Kenali Penasihat Syariah kami di Darul Emas Perak Berhad.

Kenali Penasihat Syariah kami di Darul Emas Perak Berhad..Garis panduan umum dalam jual beli emas1. Penjual dan pembeli saling Redha- Meredhai

2. Tiada unsur paksaan
3. Memenuhi janji

4. Tiada unsur Gharar – tidak menentu & jelas

5. Tiada perjudian
– mungkin dapat mungkin x dapat

6. Tiada unsur kezaliman
– penipuan
– menyembunyi perkara sebenar

Dr Badruddin Ibrahim – Konvensyen Wakalah DEPB 2014, 21 Jun 2014

Beli Emas dengan DEPB,ada kelebihannya.
DEPW014 I Halmy I 0192260790

 

dr bad1

dr bad 2

 

Diari Rawatan 15 Jun 2014 – Terbaring kaku

Bismillahirrohmanirrohim…

Tenaga Dalam Ilahi – pada pagi tersebut mendapat panggilan dari seorang teman meminta merawat adiknya yang katanya terkena gangguan. Walaupun masih keletihan kursus dan bawa keluarga berjalan-jalan di Langkawi, janjitemu diadakan pada malamnya. Ingatkan gangguan biasa tetapi bila melihatkan abangnya terpaksa memangku adiknya masuk ke dalam rumah saya. Pesakit tak mampu untuk berdiri. Ceritanya bermula pada pagi tersebut semasa pesakit itu bekerja, dianya telah kerasukan dan terjelepuk ke lantai dan tak boleh bangun-bangun sehingga terpaksa diusung balik ke rumah. Hanya mata sahaja yang terkebil-kebil.

Sesi terapi dimulakan dan kelihatan tiada respon dari pesakit. Setelah menekan beberapa point barulah energi yang berada ditubuhnya menjerit kesakitan dan sesi dialog bermula. Gangguan itu sebenrnya ajak pesakit bunuh diri tetapi pesakit menolaknya. dipendekkan cerita dia setuju untuk keluar dari tubuhnya dan berjanji tidak akan masuk kedalam tubuh pesakit. Selepas selesai pesakit terus boleh berdiri.

Alhamdulillah dengan izin dariNya jua semua ini berlaku….

Latar belakang Syarikat Darul Emas Perak Berhad (DEPB)

Syarikat Darul Emas Perak telah beroperasi hampir 4 tahun, dikendalikan sepenuhnya oleh bumiputera.

Mr Chairman Syarikat Darul Emas Perak , Tok Belagak adalah juga seorang perawat islam Pusat Rawatan Darul Saka

Mempunyai 240 wakalah/syarikat yang berdaftar seluruh negara.

Menawarkan 2 Program Belian emas yg boleh dibeli melalui wakalah iaitu:-
1)Belian emas secara Tempahan Berbuyback(TB) ,(Untung rm14/g setiap bulan)
2)Belian emas secara Ready Stock Berbuyback (RSB),(Untung rm32/g setiap 2 bulan)

Membekal ke kedai2 emas seluruh negara dari jenis emas padu 916 & 999 ,juga emas perhiasan.

Darul Emas Perak Berhad adalah sebuah Syarikat dengan jumlah Jualan Tahunan pada 2013 melebihi RM 1 Billion. Unjuran Jualan bagi Tahun Kewangan 2014 dijangka melebihi RM 2 Billion.

p/s: misi kami  ialah dengan rezeki asbab emas dapat keluar dari kerongkong kesempitan kewangan dan seterusnya dapat membantu adik beradik,kawan2 dan 8 asnaf seluruh malaysia.

Sebarang pertanyaan,
hubungi DEPW 014
Annajah Najwa Global
call, sms or whatsap
0192260790

Diari Rawatan Mei 2014- Masalah Kedai Tiada Pelanggan

Mei 2014 – Alhamdulillah dapat juga meluangkan masa menulis sedikit aktiviti rawatan walaupun dan dua bulan sibuk melakukan bisnes emas. Mudah mudahan ianya merupakan salah satu jalan untuk keluar dari masalah kesempitan hidup di dunia yang sementara. Nanti saya akan buat artikel berkenaan emas.

