Rawatan Patah Tulang Tanpa Sentuh (Sangkal Putong)

(sekadar gambar hiasan)

 

Bismilahirrohmanirrohim(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)

Tenaga Dalam Ilahi – 2 Februari 2011 merupakan hari yang bermakna kerana bertambah lagi seorang anak saudara. Petang itu  lepas solat maghrib saya terus bergegas ke Hospital Putrajaya untuk melihat anak saudara. Masa duduk di lobi saya di datangai oleh seorang pakcik dan terus menanyakan ada tak kenal sesiapa yang boleh merawat patah tulang yang saya kenal. Saya beritahu dia setahu saya di daerah Banting ramai yang boleh merawat patah tulang ni.  Dia bagitau ada tak nombor untuk dihubungi. saya bagitau padanya saya takder nombor. Tiga empat kali dia ulang perkara ini. Dia mengatakan bahwa emaknya yang berumur 80 tahun telah patah tulang di pangkal peha dan potensi untuk sembuh adalah nipis kerana masalah tulang mereput.

Saya maklumkan kepada pakcik tu saya boleh cuba dan sama-sama kita doakan. Setelah bahan-bahan pakcik ni cari, keesokan paginya maka saya pun memulakan  rawatan. Sambil berdoa dan membayangkan tulang makcik tu, makcik tu merasakan ada pergerakan tulang pehanya. Rawatan pada hari itu ditamatkan. Pada sebelah malamnya makcik tu merasakan ada pergerakan lagi tulangnya. Pada Sabtu lepas  saya melawatnya lagi dan makcik tu mengatakan masih ada pergerakan pada tulanngnya. Bila saya sampai dah ada tiga orang lagi meminta saya buat rawatan padanya kerana masalah tulang retak dan patah. Bahan-bahan semuanya dia dah siapkan. Rawatan pun dilakukan pada sebelah malamnya kerana ramai nak tengok saya buat rawatan tersebut. Saya ni jenis malu kalau orang ramai tengok. saya bagitahu pada mereka , rawatan akan saya buat dirumah sahaja.

Pada hari Isnin lepas,pakcik tu menyatakan maknya dah tidak merasakan sakit dan masih ada pergerakan tulang dipahanya.Alhamdulillah satu kakak tu dua kali buat rawatan ( 2 malam berturut-turut) kesakitan telah hilang. Hanya menunggu untuk di x ray sahaja. Ada satu pesakit Cina yang tengok saya buat rawatan pun meminta saya merawat sakit artritisnya. Saya meminta dia menyediakan bahan-bahan dan rawatan akan dilakukan pada hari Selasa ni….

Segala yang berlaku semuanya atas Kehendak Allah Yang Maha Kuasa…

About these ads

33 responses to “Rawatan Patah Tulang Tanpa Sentuh (Sangkal Putong)

  1. Anak saya kemalangan 2 bulan lepas dan patah tulang peha. Di di bedah dan dimasukkan besi dari tulang peha digantung pada tulang punggung.
    Selepas 6 minggu, dia mula boleh bertopang untuk berjalan. Beliau cuba membuat senaman ringan dan sekali macam tergelincir kekita wuduk kerana topang terjatuh. Kini beliau merasa sakit dan pergerakannya jadi sangat terbatas. Bolehkah tuan cuba merawatnya? Bagaimana untuk saya dapatkan bantuan tuan itu? Terima kasih. Asalamualaikum.

    • tenagadalamilahi

      hubungi no handphone saya utk keterangan lanjut

      • Asalamualaikum tuan,

        Selepas 4 kali rawatan, 4 minggu, kini anak saya tidak lagi terlalu sakit untuk bergerak. Syukur ke hadrat Allah yang mengizinkan penyembuhannya. Terima kasih, semoga usaha tuan diberkati Allah.

  2. tenagadalamilahi

    alhamdulillah…
    semua atas izin dan kehendakNya jua

  3. Assalamualaikum..ayah saya terjatuh dan tulang di bahagian pehanya ada keretakan..bolehkah rawatan jarak jauh dilakukan?

  4. syukri b dzainudin

    salam tuan.saya telah terlibat dalam kemalangan jalanraya pada 22 jun 2012.saya patah peha kiri.saya telah menjalani pembedahan kali kedua.dalam tulang saya ada besi yang telah dimasukkan ke dalam tulang sumsum sepanjang peha saya..sekarang tulang saya mempunyai masalah..bahagian tulang yang patah telah dibuang sedikit..bmakna tulang saya jadi renggang.boleh tak tuan tolong saya.boleh kasi no tel dan alamat tuan supaya sy boleh bercakap dgn tuan.

  5. Suami saya telah terjatuh dan patah tulang peha, dah buat operation letak plate, saya nak minta tolong dengan tuan untuk sembuhkan dia supaya dia boleh cepat jalan dengan baik

  6. Salam tuan, saya mengalami slip disc (L5S1) disc desiccation & herniation. Bolehkah dics saya kembali ke posisi asal? tiada masalah pada tulang, tetapi disc (cairan plate) telah mula mencucuk saraf tunjang saya, kaki mulai kebas. kini hanya mampu solat berduduk di atas kerusi sahaja.

