Bismillahirohmanirrohim ( Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)
Alhamdulillah…
Sebelum bercuti untuk kembara ziarah wali songo ada seorang rakan sepejabat meminta tolong tengokkan masalah dirinya yang selalu malas untuk beramal. Saya meminta dia memejamkan mata dan berzikir Allah sebanyak-banyaknya dalam hati. Kemudian sesi swaping dilakukan ke atasnya, dia mula merasakan panas di tengkuk, sakit di perut dan belakang dan terus satu tubuhnya terus menggigil dan hampir mahu menjerit. Saya minta dia kawal emosi supaya tak kecoh di pejabat. Kesan menggigil di tubuhnya semakin kuat. Saya ambil satu botol air mineral dan doakan mohon pada Allah supaya energi negatif yang ada di tubuhnya menghilang. Selang 5 minit selepas itu, kesan menggigil pun hilang. Saya minta dia melakukan mandian selama 7 hari berturut-turut.
Saya juga minta dia melakukan pembersihan dirumahnya kerana dia memaklumkan telah banyak kali berubat dengan beberapa pusat rawatan dan dia memaklumkan akan menyediakan beberapa bahan yang diperlukan untuk proses pembersihan tersebut.