Dapat whatsap dari seorang pemilik kedai di Wangsa Maju.Sebelum ini bisnes boleh dikira alhamdulillah dan lepas beberapa tahun dan terutamanya sejak 3 bulan lepas hanya dapat tampung kos sewa dan operasi sahaja. Malamnya dia datang bersama suami untuk berikhtiar apa yang perlu dan membawa barang-barang yang telah dipesan.

Bila sesi terapi dilakukan wanita ini dapat melihat dengan jelas keadaan di kedainya. Kelihatan terdapat 6 ekor lembaga yang berlegar di dalam premisnya. Sesi pembersihan dilakukan secara makrifat. Alhamdulillah berjaya. Saya minta wanita ini membersihkan sekali lagi premisnya dengan menggunakan barang yang telah dibawa. Alhamdulillah selepas seminggu pembersihan wanita itu memberitahu tiada lagi masalah berdiri bulu roma di premisnya dan pesanan antara amalan para wali Allah bagi menjemput rezeki pada setiap hari Jumaat agar  diamalkan.

Diari Rawatan 10 Mac 2013 – Buang Saka

Image

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk menulis lagi dalam blog blog ini. Agak lama juga blog ini  terbengkalai kerana sibuk dengan persiapan umrah saya dan isteri dari 12-14 Mac yang lalu. Jadi kali ini nak cerita sedikit mengenai gangguan seorang remaja sekitar 16 tahun yang kerap diganggu semasa tidur seperti mendengar dengusan nafas dibelakangnya semasa tidur dan kerap berlaku kerasukan.

Pada malam tersebut setelah barang-barang yang perlu disediakan ada, proses membuang ‘saka’ dilakukan. Kerja menjadi lebih senang kerana adiknya yang bongsu telah terbuka mata ketiga.  Kelihatan gangguan ‘saka’ tuurun dan duduk di kain kafan tersebut. Setelah selesai ritual barang-barang tadi dibuang ke sungai. Mudah-mudahan terpuruslah tali-tali dan gangguan tersebut. Amin.

Diari Rawatan 26 januari 2014 – Rawatan Penyakit kulit

Image

Bismillahirrohmanirrohim…

Tenaga Dalam Ilahi – Rentetan dari rawatan satu keluarga di Keramat pada minggu lepas berikutan masalah kedai yang disihir dan masalah anaknya yang menangis tanpa henti sejak lima hari dan alhamdulilah beransur pulih seperti sediakala, maka sang ayah membawa rakannya untuk berubat. Panjang cerita sejarah penyakit dan rata-rata menceritakan macam-macam samapai dia pun dah tak tahu yang mana betul yang mana salah. Dipendekkan cerita terapi dilakukan dan pesakit memulakan zikir, pesakit menceritan seperti telinga berbahang, tekak kering dan merasakan banyak benda yang merayap keluar dengan banyak. Pesakit juga dapat imbasan punca penyakitnya. dan penjelasan diberikan berkenaan apa yang dilihatnya. Alhamdulillah pesakit merasakn tubuhnya semakin ringan dan sihat dan sesi pembersihan rumah dan mandian dilakukan selama tujuh hari….

Diari Rawatan 15 Disember 2013 – Kisah Poligami dan Putri Tujuh

SELAWAT JAUHARATUL KAMAL

اَللَّهُمَّ وَسَلِّمْ صَلِّ عَلَى عَيْنِ الرَّحْمَةِ الرَّبَّانِيَّةِ وَالْياَقُوْتَةِ الْمُتَحَقِّقَةِ
 بِمَرْكَزِ الْفُهُومِ وَالْمَعَانِي وَنُوْر ِاْلأَكْوَانِ الْمُتَكَوَّنَةِ اْلأدَمِيِّ
صَاحِبِ اْلحَقِّ اْلرَّبَّانِى اَلْبَرْقِ اْلأَسْطَعِ بِمُزُونِ اْلأَرْبَاحِ الْمَالِئَةِ لِكُلِّ مُتَعَرِّضٍ
مِنَ اْلبُحُوْرِ وَاْلأَوَانِى وَنُوْرِكَ اللاَّمِعِ الَّذِيْ مَلأْتَ بِه
كَوْنَكَ اْلحَائِطَ بِأَمْكِنَةِ اْلْمَكاَنِىّ. اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَيْنِ اْلحَقِّ الَّتِى تَتَجَلَّى مِنْهَا عُرُوْشُ اْلحَقَائِقِ عَيْنِ الْمَعَارِفِ اْلأَقْوَمِ صِرَاطِكَ التَّآمِّ الأَسْقَمِ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى طَلْعَةِ اْلحَقِّ بِا الْحَقِّ اْلكَنْزِ اْلأَعْظَمِ
إِفَاضَتِكَ مِنْكَ إِلَيْكَ إِحَاطَةِ النُّوْرِ الْمُطَلْسَمِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ صَلاَة ًتُعَرِّفُنَا بِهَا إِيَّاهُ