  7. nur hirmezan suhaimi

    Assalammualaikum,
    Sy patah tulang peha sejak umur sy 19tahun, skrg umo sy da 26 tahun, sy mengalami kaki pendek sblh dan itu mmbuatkan sy terbatas tok berjalan, sy tidak mmbuat operation, sebaliknya sy biarkan tulang tumbuh sndri.. Boleh x dgn pertolongan tuan, sy dpt pulih spt sedia kala? Salam..

  8. salam, saya mengalami kemalangan 29/7/12, dan kaki saya ada keretakkan, skarang masih bersimen, saya nak tanya ada ke cara atau rawatan untuk mempercepatkan penyembuhan bagi retak di tulang.

  9. aslmkm sy baru mengalami kmlngn pd 1/8/2012 dan melakukan pembedahan masukkn besi pd 24/8/2012 …… ada x rawatan supaya peha sy yg patah akan bercantum semula

  10. saya telah mengalami kemalangan 3 bulan lepas dan hingga kini saya masih berjalan menggunakan tongkat dan kedua-dua tulang kaki kanan saya dan kedua-dua tulang tangan kanan saya masih belum bercantum dengan sempurna. baru sedikit percantumannya melalui gambaran x-ray.walau bagaimanapun saya ingin meminta bantuan taun untuk memulihkan saya kerana saya akan berkahwin pada awal disember ini… harap dapat tolong..

    • tenagadalamilahi

      hubungi saya di no hp 019 2260790

      • saya akan hubungi tuan dalam masa terdekat.. boleh saya tahu dimana pusat rawatan jika saya ingin mendapatkan rawatan daripada pihak tuan..

      • tenagadalamilahi

        Di putrajaya….boleh hadir diri dan jarak jauh

      • Apakah barang yang diperlukan?
        memandangkan tulang kaki kanan dibahagian betis patah kedua-dua tulang dan juga tangan kanan dimana kedua-dua tulang juga patah..
        memandangkan saya benar2 ingin berubat dan mahu kembali jalan seperti sediakala semula

  11. semua tulang yang patuh dimasuukan besi sokongan

  12. Salam tuan. Saya dari Pasir Mas, Kelantan. Pada 16/8/2012 abang saya telah mengalami kemalangan bas. Bas yang dinaiki untuk pergi bekerja di JKR Gua Musang telah terjatuh ke dalam gaung ketika mengelak kenderaan yang tiba tiba memotong. Abang saya mengalami patah paha kiri. Skru telah dimasukkan ke dalam paha tersebut. Bagaimana saya dapat meminta agar tuan dapat merawat tulang abang saya itu?

  13. Salam.
    Saya patah tulang selangka (clavicle) akibat diragut. Mohon bantuan tuan kerana doktor memberitahu jika masih belum pulih, pembedahan akan dilakukan. Apa yg perlu saya lakukan

  14. assalamualaikum,
    saya baru sahaja terlibat dalam kemalangan yg menyebabkn peha kanan saya patah.. saya baru membuat pembedahan sebulan lepas.. persoalan saya macam mana saya ingin sembuh dengan cepat kerana saya seorang pelajar dan ingin seperti sedia kala..

  15. Assalammualaikum..

    Seperti mana bualan di dalam telefon dan saya difahamkan tuan boleh mengubatkan atau membaikpulih dari jarak jauh… cuma saya tak berapa faham berkenaan dengan kayu yang tuan maksudkan… boleh tuan terangkan.. kalau boleh saya nak berubat secepat yang mungkin kerana majlis kahwiin saya hanya tinggal sebulan sahaja lagi.. harap tuan dapat membantu..

  16. Assalamulaikum,
    Tulang kering kaki kiri saya patah. Besi telah dimasukkan ke dalam tulang sumsum. Dah masuk 3bulan. Semalam x-ray, doktor kata baru sedikit cantum dan tak betul2 selari. Kena tunggu 2 bulan lagi. Ada tak rawatan supaya bercantum semula dengan elok dan cepat?

  17. Assalamualaikum tuan.saya telah terjatuh dan menyebabkan tulang belakang betis telah patah.sya telah melakukan pembedahan dan masih belum sembuh. Adakah tuan boleh nenolong saya.

  18. Assalamualaikum..
    saya mengalami patah tulang pinggul sewaktu masih kecil lagi.sekarang saya berusia 30 tahun. Saya sering merasa sakit setiap kali berjalan atau duduk terlalu lama semenjak saya di sekolah menengah lagi.Saya tidak melakukan sebarang pembedahan sebelum ini.Untuk pengetahuan tuan, kaki saya pendek sebelah. Kini kesakitan saya semakin teruk dan semakin kerap serta sering mengganggu tidur saya pada waktu malam. Adakah tuan dapat membantu saya…

  19. salam,anak saya patah tangan berumur 2 tahun..dia dimasukkan besi..malam2 dia nangis kerana sengal..ada tak cara utk sembuhkan dia secepat mgkin…?

  20. salam tuan, saya baru masukkan plate baru pada tulang paha saya 12/nov/13 buat sama bone graft… now dah masuk 7 minggu… tulang ada cantum sikit… bolehkah jika saya berubat dgn tuan jarak jauh.. supaya cepatkan proses penyambuungan tulang ini… untuk makluman saya memang aada masalah tulang d lutut kanan saya dinmana kata doktor ada juga athrtis…how to berubat dgn tuan???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s