengetahuan anak perempuan. Beberapa bahan disediakan dengan memohon kepada Allah moga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan sebaik mungkin. Sepanjang tempoh seminggu lepas rawatan ibunya mengalami masalah pening-pening dan demam. Manakala ada beberapa ritualĀ yang perlu dilakukan bagi menghilangkan tabiat buruk anak perempuan tersebut.