Terjemahannya        

Ya Allah limpahkan selawat dan salam ke atas hakikat rahmat rabbaniyya.Iaitu ilmu permata yang meliputi keseluruhan hakikat. Yang menjadi pusat segala kefahaman dan ma’na. Dan cahaya ciptaan segala kejadian yang tercipta (yang dibangsakan kepada anak Adam)(humanity) Dan cahaya ciptaan segala kejadian yang tercipta (yang dibangsakan kepada anak Adam)(humanity). Ia adalah tuan empunya bagi haq (kerja-kerja) rabbani (divinity). Ia bagaikan kilat yang terpancar seperti turunnya hujan yang mengalir memenuhi   setiap ruang yang menghadapnya. Sehingga memenuhi segala lautan ruang dan masa. Nur Engkau yang bersinar terang terpancar meliputi seluruh makhluk dan memenuhi segenap tempat. Ya Allah limpahkan selawat dan salam ke atas punca bagi hakikat dan haq, yang mana terpancar daripadanya kemuncak hakikat-hakikat arasy iaitu zat makrifat yang paling kukuh (refer Al-Isra’ – 9). Iaitu Sirat Engkau yang paling sempurna dan paling istiqamah. YaAllah limpahkan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang  merupakan mazhar (tempat zahir) haq dengan haq yang merupakan sumber gedung haqiqat yang agung. Tempat datangnya limpahan nur kasih yang meliputi gedung rahsia daripada Engkau kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas Nabi dan ahli keluarganya yang mana dengan    Selawat itu kami dapat mengenal dengannya akan Nabi SAW.

Image

(sekadar gambar hiasan)

Tenaga dalam Ilahi (TENDAI) – Bismillahirrohmanirrohim….

Saya mendapat panggilan telefon dari seorang wanita dari Sarawak ingin membuat temujanji untuk rawatan bagi rakannya berkenaan masalh poligami  dan persetujuan dibuat pada sebelah malam pada jam 10 malam. Sampai di rumah saya jam 11.30 malam kerana tak berjumpa rumah. Rawatan dilakukan pada rakannya dan beberapa barang perlu dibawa untuk sesi berikutnya, akan tetapi wanita yang menelefon saya memaklumkan tangannya menggeletar sejak masuk kerumah saya dan meminta memeriksa punca penyakitnya. Bila terapi dilakukan pesakit mula mendengus dan bertukar watak seperti panglima. Sesi pujuk selesai dan entiti bersetuju untuk tidak menganggu lagi. Selepas itu muncul pula putri tujuh dan dipujuk untuk keluar dan tidak menganggu lagi dan putri tersebut bersetuju untuk keluar.

Rawatan dihentikan melihat wanita tersebut dah tak larat nak meneruskan proses pengeluaran energi negatif dari tubuhnya..berkemungkinan lapar dan belum makan malam. Mengikut cerita dari wanita ini dia dahulunya ada belajar ilmu perubtan semasa di Sarawak akan tetapi menggunakan khidmat jin. Wanita ini mengaku berupaya menarik keris dan batu boleh keluar dari mulutnya sehinggakan semasa belajar di Pondok Pasir Tumbuh 10 orang sami menegelilinginya dan meminta wanita ini menarik harta yang ada di pondok tersebut. Sami tersebut mendakwa mereka menjumpai ‘kunci’ untuk menarik harta.

Mengikut diagnosis saya, wanita ini dijangka akan melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hatinya tidak lama lagi tetapi ramai yang meminatinya, maka berkemungkinan  ada pihak-pihak yang cuba untuk mengaggalkan perkahwinan mereka.Wanita ini juga mengalami masalah tidak dapat tidur malam.  Ini ditambahkan bila berjauhan tiada masalah dan bila berjumpa rasa menyampah dan benci pada bakal suaminya itu. Alhamdulillah wanita tersebut semakin pulih dan semakin ceria.